Drama Bukan Isteri Sempurna di TV3

Habis sahaja episod ulangan Amarra Batrisyah di slot Samarinda TV3, terjebak sekali lagi pula ana menonton drama siri adaptasi dari novel bertajuk Bukan Isteri Sempurna. Sebenarnya ana kurang berminat dengan lakonan Dazrin ni namun jalan cerita yang menarik di awal episod dan terpikat pula dengan lakonan Atikah Suhaime terus melekat depan tv menonton dan mengikuti slot drama siri ini.Jom ana kongsikan sinopsis drama terbaru di Samarinda buat bacaan di anajingga.com malam ini.



Drama arahan Azmi Hatta terbitan  A.Aida Production mula menemui penonton slot Samarinda di TV3 pada 3 September yang lalu.Waktu tayangan jam 10:00 malam setiap Selasa hingga Khamis.Membariskan pelakon seperti Dazrin Kamaruddin , Atikah Suhaime,Mimie Ernida, Aliza Shadan, Arash Mohamad, Khatijah Tan, Zulkiflie Ismail dan lain-lain lagi.

Sinopsis Bukan Isteri Sempurna:

Berkisar kepada kehidupan seorang adik lelaki yang sering terpaksa mengorbankan kepentingan dirinya demi menjaga maruah keluarga dengan memikul tanggungjawab onar yang dilakukan oleh abang kembarnya yang telah mennodai anak perempuan pembantu rumah mereka.

Nina telah diperkosa oleh Danish Arham, kembar kepada Daniel Arman,anak Datuk Zainuddin. Demi menjaga maruah keluarganya,Datuk Zainuddin sanggup melindungi Danish Arham dengan menghantarnya ke London dan anak sulungnya, Daniel Arman pula terpaksa bekorban mengahwini Nina. Datuk Zainuddin yang angkuh dan sentiasa bersangka buruk terhadap Nina telah melemparkan pelbagai tuduhan terhadapnya sehingga Nina melarikan diri.
Lima tahun kemudian dengan tidak sangka-sangka Nina bertemu semula dengan suaminya, Daniel Arman apabila syarikat tempat dia bekerja bergabung dengan syarikat Daniel Arman. Nina semakin tertekan bila dia telah dipinjamkan oleh bosnya, Zachary kepada Danish Arman sebagai pembantu peribadinya buat sementara waktu.
Namun begitu, Daniel Arman tidak pernah membenci Nina. Nina pula tidak pernah mengharapkan cinta Daniel Arman kerana dia sedar hakikat dirinya yang tidak sesempurna wanita lain. Tambahan pula Azzura sering bersama dengan Daniel Arman. Dan Zachary, rakan kongsi Daniel Arman yang tidak putus-putus mengharapkan cinta Nina.
Ketenteraman hidup Nina berkocak apabila Danish Arham kembali dan inginkan Nina sebagai haknya. Danish Arham melakukan pelbagai perkara untuk mendapatkan Nina kembali namun bagi Daniel Arman, Nina telah menjadi isterinya dan dia bertanggungjawab ke atas wanita itu walaupun tidak pernah wujud hubungan suami isteri yang sebenar antara mereka.
kredit : infotaip.blogspot.com

9 Comments

  1. Dengar sinopsis cerita agak menarik juga. tapi itulah kak pun tak berapa minat dengan lakonan si Dazrin ni....

    ReplyDelete
  2. susah betul nak tengok drama...tapi perkongsian yang baik kak ana

    ReplyDelete
    Replies
    1. biasalah aRz lelaki jarang layan drama ni kan :)

      Delete
  3. ooo gitu citenya.. menarik gak..

    ReplyDelete
  4. Belum sempat tengok walaupun ada si cantik Atikah Suhaime.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah wah minat Atikah Suhaime rupanya , memang cun pun kan CP :)

      Delete
  5. tengok sikit2 ja k.ana..tapi nampak best juga

    ReplyDelete