sweetmuslimah

klikjer

LAZADA



Rabu, 15 Julai 2015

#Cabaran20Hari - Senarai Kuih Raya Pilihan Hati


Senarai Kuih Raya Pilihan Hati 



Kuih dan muih beraneka macam, makanlah jangan hanya di pandang, wajik dan dodol jangan lupakan peninggalan nenek zaman berzaman.Antara lirik lagu yang sinonim dengan ketibaan fajar Syawal setiap tahun.Cabaran ke sembilan belas hari ini dalam #Cabaran20Hari ialah menyenaraikan kuih raya pilihan hati ana.

Jika sajian tradisional yang menjadi pujaan hati ana pastinya kuih bahulu dan dodol.Kuih bahulu ni jika dahulu ketika mak-mak saudara dan mak masih sihat dan bertenaga, mereka akan membuatnya sendiri.Begitu juga dengan dodol, arwah bapa saudara ana, pasti akan mengarahkan anak-anak buahnya untuk sama-sama mengacau dodol dari pagi hingga ke petang.Bab ni ada kenangannya, yelah ketika dodol tu masih cair, semua pakat bergilir-gilir mengacaunya, namun bila semakin pekat dan likat, tinggallah pakcik seorang diri menyudahkannya.

Untuk sajian kuih raya moden masa kini pula, ana menggemari biskut samperit, tart nenas dan pelbagai jenis kek termasuk kek lumut dan kek coklat kukus.Sajian biskut moden mudah disediakan namun kini kurang mendapat sambutan kerana sering kali kita menyajikannya dengan menu-menu masakan lain yang agak berat.Akhirnya biskut raya akan jadi kudapan ketika menonton televisyen sahaja.

6 ulasan: