sweetmuslimah

klikjer

LAZADA



Rabu, 19 Ogos 2015

Ayam Penyet AP Yang Enak

Ayam Penyet AP di Aeon Rawang

 


Ahad lepas ana, suami dan adik Ika tak tahu dah nak pergi ke mana untuk makan angin,biasalah kalau kak long tak ada, mood nak merayap ni kurang sangatlah,sebab tak cukup anggota keluarga kan.Akhirnya kami cuma ke Aeon Rawang untuk makan tengahari kerana ana memang bercadang untuk mencuba menu di Ayam Penyet AP yang baru buka cawangannya disini.


Terletak di aras bawah atau ground floor di Aeon Anggun,Rawang ni dengan seni hiasan deko ala-ala kampun yang menarik.Tengahari itu kami mencuba set menu yang ditawarkan berharga RM13.90 kalau tidak silap ana, lupa pula harga sebenarnya.Set mengadungi nasi putih,ayam penyet atau apa-apa menu pilihan yang diberi, sambal,ulam-ulaman,sup dan segelas air pilihan yang ada.Ana memilih ayam penyet dan teh o ais limau.Selain dari ayam penyet boleh juga memilih udang penyet, lele penyet dan pelbagai lagi pilihan yang ada disana.



Hidangan menu yang disajikan disini sangat sedap. isi ayam yang garing tetapi lembut dan padanan sambal yang lazat untuk dinikmati bersama ulam-ulaman dan nasi putih.Berbaloi dengan set harga yang di tawarkan.






kredit foto FB AP Ayam Penyet

Untuk mereka yang berdekatan dengan kawasan Aeon Rawang ni atau pada yang ingin mencuba menu-menu baru untuk makan tengahari atau malam bolehlah singgah di mana-mana cawangan Ayam Penyet Ap diserata tempat.Untuk keterangan lanjut boleg sahaja ke laman web :http://www.ayampenyet-ap.com/ atau FB : https://www.facebook.com/AyamPenyetAPI


~berkongsi tempat makan menarik disini~

35 ulasan:

  1. Kak ana, lele penyet tu apa? ad kena mengena dengan lela ke?hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lele tu ikan keli lah hahahaha budak along ni

      Padam
    2. lele tu ikan keli along, marah lela sat gi haha :)

      Padam
  2. aaa..lama tak makan ayam penyet AP!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. selalu makan ye Yoorin, kak ana ayam penyet ni selalu tapi hat ni first time cuba,sedap kan :)

      Padam
  3. makan panas panas..waw sedapnya..tak makan nasi pun tak apa..ratah ayam dengan ulaman dia je..amboi..

    BalasPadam
    Balasan
    1. kan PC ayamnya yang sedap tu lembut isi tapi garing serbuknya tu :)

      Padam
  4. dh lama nak cuba.. selalu lalu je mcm depan kedai heheheh

    BalasPadam
    Balasan
    1. eny buat sendiri pun boleh tu kan kan :)

      Padam
  5. tengok pun dah terliur.. mesti sedap kan kak...

    BalasPadam
  6. Balasan
    1. ber ayam penyet pula hari ni Suki haha :)

      Padam
  7. assalamualaikum ana...selamat menjamu selera yer...:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumsalam mama..lama dah ni hihi :)

      Padam
  8. Sha pernah pg cwgan Ayam Penyet AP kat sri gombak. Best. Sambal pedas gilos

    BalasPadam
    Balasan
    1. haah Sha sambalnya agak pedas sedap lah kan :)

      Padam
  9. sedapnye..lama xmkn..nk juge..kak anna blanje...hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. jom ummul kita makan ayam penyet lak nak :)

      Padam
  10. ummul kilk2 nuffnang kak anna juga..

    BalasPadam
  11. Assalamualaikum. Nasi ayam penyet best dimakan time-time panas. Tengok gambar pun rasa terliur dah ni. Hehe

    Jemput singgah ke blog saya, VitaminSuci. Saya dah add link blog awak di bloglist saya. Terima kasih.

    BalasPadam
    Balasan
    1. kan sedap makan panas-panas kan.. tq nur hifzan :)

      Padam
  12. Balasan
    1. jom ziana kita cari ayam penyet hari ni :)

      Padam
  13. ok.. cik en kurg minat sbb kosong.. kering je.. hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. ada sup dihidangkan bersama cik en :)

      Padam
  14. ayam penyet is my favourite.. sooo yummy

    BalasPadam
  15. Sedapnya ayam penyet... baru juga mkn ni... kat kl festival.. hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. sedap kan Nora, banyak dah outletnya sekarang ni macam-macam ayam penyet ada kan :)

      Padam
  16. aida lom pernah makan kat sini lagi.
    kat tesco melaka ada outlet nyer.

    BalasPadam
  17. ain dengan Pokchik pun suka ayam penyet.....!!
    yeaaayyyy... dua tiga minggu sekali mesti gi makan ayam penyet... :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. hamboi pelanggan tetap ayam penyet lah ye ain :)

      Padam