sweetmuslimah

klikjer

LAZADA



Jumaat, 14 Ogos 2015

Drama Wadi di TV3

Drama Wadi di TV3


Sebenarnya ana agak lambat untuk mengikuti siaran drama Wadi yang di tayangkan di slot Zehra di Tv3 ni.Dah bermula beberapa episod baru ana mengikuti sejak menontonnya dua minggu lepas dan ana dapati ia sebuah drama siri yang menarik untuk diikuti hingga ke episod akhir nanti.


Drama siri 13 episod menerusi slot Zehra menemui penonton setianya setiap hari Jumaat jam 9:00 malam di TV3.


SKRIP : Mahizan Hussain
PENGARAH : Heykal Hanifah
TERBITAN : Luqsar Kreatif Sdn Bhd
PELAKON :
Syafie Naswip sebagai Wadi
Ardell Aryana sebagai Widya
Naim Daniel sebagai Farid
Shafieq Shazwan sebagai Epit
Fimie Don sebagai Azim
Azhan Rani sebagai Bakri
Amyza Aznan sebagai Zainah
Lisdawati sebagai Mahani
Faezah Elai sebagai Cikgu Murni
Zamarul Hisham sebagai Cikgu Kamarul


SINOPSIS DRAMA WADI

Wadi (Azwadi) seorang anak miskin dan tinggal di kampung setinggan. Ayah Wadi meninggal dunia  ketika kerana kemalangan ketika keluar ke bandar bersamanya.

Sejak itu, Wadi tinggal dengan ibu tirinya, Zainah  dan dua adik tirinya Zira  dan Zana. Zainah amat membenci Wadi kerana menganggap Wadi punca kematian suaminya Bakri (ayah Wadi). Bila ayah Wadi meninggal, Zainah semakin membenci Wadi. Dia suka mendera dan memukul Wadi. Wadi begitu tertekan tapi tidak pernah melawan.

Untuk menghilangkan segala kesedihan, Wadi suka berlari. Berlari membuatkan perasaannya tenang dan tenteram. Wadi tetap bersabar bila Zainah selalu mengusir Wadi. Wadi berazam untuk meneruskan persekolahannya sehingga SPM kerana cita-cita mahu memasuki Sekolah Sukan Bukit Jalil kerana mahu jadi pelari pecut dan jarak jauh. Wadi memenangi banyak pertandingan larian dan juga mewakili sekolah. Dia amat disayangi oleh guru sukannya, Cikgu Hanafi yang melihat potensi besar dalam diri Wadi sebagai atlit.

Zira sendiri tidak tahan melihat ibunya mendera Wadi. Zira begitu menyayangi dan bersimpati dengan Wadi. Berbeza dengan Zana yang turut membenci Wadi seperti ibunya. Macam-macam yang dilakukan oleh Zainah dan Zana untuk menyakiti Wadi kerana mahu mengusirnya.

Jom kita teus menyaksikan episod demi episod kesudahan sebuah drama siri yang menarik ini hingga ke hujungnya.Lakonan hebat Syafie Naswip pasti boleh mengalirkan airmata dengan watak yang dibawanya.


Barisan pelakon drama Wadi di TV3



Sumber : Infotaip dan foto dari Google Image

8 ulasan:

  1. Balasan
    1. dah NN dah episode berapa kak ana tak pasti lak :)

      Padam
  2. Saya suka pelakon ni kak Ana kekadang drama saya ikut pelakon. Nak tengok juga

    BalasPadam
    Balasan
    1. Samalah aRz, kak ana pun tengok pelakon dulu baru nak tgk drama je, kadang-kadang tiba-tiba tengok rasa menarik dah terus melekat haha :)

      Padam
  3. amboi..gmbr last tu win..diorg wefie berempat...

    BalasPadam
    Balasan
    1. nanti along parody lak kay dengan kengkawan along haha :)

      Padam