sweetmuslimah

klikjer

LAZADA



Isnin, 10 Ogos 2015

DIY Fridge Magnet Mudah


Cara Mudah Buat Fridge Magnet Sendiri




Ana memang pengumpul fridge magnet tegar.Setiap kali makan angin atau melawat tempat-tempat menarik pasti akan membeli fridge magnet sebagai tanda mata kenang-kenangan.Tambah seronok hobi koleksi ini mendapat sokongan dari adik-beradik,sepupu dan anak-anak buah serta jiran dan kenalan yang sama-sama akan menghadiahkan fridge magnet jika mereka juga melancung atau bercuti.Alhamdulillah, bahagia rasanya dikelilingi insan-insan yang menyayangi diri ini.

Selepas terbaca dan melihat beberapa tutorial di blog, ana cuba pula sendiri untuk menghasilkan fridge magnet.Sangat mudah dan senang sekali untuk membuat sendiri fridge magnet ni, tetapi bukanlah yang berbentuk cantik cuma fridge magnet 'simple' sahaja.Jom ana kongsikan disini.

Bahan yang diperlukan cuma sehelai kertas sticker atau 'sticker sheet' yang boleh dibeli di kedai buku, sekeping helaian magnet atau 'magnet sheet'.Ana membelinya di Daiso dengan harga RM5.30 termasuk gst.Kemudian bahan asas lain ialah gunting dan pembaris.


Bahan yang diperlukan untuk DIY Fridge Magnet

Cara-cara untuk membuat fridge magnet sendiri ialah sediakan reka bentuk atau design yang hendak digunakan sebagai motif fridge magnet tersebut.Kemudian cetak di atas helaian sticker atau 'sticker sheet' tadi.


Cetak design ke atas helaian sticker

Seterusnya lekatkan sahaja kepada kepingan magnet atau 'magnet sheet' dan pastikan ukurannya sesuai dan tepat supaya kita memperolehi bilangan kepingan magnet yang semaksima mungkin.Guna kan pembaris untuk membuat pembahagian.

lekatkan pada kepingan magnet

Akhir sekali potonglah ikut saiz yang dikehendaki dan siaplah lima keping fridge magnet mudah cara anajingga.com.Selamat mencuba.




~berkongsi idea kreatif disini~

40 ulasan:

  1. wahhh bgus nya kakana..nak jugak lah hihih

    BalasPadam
    Balasan
    1. jom yanie kita pakat buat nak :)

      Padam
  2. kat peti ais dah penuh tak tau nak letak mana dah. simpan je la lebihan Fridge magnet.

    BalasPadam
    Balasan
    1. sama lah Bahrain, dah sampai kiri kanan peti ais kak ana letak dah haha :)

      Padam
  3. kak ana..nak fridge magnet tu .. :)

    BalasPadam
  4. suka jgk kumpul FM ni..kreatip n jimat ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. samalah suhaila, saja cuba2 DIY pula kali ni :)

      Padam
  5. bagusnya.. ntah bila boleh buat sendiri FM nih..

    BalasPadam
    Balasan
    1. jom izzeyda kita DIY pula lepas ni :)

      Padam
  6. mcm best je ana, sama lah kita pengumpul FM walau dimana saja makan angin mesti nk beli, tapi tang nak buat tu agak malass lah beli je lah hahaa

    BalasPadam
    Balasan
    1. saja-saja je kak noor, kongsi-kongsi idea :)

      Padam
  7. ummul pun suka kumpul juga,tpi suami xsuka lekat kt fridge rimas katenya..ingt nk bli board magnetik tu pstu semua lekat situ..kak anna ada tau jual bhn nk buat fridge magnet cm batu tu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. ada kat kedai2 deko selalunya ummul, tu lah ni pun dah penuh peti ais, kak ana bagitau suami suh beli peti ais baru lah nampaknya haha :)

      Padam
  8. mamaD pengumpul FM. Dah banyak tak muat dinding fridge dah ..tp yg buat sendiri lg unik, nak fm ananjingga satu plss..

    BalasPadam
    Balasan
    1. adoi malulah nak bagi PCL bukan lawa pun sesaja je kongsi2 idea kat sini hihi :)

      Padam
  9. Kreatif sangat k. Ana ni kannns...
    Simple but nice.

    BalasPadam
    Balasan
    1. haha mana ada kreatif sangat Mrs A, kadang2 je datang idea ni hihi :)

      Padam
  10. suki pun pengumpul FM juga..dah nak penuh fridge tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Suki kak ana dah sampai tepi kiri kanan dah haha :)

      Padam
  11. Balasan
    1. tak baca lah tuuuu... kat Daiso ada jual ewan,rm5.30 termasuk gst :)

      Padam
  12. Kat tempat Zumal takde jual magnet sheet tu. Teringin gak nak buat...

    BalasPadam
    Balasan
    1. kat kedai stationery ada kut zumal, kak ana beli di daiso :)

      Padam
  13. Ha'ah.. nak tahu juga kat mana kak ana beli magnet sheet tu... kat kedai2 alat tulis ke kedai DIY ke...? :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. ni sorang lagi nak kena babab.net, kat Daiso lah sayangku ain :)

      Padam
  14. Balasan
    1. In shaa Allah CP nanti kak ana pos kan ye hihi :)

      Padam
  15. Balasan
    1. mana ada aRz, design simpleje, bolehlah aRz buat pic cik puteri bagi kat kak ana kay :)

      Padam
  16. Balasan
    1. wah samalah koleksi kita aida :)

      Padam
  17. Salam, haha terbaik! sy pn penah buat magnet camni, tp customised letak gambar pastu jual..hihi..cuma nak cari magnet sheet yg murah tu susah pulak..

    BalasPadam
    Balasan
    1. oo ye ke Lynn, best lah siap boleh jual tu..yup magnet sheet tu mahal gaklah rm5.30 dapat lima keping fm sahaja ikut saiz kak ana tu :)

      Padam
  18. hahaha baru baca...sebab cari cara nak buat sendiri fridge magnet....stresss

    BalasPadam
    Balasan
    1. yeay aRz nak buat magnet, cop!! kak ana nak satu :)

      Padam
  19. Mudah sangat nak buat kena cari bahan ni

    BalasPadam