sweetmuslimah

klikjer

LAZADA



Khamis, 30 Julai 2015

Dari Kampung Halamanku - 4


Kuntuman bunga-bunga kampung

Macam selalulah, kalau anda pengujung setia anajingga.com pasti tahu setiap kali ana balik kampung akan tersajilah entri-entri kisah dari kampung halaman tercinta.Dah memang lazim sang blogger akan mencari setiap sudut dan ruang sepanjang perjalanan yang menarik untuk dikongsikan bersama di arena blog.Kali ini ana berkongsi pula beberapa keping foto-foto yang sempat ana rakamkan ketika beraya di rumah sepupu, di kampung baru-baru ini.Sepupu ana ni memang peminat tegar pokok-pokok bunga.Keliling rumahnya penuh pelbagai kuntuman bunga-bunga yang pelbagai warna.Sambil beraya, sempat juga ana rakamkan antara bunga yang cantik di halaman rumah Yang Misah di Batu 7,di mana lagi kalau bukan di Teluk Intan, desa tercinta.

Bunga Matahari




Ini namanya bunga matahari, kenalkan.Berwarna kuning segar mata memandang, kelopaknya besar dan menarik perhatian sang serangga hingga di kuntumannya.Cantik dan Maha Sempurna ciptaan Tuhan.Maha Suci Allah.

Bunga Ceraka Biru



Bunga ceraka biru ni memang cantik,lima kelopak kecil berkuntum menjadi sejambak bunga.Biasa di tanam di kampung dan mak ana pun ada koleksi bunga ceraka biru yang comel ni.Daunnya kecil-kecil dan di tanam subur di dalam pasu.

Bunga Zinnia



Dan yang paling menarik pandangan mata ialah kuntuman bunga-bunga zinnia yang mekar berbagai warna.Bunga Zinnia ni mak ana panggil bunga jepun, memang senang hidup dengan taburan biji benihnya sahaja yang terdapat di kelopak bunganya setelah kering.





Sebelum ini ana pernah terbitkan tiga entri tentang keindahan lanskap bunga-bungaan yang ada di kampung halamana ana di sini : dari-kampung-halamanku-3 , dari-kampung-halamanku-2 dan dari-kampung-halamanku .Inilah desaku tercinta, Teluk Intan,Perak Darul Ridzuan.

18 ulasan:

  1. kembang cantik bunga matahari tu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. haah PC mekar sungguh dia waktu itu :)

      Padam
  2. cantiknya..umul pun suka tgk bunga2..lps tu ambil gmbr,pastu kadang2 terus lukis kalau suka sgt..nak tanam xpandai...huhuhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. samalah kita ummul, kak ana ada juga tanam tapi tak jaga sangat.. hihi :)

      Padam
  3. akak suka semua bunga2 tu tapi kalau nak tanam aduhhh masa sangat mencemburui ke alasan je ni kan hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. kak noor bakat dalam memasak pula kak noor :)

      Padam
  4. besornya bunga matahari tu... bunga matahari sangat cantik, kembang di waktu pagi... lalalala...

    BalasPadam
    Balasan
    1. kan lia, kembang semangkuk besarnya haha :)

      Padam
  5. Cerah mata tengok bunga -bunga ni...

    BalasPadam
  6. banyaknya bunga2 cantik kak ana d kampung

    BalasPadam
    Balasan
    1. haah KG di kampung memang banyak pokok2 bunga ni :)

      Padam
  7. Dulu mak rajin gak tanam pokok bunga matahari ni tapi sekarang dok jaga cucu je la.

    BalasPadam
    Balasan
    1. OO ye ke, mesti cantikkan, tak pe lah boleh buat kawan mak tu cucunya.

      Padam
  8. Kak Ana dengan bunga-bunga berpisah tiada........... ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan haha ain pun perasan dah ye :)

      Padam