Pengalaman Manis di Bulan Puasa


kredit foto: Google Image

Apa kaitan pengalaman manis ana di bulan puasa dengan ais batu ketul di atas?Sejuknya mata memandang ketulan ais ni kan, nak-nak lagi musim panas macam sekarang ni.Nak je rasanya duk dalam peti ais sejukkan badan.Oklah jom sambung baca kisah pengalaman manis ana di bulan puasa dan kaitannya dengan ais batu ketul ni.


Macam kesinambungan dari setiap entri #Cabaran20Hari, ana akan bercerita tentang kisah pengalaman lalu ketika di usia kanak-kanak dan remaja berpuasa di kampung halaman ana di Teluk Intan,Perak.Banyak sangat yang ingin di abadikan di anjingga.com sebagai kenang-kenangan.Salah satu daripadanya bersempena tajuk cabaran ialah pengalaman manis.

Dahulu ketika ana di sekolah menengah, kami ni memang sekampung dengan sepupu-sepupu yang ramai.Kebanyakkannya perempuanlah dan yang paling rapat ibarat kuku dan isi sampailah laa ni ialah Intan.Setiap kali tiba Ramadan antara aktiviti wajib kami petang-petang ialah ke kedai membeli ais batu ketul.Maklumlah ketika itu bukan semua rumah ada peti ais.Nak tak nak, kenalah berjalan kaki ke kedai yang jaraknya hampir 1 km dari rumah.Jauh tu, dah lah puasa kan.

Ais batu dijual di kedai dengan harga 50 sen sepotong, sambil berjalan balik cair dah separuh tapi masih bolehlah digunakan untuk menyejukkan sajian air sirap selasih kami.Itulah antara menu wajib berbuka ketika itu, kalau bukan sirap selasih, air cincau atau di kampung kami panggil lengkung.

Nak tahu hat mana yang manisnya selain dari berjalan kaki beli ais batu ketul tu? Yang manisnya sambil berjalan tu adalah hero-hero kampung akan hai-hai bai-bai kat kami. Haha glamer lah kejap kan haha.Itulah antara kisah-kisah silam yang sentiasa buat ana tersenyum bila mengingatkannya kembali.Masa silam yang tak mungkin akan berulang kembali yang pernah mewarnai perjalanan kehidupan yang kian mendewasakan. Intan, dia seorang adik, kawan rapat, best friend dan sepupu yang hingga ke hari ini kekal seperti dulu.Tak pernah kami bergaduh atau bermasam muka dan tiada rahsia antara kami hingga hari ini.Alhamdulillah...

12 Comments

  1. Kenangan kan kak anajingga...air batu salut dgn serbuk papan....rindu zaman kanak2 dulu...seronok...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah, antara kisah silam yang menggamit kenangan kan Pa :)

      Delete
  2. hamboi kak ana..kemaen lagi ey..hihihi

    ReplyDelete
  3. kenangan =) best la bila fikir-fikirkan balik

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu Dayah, nanti bila dayah semakin meningkat usia macam kak ana , lagi banyak nostalgia tercatat di ingatan :)

      Delete
  4. Amboi.. tang hai-hai bai-bai tak tahan tu... hehehhehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha Nora kan kenangan manis tu hihi :)

      Delete
  5. Indahnya zaman tu kan kak ana.kalau lah boleh diulang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan Rara andai dapat ku undur masa ermm :)

      Delete
  6. Pengalaman yang manis.. memang manis.. bila Yun Sing dewasa nanti pasti akan rindu saat-saat seperti ini :')

    ReplyDelete
    Replies
    1. pasti YS, ia akan kekal di kotak ingatan selamanya :)

      Delete