sweetmuslimah

klikjer

LAZADA



Sabtu, 1 Ogos 2015

Drama Siri Carmela TV3

Drama Siri Carmela di TV3

Setelah mendapat info dari blog drama siri popular di EDTV melalui Instagramnya, maka melekatlah ana sekali lagi di depan tv mengikuti satu lagi siri drama telenovela Filipina lakonan pelakon pujaan hati yang cantik jelita Marian Rivera. Semasa entri ini sedang di terbitkan, Marian Rivera sedang hamil selepas perkahwinannya bersama hero kesukaan ramai Dindong Dantes.Sebagai peminat setia pelakon cantik ini, ana pernah terbitkan entri perkahwinan mereka di SINI.Ok jom kita sambung bercerita kisah telenovela terbaru di TV3 bertajuk Carmela setiap hari Isnin hingga Khamis jam 3 petang.




Drama siri telenovela terbitan GMA Network kali ini menggandingkan Marian Rivera bersama pelakon kacak Alden Richards. Drama arahan Dominic Zapata 83 episod tanyangannya di Filipina terbit pada 27 Januari 2014.

Sinopsis drama siri Carmela TV3

Carmela (Marian Rivera) seorang gadis yang cantik namun telah banyak melalui pengalaman pahit sepanjang hidupnya.Selepas kehilangan bapanya dan terputus hubungan dengan ibu kandungnya kerana satu krisis keluarga di kampung halaman.

Carmela telah jatuh cinta dengan Yago (Alden Richards) namun terdapat sejarah silam tentang datuk Yago yang menimbulkan konflik dalam hubungan cinta mereka.Dari latar belakang keluarga yang berbeza hinggalah konflik demi konflik penghalang cinta antara mereka berdua.

Seperti selalu, lakonan air mata Marian Rivera memang akan membawa kita sama-sama untuk mengikuti kisah cinta menarik ini hingga ke episode akhir nanti.Pasti ana tidak akan ketinggalan untuk terus menonton drama siri Carmela di TV3 disetiap waktu tayangannya.

Pelakon drama siri Carmela TV3


Marian Rivera sebagai  Carmela Fernandez / Catalina Bulaong
Alden Richards sebagai  Santiago "Yago" Torres Flores
Agot Isidro sebagai Amanda Fernandez (ibu kandung Carmela)
Jaclyn Jose sebagai  Patricia "Trixie" Torres (ibu Yago )
Raymond Bagatsing sebagai  Dante Hernando
Rol Vinzon sebagai  Mayor Fernando Torres
Kristal Reyes sebagai  Janine Fernandez Torres

Dan ramai lagi pelakon pembantu yang menghidupkan jalan cerita drama siri Carmela diTV3 ini.


Marian Rivera dan Alden Richards

Alden Richards

Marian Rivera

Agot Isidro

Kristal Reyes



Episod akhir Carmela

Hari ini 7hb Oktober merupakan episod akhir drama siri Carmela.Macam selalu happy ending yang sangat menyentuh hati. Janine yang cedera parah semasa kemalangan jalan raya ketika cuba di larikan oleh Fernando akhirnya mati secara tak sengaja apabila Trixie mengugutnya setelah di sedar dari koma.Trixie didakwa oleh Amanda dan dipenjarakan .Fernando insaf akan segala perbuatannya dan mengaku salah pada Amanda dan Carmela akhirnya membunuh diri .Amanda memaafkan Trixie dan Fernando dan membebaskan Trixie dari penjara.Carmela manamatkan pengajiannya begitu juga Yago bergelar seorang engineer.Mereka akhirnya mendapat restu Amanda untuk meneruskan percintaan .Dan itulah akhirnya kisah cinta yang sangat menyentuh hati Carmela dan Yoga. Pasti ana akan merindui kisah telenovela menarik ini dan pastinya merindui wajah cantik Marian Rivera Dantes.

13 ulasan:

  1. wahhh.. layan telenovela gitu.. hihi.. marian rivera ni memang cantik kan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. lia dah nama suri rumah camtu lah ye haha :)

      Padam
  2. hehehe..Fernando Torres!nama pemain bola favourite saya!

    macam menarik..tapi tulah, tayang waktuu kerja..huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sal kerja je lah Sal..haha :) biar kak ana je layan telenovela bagai ni .

      Padam
  3. Selalu stalk IG Marian Rivera. Cantik gilos!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sha kak ana ada buat IG fan Marian Rivera haha @beautiful_marian_rivera :)

      Padam
  4. Nak cari awek macam Marian Rivera..hehehe..sebab tu adik kak Ana ni dok bujang je hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hamboi taste angpa... In shaa allah CP, jodoh itu rahsia Allah swt. :)

      Padam
  5. dayah suka heroin ni..penah tengok sekali telenovela ni, pastu da start keja x leh tgok dah la..hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. feveret kak ana ni dayah marian rivera :)

      Padam
  6. Of course la kak ana tengok telenovela ni kaannn.. ada peminat kak ana berlakon.. hehheheheee... ;)

    *Aditya Roy ada tak..? kalau ada, ain tengok sekarang jugaakkk... hikksss..*

    BalasPadam
    Balasan
    1. haha wajib kan ain, peminat kak ana ye bukan kak ana peminat yanyan ye ain adoi :)

      Padam
  7. KG layan cerita ni k.ana...ada rasa panas d hati bila layan cerita macam ni...

    BalasPadam