Pengalaman Main Mercun Masa Raya

 

kredit foto : www.fotomedia.com

Hari terakhir sebelum pulang ke desa tercinta, Teluk Intan, ana sudahkan #Cabaran20Hari dengan tajuk akhir pengalaman main mercun masa raya. Erm kalau pengalaman bermain mercun memang ana tidak ada kerana ana seorang yang takut dengan meletop-letop ni.Alangkan belon besar pun ana dah fobia inikan pula mercun.Cuma adalah pengalaman melihat sepupu dan adik lelaki ana bermain mercun di halaman rumah di kampung.

Namun, kalau setakad bunga api tu memang banyaklah pengalamannya.Setiap tahun kami akan bermain bunga api tangan di halaman rumah.Paling popular ketika kami masih kecil ialah bunga api mercik batang besi cap kucing.Bahaya juga sebab di akhir percikan bunga apinya bertukar merah dan masih panas.Teringat satu kenangan dengan bunga api ini, apabila adik sepupu ana ketika itu masih kecil, meletakkan batang bunga api yang sudah padam tetapi masih merah di atas betis, alamatnya terbakar kulit juga.

Selain dari bermain bunga api di laman sambil dihiasi pelita panjut, kadang-kadang kami membaling bunga api ke atas pokok.Habis hati masa tu melihat pokok rambutan cantik disinari cahaya percikan bunga api.Itulah aktiviti kanak-kanak ketika di kampung bermain bunga api bersama adik beradik dan saudara mara terdekat.Kini semua itu masih lagi kami ulang setiap tahun bersama anak-anak dan anak-anak buah.

0 Comments