Koleksi Antik dan Barang Lama di Penang

by - Wednesday, August 12, 2015


Koleksi Antik dan Barang Lama di Penang

Tertarik dengan minat salah seorang sepupu ana yang tinggal di Pulau Pinang yang mempunyai hobi mengumpul barang-barang lama atau koleksi antiknya.Amir Ali sering bercerita di kalangan sepupu kami yang lain tentang hobi uniknya, dan terfikir pula ana untuk berkongsi pelbagai barang-barang lama yang kebanyakkannya sudah tiada di persekitaran kita di anajingga.com.Menerusi kiraman beberapa keping foto di aplikasi whatsapp ana kongsikan kembali disini dan manalah tahu ada dikalangan pembaca yang berminat untuk memilikinya bolehlah hubungi Amir Ali di Whatsapp : 014-266 4243


Antara beberapa koleksi lama yang dimiliki

Menurut Amir " Ni koleksi suka-suka je, koleksi yang seiring dgn usia E, zaman yang terdapat kenangan pada sesetengah item. Ada antaranya masa kecik tak mampu dimiliki, ada antaranya pernah dimiliki, ada antaranya pernah diguna oleh orang tua kita, semuanya mengimbau kenangan dan nostalgia. Bukan semua item-item ni rare atau lama, ada antaranya limited edition, sukar untuk kita dapat, tak kisah lama ke baru ke yang pasti suka untuk mengumpulnya,tak ada had sempadan."




Antara koleksi yang ada ialah seperti  radio lama Hitachi, radio National, kipas lama yang bilahnya dari besi, ada barang-barang  Milo lama, ada gelas kaca Mopiko, Planta, F&N, Hacks,Milo yang semuanya zaman dulu termasuk freegift . Barang zaman dahulu agak  unik, ada 3-4 bahasa sekaligus pada barang tersebut, bahasa Melayu, Cina,India & tulisan Jawi.



Terdapat juga  gumbe ( alat isi minyak/air ), keris pusaka, kalendar kain guni lama tahun 1986,  frame rokok, frame susu cap junjung, talam minyak cap kapak,  aneka keychains vintage, koleksi kereta mainan, lampu suluh lama, mancis api lama, handphone lama, mug enamel marlboro, tin rokok lama dan pelbagai lagi yang tersimpan di atas loteng rumahnya.Bolehlah cuci-cuci mata disini dan kalau berminat mungkin boleh tawar menawar harga dengan Amir di nombor yang ana nyatakan di atas.



















~berkongsi koleksi antik dan barang-barang lama disini~

You May Also Like

14 comments

  1. bila dh start mengumpul, jd best kan. lama lama addict.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah kan rara, macam2 koleksi boleh kita buat kan :)

      Delete
  2. confirm dia ni rajin mengemas...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi ye ke Sal.. agaknya lah kan :)

      Delete
  3. Wow memang marvelous kotak mancis sedondon tu. KAT mana ni kak ana

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah kan arz rare dah tu, ni kat Seberang Perai rasanya runah sepupu kak ana tak pernah sampai lagi :)

      Delete
  4. macam best je barang barang antic ni

    ReplyDelete
  5. Wah, macam2 ada. Boleh tengok benda yang kita tak pernah tengok ^-^

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah zumal barang-barang lama yang dah semakin payah nak jumpa ketika ini :)

      Delete
  6. adik ipar kumpul antik.
    tapi antik dia zaman dulu kala :)
    nanti aida share ni dgn dia...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hobi yang menarik kan aida,terima kasih :)

      Delete