sweetmuslimah

klikjer

LAZADA



Isnin, 6 Julai 2015

#Cabaran20Hari- Tetamu Raya Paling di Tunggu-tunggu


Tetamu Raya Paling di Tunggu-tunggu

Masih gagah meneruskan #Cabaran20Hari kami, dah masuk tajuk ke sepuluh, maknanya dah pertengahan jalan dah.Mudah-mudahkan ana dapat menyiapkan kesemua dua puluh hari cabaran dengan jayanya.In Shaa Allah. Tajuk malam ini macam seronok sangat nak kongsikan iaitu Tetamu Raya Paling di Tunggu-tunggu.Siapa ye??




Haha..sebenarnya gambar sebagai hiasan je , tak ada kena-mengenapun dengan kisah entri ana kali ini. Setiap kali tibanya Syawal kalau di zaman sekolah dahulu pastinya kedatangan kawan-kawan sekolah lah yang paling ana nanti-nantikan. Tak kiralah kawan Melayu yang sama-sama menyambut Aidil Fitri atau pun kaum-kaum Cina dan India yang turut sama memeriahkan suasana. Pasti seronok bila kawan-kawan sekolah datang beraya di rumah.

Selalunya selepas bertandang ke rumah , kami akan sama-sama pula beraya ke rumah rakan-rakan yang lain.Ada kalanya kami berbasikal dan adakalanya kami naik bas.Bila berada di tingkatan enam pula, kami mula menaiki kereta kwan-kawan untuk beraya bersama ke rumah rakan dan cikgu-cikgu.

Kini setelah lama meninggalkan alam persekolahan, masih juga kehadiran yang di tunggu-tunggu di hari raya ialah rakan-rakan sekolah atau bekas rakan sekolah.Pasti meriah dapat berkumpul semula sambil menikmati juadah yang terhidang dan yang paling seronok bila masing-masing berebut nak bercerita kisah-kisah silam yang pernah menjadi catatan perjalanan hidup kami suatu masa dahulu.

Disamping kawan-kawan lama, kehadiran sanak saudara juga amat di nanti-nantikan.Rumah pusaka arwah Tok akan penuh di kunjungi sanak saudara dan rakan taulan hingga ke malam.Suasana ini dapat mengeratkan jalinan persaudaraan dan silaturrahim antara kaum keluarga.Bak kata pepeatah, yang jauh kita dekatkan, yang dekat kita eratkan.

Hari ini malam ke dua puluh Ramadan 1436H, semakin hampir Ramadan meninggalkan kita. Semoga Ramadan kali ini adalah lebih baik dan membawa seribu kemanisan ibadah buat semua pembaca.In Shaa Allah.


12 ulasan:

  1. Assalamualaikum .
    Amboi tunggu adi putra ye . Hehehe

    Btw Nik tukar url tau .

    http://ceriteranik.blogspot.com/

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumsalam Nik As, terima kasih . :)

      Padam
  2. Hahahhaha. Ingatkan kak Ana tunggu Adi Putra datang rumah. Kahkahkah

    BalasPadam
    Balasan
    1. kah kah kah nani, gimmik je tu haha :)

      Padam
  3. hahaah...ingatkan sedara sis tadi gmbo tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. haha Suki jangan terpedaya dengan gambo ye hihi :)

      Padam
  4. K.ana...klu semua yg ditggu tu dtg..maunyee xbjaln ke mana...sembg xsedor masa dah..hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. haah Sha, tapi kadang-kadang macam tu lah, cuma kena teteapkan masa lah kan .

      Padam
  5. haahahha..ingtkan mmg tertunggu2 adip putra dtg beraya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. haha Ummul terpedaya dengan kak ana kih kih kih :)

      Padam
  6. bergetar tak tulang rusuk kak ana tengok pic adi putra tu?.. hehe

    BalasPadam