sweetmuslimah

klikjer

LAZADA



Sabtu, 15 Ogos 2015

Segman "Review Suami Aku Ustaz"



http://kumahuitu.blogspot.com/2015/08/segmen-review-filem-suami-aku-ustaz.html
Klik Banner untuk sertai



Review Filem Suami Aku Ustaz

Filem Suami Aku Ustaz ni telah pun di tayangkan di seluruh pawagam mulai 14hb Mei 2015 yang lalu.Dan sebagai peminat setia pelakon hebat Adi Putra, pasti ana tidak melepaskan peluang untuk menonotonnya.Terpanggil untuk menulis kembali sebuah review filem ni, yang diadaptasikan dari nukilan novel Hannah Dhaniyah ke layar perak dengan garapan yang lebih realiti.


Tak jumpa orangnya posterpun jadilah .. 

Sinopsis Filem Suami Aku Ustaz


Alisa (Nora Danish) dipaksa bernikah dengan sepupunya merangkap guru agama di sekolah menengahnya iaitu Ustaz Hafiz (Adi Putra) apabila ibu bapanya ingin mengerjakan haji. Hanya kepada Ustaz Hafiz sahaja tanggungjawab dan kepercayaan yang diberi untuk menjaga Alisa sepanjang mereka di Mekah.

Dilema bermula setelah mereka berkahwin apabila Alisa perlu menyembunyikan statusnya di sekolah daripada diketahui oleh orang lain termasuk rakan baiknya sendiri, Wati (Betty Rahmad) dan Johan (Izzue Islam). Dalam dilema dan perbezaan usia yang ketara, Alisa juga terpaksa berdepan dengan pelbagai konflik untuk menerima Ustaz Hafiz sebagai suaminya.

Pelakon Filem Suami Aku Ustaz


Adi Putra sebagai Ustaz Hafiz
Nora Danish sebagai Alisa
Izzue Islam sebagai Johan
Betty Rahmad sebagai Wati
Jue Aziz sebagai Cikgu Liana
Liza Abdullah sebagai Mak Alisa
Razak Ahmad sebagai Ayah Alisa
Kamaliah Mat Don sebagai Umi Ustaz Hafiz

Pengarah : Ghaz Abu Bakar
Pengarah Bersama : Adi Putra
Penerbit : Dato’ Wan Mohd Muzri (DM)
Datin Nur Syafira
Penerbit Eksekutif : Wan Mohd Ariff
Penerbit Penyelaras : Adi Putra (ADP)
: Hairi Zakaria (Maxiworks Solution)
Idea Asal & Penulis Skrip : Hannah Dhaniyah
Olahan Skrip & Lakon Layar : Adi Putra, Ghaz Abu Bakar, Fadzil Zahari & Helmi Jamil
Syarikat Penerbit : Karya Seni Production Sdn. Bhd
Syarikat Pengedar : Alternate Pictures Sdn. Bhd

Pendapat Ana tentang filem Suami Aku Ustaz

Mesej jelas dan sampai kepada penonton tentang dilema perkahwinan pilihan ibu bapa dan konflik jiwa remaja yang belum bersedia untuk ke gerbang perkahwinan apatah lagi dengan bukan lelaki pilihan hati.Namun setiap ibu bapa pasti inginkan yang terbaik buat anak-anak, tiada ibu bapa yang ingin menghantar anak-anaknya ke ruang kebinasaan,itu pasti.

Cuma dilema kerana anak tidak diberi pilihan untuk memilih tetapi di akhir kemanisannya ialah cinta halal selepas pernikahan adalah yang lebih suci dan indah yang bakal dijalani biarpun di awalnya penuh ujian dan dugaan.

Watak-watak hebat seperti Adi Putra yang serasi gandingan dengan Nora Danish telah memberikan impak sangat terkesan dengan watak yang dibawa.Disamping sokongan kuat pelakon-pelakon yang berpengalaman menjadikannya sebuah naskah yang seronok untuk di tonton.





kredit : budiey.com dan google image

17 ulasan:

  1. Wana belum sempat baca novel atau tengok lagi..huhu..tapi citer ni nmpknya menarik

    BalasPadam
    Balasan
    1. kak ana wajiblah wana, kan hero pujaan tu haha over lak ye :)

      Padam
  2. Wow hebat kak Ana review nak copy paste boleh?

    BalasPadam
    Balasan
    1. boleh..boleh..jangan bagitau bonde tau haha :)

      Padam
    2. kantoiiiii sudah....

      Arz kene selfie dgn Nora Danish dulu

      Padam
  3. Balasan
    1. sama-sama bonde , akan selalu support adik2 EFGiers tersayang, In Shaa Allah

      Padam
  4. ni memang peminat Adi Putra..hehehe

    BalasPadam
  5. nanti boleh la tengok filem ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. DP dah lama ditayangkan di pawagam, kak ana cuma review semula untuk join Segmen hari ni :)

      Padam
  6. Zumal suka lakonan Adi Putra nie...

    BalasPadam
  7. Betul ke menarik cerita ni? huhu.. entahla, sampai sekarang belum ada lagi rasa ingin tonton cerita ni dalam hati along...huhu

    BalasPadam