sweetmuslimah

klikjer

LAZADA



Khamis, 27 Ogos 2015

Deko Dalaman Dengan Tumbuhan Hidup


Pokok Yang Sesuai di dalam rumah 

 



Syawal dah berakhir minggu lepas, dan memandangkan hari Sabtu lepas agak kelapangan, ana membersihkan rumah dan menukar semula hiasan dalaman seperti langsir, sarung kusyen dan alas meja selepas sambutan Hari Raya yang lalu.Macam selalulah aktiviti yang mencabar ialah mengelap pasu-pasu yang mula berhabuk selepas sebulan tidak berlap.Simpan semula balang kuih raya dan meja-meja yang ada ana gantikan bunga-bunga hiasan kepada pokok-pokok segar pula, supaya ada perubahan tema sedikit.


Kali ini ana memilih untuk menghias ruang dalaman rumah dengan pokok-pokok segar dalam pasu-pasu kecil. Selain dari mengubah pandangan dapat juga membekalkan lebih oksigen di dalam rumah kan. Dan hari ini, ana kongsikan buat pembaca anajingga.com beberapa idea untuk meletakkan pokok-pokok segar berpasu di ruang tamu dan ruang makan rumah kita.

Seperti gambar di atas, ana memilih pokok lidah jin yang tinggi dan berdaun panjang di meja kopi ruang tamu rumah.Ana memilihnya dengan saiz yang tinggi supaya memberi impak kepada ruang yang nampak kosong.Meja kopi kaca, ana alas dengan bidai buluh kecil yang sebelum ini ana gunakan sebagai 'table runner' di meja makan.



Sementara untuk meja makan pula, ana memilih pokok rerumput berdaun halus yang renek didalam pasu kecil supaya tidak menghalang pandangan dan memberi ruang di sudut meja makan.Kali ini ana tidak menggunakan alas meja tetapi menggantikannya dengan susunan empat keping 'table coaster' anyaman mengkuang dan sulaman songket hadiah dari jiran yang melancung ke Thailand baru-baru ini.Ia nampak sesuai dengan tema tradisional etnik yang banyak terdapat di ruang tamu rumah ana seperti hiasan pasu-pasu Sarawak dan elemen perabot kayu.



Ana juga menggunakan pokok yang sama untuk menambah seri ruang anjung rumah dengan meletakkannya di tengah-tengah meja kaca di apit dua kerusi sandar kayu.Berikut ana sertakan disini beberapa keping foto yang dipinjam dari Google Image pokok-pokok yang sesuai dijadikan hiasan di dalam rumah.Semoga dapat memberi sedikit sebanyak ilham untuk kita menghias rumah dengan gaya tersendiri.Cuma pastikan pokok-pokok yang kita pilih mudah untuk membersihkan habuk dan sesuai dengan pencahayaan yang kurang ketika di letakkan di dalam ruang tamu rumah nanti.















kredit foto-foto dari google Image:


~berkongsi idea hiasan dalaman rumah disini~

20 ulasan:

  1. cantiknya ..sapa sangka daun lidah jin yang nampak semak tanam di luar rumah boleh mencantikkan deko dalaman..; kena belajar dgn kak Ana in..

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih PCL, mamaD pun pandai deco rumah juga :)

      Padam
  2. Untunglah K. Ana tanam apa-apa aje hidup subur.
    Mrs. A kalau tanam susah nak hidup, kalau hidup pun tak sempat berhasil dah mati huhuuuuhu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. hihi Mrs A kak ana kalau pokok berbunga memang tak serasi sangat, sebab penjagaannya rumit sikit, tapi kalau hat berdaun ni senang, siram je air pandai-pandai lah hidup hihi :)

      Padam
  3. Umah CP sejak ada budak kecik dua orang ni susah nak letak pokok dalam rumah..tu tak termasuk anak bulus yang suka tarik pokok..

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu CP ada anak-anakkecil payah sikitlah mendeko-deko ni, beri ruang pada anak-anak buah CP bermain kan :)

      Padam
  4. Assalammualaikum sis ana..
    Cantiknya hasil deco sis.. Sy teringin nk menghias. Tp ank tgh lasak (11bln) mmng x berani nk hias dgn pasu2 kca @ bnga hidup..

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumsalam sya mimie, tak pe pelan-pelan, anak masih kecil ni perlukan keselesaan ruang yang luas dahulu..in shaa allah satu hari nanti bolehlah sya menghias ruang ikut minat sya kan :)

      Padam
  5. Kak memang suka sangat dengan hiasan pokok hidup dalam rumah ni, tapi semenjak ada cucu apa pun tak boleh nak berhias. Semua dicapainya..Nanti kena tunggu dia cerdik sikit baru boleh bawa masuk balik pokok2 tu kedalam rumah...

    BalasPadam
    Balasan
    1. haah kak mala, bila dah bersama cucu atau anak-anak kecil memang terbatas dah ruang kita kan, tak pe kak utamakan yang wajib dulu hihi :) halaman kak mala dah cukup indah dihiasi bunga-bungaan segar :)

      Padam
  6. cantik. tp rumah saya gelap mcm x sesuai pulak..

    BalasPadam
    Balasan
    1. iku kesesuaian rumah dan minat kan ameris :)

      Padam
  7. kena rajin siram gak ni...saya selalu outstation, takut kesian dekat mak pulak.. kipidap kak ana! simple tapi kreatif

    BalasPadam
    Balasan
    1. tq sal..selalunya hujung minggu atau bila kak ana keluar kak ana letakkan ia di luar rumah semula sal :)

      Padam
  8. memang cantik dan menyegarkan..
    tapi kena rajin skit laa... kikikikikiii... :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. erm memei le ain kena rajin sok mo :)

      Padam
  9. Cantiknya..bolehlah cuba letak dirumah nanti..hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. boleh je zarin, ajak wife mendeko kay :)

      Padam
  10. Salam, haa sy pun nt dh ada rumah sendiri, mmg nk letak bunga hidup dlm rumah...segar dan fresh sikit suasananya kan..hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. in shaa allah Lynn semoga dipermudahkan :)

      Padam