sweetmuslimah

klikjer

LAZADA



Khamis, 23 Julai 2015

Julia Alisya Collections di Majalah Dapur Impiana

 

Julia Alisya Collections di Majalah Dapur Impiana

 

decoupage, hiasan rumah bertema Inggeris

Amat bangga dengan pencapaian adik ipar ana, Julia Alisya yang hanya bermula sebagai hobi di masa lapangnya, kini setelah beberapa tahun berkembang menjadi satu hasil kraftangan kreatif yang mendatangkan pendapatan sampingan yang lumayan.Menarik perhatian pihak media Karangkraf , terbitnya majalan Dapur Impian Impian keluaran Julai-September 2015, muncul wajah manis dengan seni hiasan dapur decoupage milik Julia Alisya Collections.


Julia sangat meminati seni decorasi bertema Inggeris dari hiasan rumahnya hinggalah menghasilkan sendiri seni decoupage. Selain dari menerima tempahan dari pelanggan yang mempunyai minat yang sama secara online atau terus, Julia juga mengadakan kelas-kelas untuk mereka yang berminat untuk belajar menghasilkan sendiri seni decoupage yang sesuai dengan tema rumah seni hiasan Ingggeris. Antara post popular di anajingga.com sepanjang masa ialah seni hiasan rumah Julia Alisya yang bertema Inggeris yang pernah ana kongsikan di SINI .


decoupage, hiasan inggeris

Antara hasil hiasan decoupage yang sering mendapat tempahan dari pelanggan onlinenya ialah barangan hiasan di ruang dapur. Pernah juga ana terbitkan di SiNI beberapa contoh yang pernah Julia zahirkan seni hiasan ruang dapur bertema Inggeris.



decoupage, hiasan inggeris


decoupage, hiasan inggeris

Julia Alisya juga banyak menganjurkan kelas-kelas bagi mereka yang berminat untuk menghasilkan sendiri seni hiasan rumah dengan ciri-ciri Inggeris , decoupage untuk hiasan di ruang dapur.Antara yang pernah juga ana terbitkan beberapa foto dari kelasnya terdapat di SINI. Untuk keterangan lanjut bolehlah ke Facebook Julia Alisya.

14 ulasan:

  1. Kreatifnya adik ipar kak ana.tahniah..dari hobi dh boleh jana pendapatan kan

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih Sa, tu lah asalnya dari sekadar hobi sahaja :)

      Padam
  2. Kreatifnya plus rajin.. Dari suka-suka boleh buat duit. Tahniah.

    BalasPadam
  3. cantik nye..kreatif sgt adik ipar kak ana..

    BalasPadam
  4. Tak sia-sia usaha kreatif begini kan. Tahniah

    BalasPadam
  5. Sesuai untuk peminat tema inggeris.
    Cantik dan menarik

    BalasPadam
  6. hehehe ni orang2 tangan berseni =D
    CT kalo pegang berus pun bleh trpelanting hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehe Ct lain orang lain kelebihan dan keistimewaan yang Allah swt berikan,Ct mungkin berbakat dalam bidang lain kan.. :)

      Padam