sweetmuslimah

klikjer

LAZADA



Selasa, 25 Ogos 2015

Resepi Ringkas Dan Mudah Untuk Anak-anak


Tertarik dengan beberapa keping foto yang dikongsikan oleh sahabat Facebook, ana kongsikan semula disini lima teknik penyediaan makanan yang ringkas dan mudah untuk disediakan sebagai menu pencuci mulut bersama keluarga, khasnya anak-anak.Teringat ketika anak-anak masih kecil dahulu, kami selalu menyediakan pelbagai menu bersama-sama di dapur.Adik Ika paling suka bab masak ni.Setelah meyediakan semua bahan, dia akan melakukannya sendiri langkah demi langkah dan kita hanya memantaunya sahaja dan bila berkaitan dengan penggunaan dapur atau oven barulah ana ambil alih.Dengan cara ini, anak-anak dapat bersama melahirkan kreativiti mereka.Jom kita lihat beberapa keping foto yang boleh dijadikan menu ringkas.Pandai-pandai kita lah mengubah bahan-bahannya mengikut bajet yang ada.

 Aiskrim  

Dari foto di atas, ana lihat mereka menggunakan air Sprite yang di campurkan dengan jelly bean.Kemudian dia tuang ke dalam acuan aiskrim dan letakkan batang aiskrim sebelum dibekukan di dalam peti ais.Kita boleh mengolah semula mengikut air minuman pilihan kita dan menggantikannya dengan campuran candy atau pun coklat chips.Kombinasinya kita tentukan sendiri.

 Buah-buahan celup coklat


Ana rasa resepi kedua ini ialah dipping fruit, atau buah-buahan yang dicelup ke dalam coklat masakan dan di sejukkan ke dalam peti sejuk.Mereka menggunakan kepingan buah kiwi namun kita bolehlah menggunakan sebarang buah yang ada di rumah.Celupkan ke dalam coklat masakan dan sejukkan semula. 

Aiskrim jus buah

 


Kisar buah-buahan seperti mangga, kiwi dan strawberi kemudian isikan ke dalam acuan aiskrim atau dari gambar di atas cawan plastik dan letakkan batang aiskrim di tengah-tengahnya.Sejukkan dan pastinya sedap kan.

Jeli buah oren

 



Pada ana ini satu idea yang menarik dan mudah.Mereka menggunakan serbuk agar-agar segera, panaskan dan letakkan ke dalam belahan kulit limau yang dikeluarkan isi nya. Untuk mengelakkan pembaziran, mungkin kita boleh gunakan semula isi limau sebagai hidangan sampingan untuk di makan bersama jeli.In Shaa Allah satu hari nanti ana ingin mencubanya sendiri.

Roti Cheese Goreng


Hidangan yang sesuai untuk sarapan atau minum petang.Potong kepingan roti dan letakkan sekeping cheese di tengahnya dan apitkan semula.Salutkan dengan telur yang telah di pukul dan panaskan di atas kuali  leper.Pastinya sedap kan di makan panas-panas.

Ermm setakad ini lah yang sempat ana kongsikan untuk rujukan ana di masa hadapan dan semoga dapat memberi serba sedikit idea bagi yang tercari-cari resepi-resepi untuk sajian anak-anak.Rasanya menu-menu ini bukan sahaja mudah namun pastinya berkhasiat apabila menggunakan buah-buahan segar.Jom kita cuba nanti kay..

kredit: Facebook.com


50 ulasan:

  1. wah ....buat aiskrim tu menarik..nanti boleh cuba...mesti anak-anak suka..thanks ana

    BalasPadam
    Balasan
    1. tu lah azie, simple kan ,nak cuba juga nanti tu yang buat entri senang nak buat rujukan esok2 hihi :)

      Padam
  2. wah...orang tua pun kecur liur tengok.hihi

    BalasPadam
  3. Balasan
    1. nani buat nanti share semula kat cikmanis kay :)

      Padam
  4. Simple dan berkhasiat. Thanks for sharing.

    BalasPadam
  5. aiskrim jus buah dan roti cheese goreng tu nak buatlah. simple je kan.. tq for sharing :))

    BalasPadam
    Balasan
    1. sama-sama lia, nanti dah buat up entri kay :)

      Padam
  6. Salam, wahh semuanyaa menarik kan..rot cheese tu buat bfast dgn minum2 petang sedap gile..dipping fruit pun nice...sedapnye!!

    BalasPadam
  7. Hidangan roti tu bunda pernah buat....tapi bunda ubah suai sikit dengan menambahkan tuna spread didalamnya....

    Kalau rajin bunda nak cuba buat agar2 dalam kulit limau tu pulak....buat hidangan meja pengantin pun sesuai jugak ni kan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. wah kreatifnya Bunda_nora, betul tu,kita boleh sahaja ubah ikut bahan yang ada di rumah ..erm bagus juga kan buat hidangan pengantin nanti :)

      Padam
  8. assalamualaikum ana...memang mudah sekali....roti cheese tu nampak sedap jer...:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumsalam mama, mudahkan mama..bolehlah buat bersama2 cucu granma nanti ni haha :)

      Padam
  9. macam mudah jer nak buat...menarik pula warnanya....mesti budak2 suka...

    BalasPadam
    Balasan
    1. tu lah Fida nampak cam simple kan, jom try buat nak :)

      Padam
  10. memang sodap, yummy betol, ahaha~ terliur sayaaaa~
    ade beli bekas aiskrim gtuw, kt MR D.I.Y , tp tak buat2, bole try, tp nk tukar gune revive, hehee

    BalasPadam
    Balasan
    1. haah kan nona kat MR DIY ada kan :)

      Padam
  11. akakkkkk. nak coklat kiwi tu.. terliur la.. hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. ok ok siti sat gi kak ana pos ye tunguuuuu tau haha :)

      Padam
  12. Balasan
    1. kan mas kak ana nak cub agak nanti :)

      Padam
  13. kalau roti cheese goreng cikla mmg selalu buat kak ana.. satu famili suka...

    BalasPadam
    Balasan
    1. oo ye ke cikLa tak pernah buat lagi nanti kak ana nak juga cuba :)

      Padam
  14. Creatif kak ana... boleh cuba.. tapi x blh lawan ekrem magnum kak ain la.. hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. haha eskrem ain kan sepesel papa :)

      Padam
    2. hahahahaa...!! sempat je menyelit je Pejal... :p

      kak ana, eskrem Magnum ain memang spesel.. lain dari yang lain dan hak cipta terpelihara tau... hahahahahhaaa... :p

      Padam
    3. laku magnum sejak ain promote, patut jadi duta magnum malam jumaat ni haha :)

      Padam
  15. Hik4..nnti sha nk cuba buat laa bila free.. Suka laa bebudk tgk wrna wrni

    BalasPadam
    Balasan
    1. buat jom Sha, zaryth suka lah nanti tu :)

      Padam
  16. ini memang anak-anak SA suka la ni..bukan anak je..mak2 pun suka kan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. SA ajak Dania buat sama-sama,best kan :)

      Padam
  17. senangkang kak Ana.... tinggal deco-deco dan makan

    BalasPadam
  18. Balasan
    1. jom arz ajak cik puteri buat sama-sama mesti best :)

      Padam
  19. Kak.. mana nk cari bekas buat aiskrim+pemegang die tu ya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ruby kalau kat area KL Selangor ni kat Mr DIY ada jual.. atau Daiso ke mana kedai pinggan mangkuk ada kut barang-barang dapur semua tu :)

      Padam
  20. budak-budak kalau bab eskrem memang melompat lah kan..
    nak-nak lagi eskrem warna-warni... hehehehehe... :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. ececeh...ain pun suka eskrem kan :)

      Padam