Tumis Kicap Paku Rawan

by - Tuesday, August 04, 2015


Tumis Kicap Paku Rawan

 


Paku rawan ni sejenis tumbuhan air yang tumbuh meliar di kawasan berair sekitar kampung, khasnya di bendang-bendang.Jika ketika remaja dahulu memang tak suka langsung nak makan sayur paku rawan ni, namun mungkin dek faktor usia yang makin meninggi, sekarang gemar pula makan sayur-sayur kampung.Semasa berada di kampung minggu lepas, ana terjumpa seikat paku rawan di dalam dapur mak,dan membawanya pulang untuk di masak tumis kicap.


Setahu ana, mak hanya mengajar kami makan dan masak tumis kicap sahaja sebagai menu masakan paku rawan ni.Cara memasak mudah dan asas tumis sahaja.Ana tumbuk lumat bawang merah,bawang putih,cili merah dan ikan bilis.Kemudian di tumis dan masukkan paku rawan yang telah di bersihkan.Masukkan kicap dan sedikit garam sebagai perisa.Siap.Sedap di makan panas-panas.

Selain itu,paku rawan juga sedap dibuat ulam dan dicicah dengan sambal belacan.Namun paku rawan perlulah dicelur terlebih dahulu sebelum dimakan.Ada juga yang menjadikannya bahan sampingan dalam hidanan pecal.Ini salah satu lagi makanan ibunda yang semakin pupus jika bukan generasi sekarang mencubanya kembali.


Bagi yang tak pernah melihat rupa paras paku rawan, inilah ana kongsikan disini pucuk paku rawan yang rasanya pahit-pahit manis. Daunnya juga boleh dimasak dan dimakan.


~berkongsi menu paku rawan disini~

You May Also Like

33 comments

  1. Bonde tak pernah masak macam ni paku rawan ni, selalu masak lemak dan buat kerabu jer... Boleh cuba untuk tumis pula lepas ni... tq share Kak Ana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oo boleh ye Bonde masak lemak, tak pernah pula kak ana try, tq sharing juga Bonde :)

      Delete
  2. tak pernah makan paku rawan ni...jarang nmpk plak kat pasar

    ReplyDelete
    Replies
    1. jarang Sally, kalau ada pun di kampung2 je :)

      Delete
  3. selalu nampak kat pasar malam tapi tak pernah cuba masak lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Azi rasanye sedap seakan batang keladi kan Kak Ana

      Delete
    2. haah Azie, Bonde pun pandai makan ni rupanya:)

      Delete
  4. tak pernah jumpa la kak ana..teringin pulak nak cuba.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti kalau terjumpa boleh cuba Sal, tapi pahit-pahit sikit rasanya :)

      Delete
  5. salams kak, 1st time melihatnya...ingatk pucuk paku pakis...

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam mieja: haha bukan paku pakis ni lain sikit rasanya :)

      Delete
  6. Kakcik tahu paku ni tapi tak pernah makan... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. oo ye ke kak cik, kat Teluk Intan banyak jual ni kak cik :)

      Delete
  7. wow bila dah msk nmpk mcm sedap :)

    ReplyDelete
  8. Tak pernah dengar, lihat dan makan paku rawan ni. TQ share kak Ana. Mana tahu pehni jumpa, tak adalah nampak nau Sha tak tahu sangat, hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. erm sebab tu kak ana suka share something yang rare Sha, boleh tambah pengetahuan kan :)

      Delete
  9. First time tgok...x pernah mkn atau jumpa kat mana2 pasar mlm

    ReplyDelete
    Replies
    1. jarang nak jumpa SA kat pasar malam :)

      Delete
  10. x pernah tengok n first time dengar .. kalo paku pakis tu pernah la tengok hii ... unik la plak..

    ReplyDelete
  11. tak pernah tengok paku ni. hahahah ;D

    ReplyDelete
    Replies
    1. ramai yang tak kenal nani, bukan nani je :)

      Delete
  12. CP suka kalau buat kerabu atau celur jadikan ulam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. pandai gak CP makannya ye, celur buat ulam kak ana selalu makan tapi kerabu tu belum pernah cuba, terima kasih berkongsi idea CP :)

      Delete
  13. mak dayah suka rebus ja pucuk paku ni =)

    ReplyDelete
  14. first time dengar dan tengok... hehehehee..
    maklum lah orang Key Ell tak biasa sangat dengan bendang2 ni.... (heheehehehe... #mohonmereputzzzs #berlagaktakmemasal )

    :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yolah mokchik orang Key Ell ye silalah mereput disana ye haha :)

      Delete