Street Art Yang Menakjubkan

by - Tuesday, August 18, 2015


Lukisan Street Art

Menjadi satu trend atau fenomena di mana-mana juga kita dapat melihat lukisan jalanan atau lebih dikenali sebagai Street Art terdapat di serata tanahair.Ia satu cetusan idea yang sangat positif pada ana, kerana belakang-belakang laluan yang dahulunya terbiar dan tidak bersih, kini menjadi tumpuan pelancung dan penduduk tempatan untuk bergambar dan bersiar.Suasana sebegini dapat menghindari daripada gejala-gejala negatif di kawasan sekitar disamping sedap mata memandang.Ana pernah berkongsi tentang salah satu daripada deretan lukisan jalanan atau Street Art yang terdapat di Laman Seni,Shah Alam di SINI .

Kali ini jom kita melihat beberapa keping foto tentang Street Art ini yang ana pinjam dari Facebook Crafterland.Community.Sangat comel dan unik untuk penduduk sekitar bergambar diruang-ruang yang ada.



Ana tidak dapat mempastikan dimana lokasi sebenar kesemua gambar-gambar ini di ambil, namun ana yakin ia merupakan hasil kreativiti seni yang sangat berbakat.Lukisan Street Art begini memerlukan kesabaran yang tinggi kerana kadang-kala ia memenuhi satu ruang dinding yang besar ataupun di jalan-jalan yang luas dan banyak masa diperlukan untuk menyiapkannya.Idea dengan reka bentuk lukisan 3D ini sangat menakjubkan dan sesuai buat mereka yang gemar ber'selfie' sebagai latar belakang yang cantik.
















Dalam kesemua gambar di atas ana pastinya paling suka gambar yang terakhir ni sebab satu formasi lukisan street art kucing yang sangat comel.

Kredit foto Craftland.Community

You May Also Like

32 comments

  1. memang comel dan menakjubkan lah ana...

    ReplyDelete
  2. sangat comel dan menarik..gambar last tu memang comel

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah wana,kak ana pun suka hat tu sebab ada meow kan hihi :)

      Delete
  3. seriusly mmg menarik sgt..ummul tak mampu kot nk buat cmni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ummul pun berbakat melukis kan, :)

      Delete
  4. Suka g sana sbb nk g tgk pic pic ni.pandai betul dorg lukissss.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rara kan suka selfie, sesuailah posing2 sana haha :)

      Delete
  5. Street art ni one of urban strategy utk avoid vendalism.. kes2 merompak di backlane..sbb lorong2 blakang ni xde la terlalu sunyi so bl ade activity kadar jnyh ni dpt la dikurangkan.. dlm ms yg sama xdela bdk2 ni lukis or tulis yg bukan2.. dan dpt la mngembangkan hasil kreativiti mereka ini.. yg sy tau ade dekat penang street art.. kat shah alam pn ada.. mmg sgt teruja....

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju dengan ulasan aina alia ,tq so much :)

      Delete
  6. Menarik sungguh! Dah jadi trend dah kan Street Art :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu Pojie, sati trend yang positif :)

      Delete
  7. Replies
    1. kak ana pandai apa nya aRz hihi :)

      Delete
  8. Singgah & follow blog anajingga,salam ukhwah,.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih awaza Ns ,salam ukhwah dari kak ana juga :)

      Delete
  9. Street art ni bagus sebab selain dari mencantikkan dinding ia juga boleh mengelakkan vandalisme. PBT harus peka dengan trend sekarang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu CP, sangat positif bila di adakan street arts sebegini kan :)

      Delete
  10. lawa2 gmbr2 street art ni..Along ske tgk gmbr bdk yg nak bling kek tu, gmbr bruang n siput tu...kreatif n 3d habis...

    ReplyDelete
    Replies
    1. along pandai tak lukis macam tu hihi :)

      Delete
  11. Tak berkesempatan lagi nak pergi mana-mana yang ada street art ni. sure best bergambar kat situ

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak emalin, satu hari nanti sampai lah tu.. :)

      Delete
  12. Kreatifnya. Adududu. Yang suka bergambar / selfie kompem suka tempat mcm ni. Lukisan pun memang nampak real.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul kan Sha nampak real sangat :)

      Delete
  13. nice entry ana... I do love the wall art & street art..

    ReplyDelete
  14. terbaik !!!
    and cantik...
    aida br nak gi tgk art street penang.
    tapi dgr nyer kat berita da kena conteng!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. alaaa tu yang tak best tu kan aida :(

      Delete