sweetmuslimah

klikjer

LAZADA



Selasa, 22 September 2015

Hadiah Menang Giveaway 2nd Anniversary Blog Akif Imtiyaz


Alhamdulillah bulan ini sekali lagi menang give away dari rakan blogger atau lebih suka ana panggil adinda blogger Lya dari anjuran Giveaway 2nd Anniversary Blog Akif Imtiyaz dengan sponser sepenuhnya dari Halwa Attire.Inilah namanya rezeki kan, ana memenangi tempat kedua yang dipilih sendiri oleh pihak Halwa Attire.Dan selepas rambang membuat pilihan hadiah yang ditawarkan, hari ini telah selamat sampai sehelai blouse berwarna merah pilihan hati.Sangat mudah dan pantas urusan penghantaran hadiah dari pihak Halwa Attire,semalam membuat pesanan dan tengahari tadi Poslaju menghantar di depan pagar rumah.Sehelai blouse yang sangat cantik fabriknya dan sangat simple designnya, In Shaa Allah selesa dipakai nanti.Bolehlah ana menggayakannya dengan kain atau seluar nanti.



Comelkan ... dan ana ingin bercerita serba sedikit tentang Halwa Attire ni yang memberi banyak pilihan pakaian yang cantik untuk semua peringkat usia wanita di luar sana.


HALWA ATTIRE :Only The Best Stylish Maternity Attire

Assalamualaikum..

HALWA ATTIRE adalah sebuah butik online yang menjual pakaian mengandung untuk wanita dengan pelbagai pilihan warna dan rekabentuk yang menarik dan pastinya menepati citarasa anda. HALWA ATTIRE adalah milik penuh bumiputera yang telah berkecimpung dalam perniagaan online sejak Ogos 2015.Sebuah butik online pakaian untuk ibu mengandung yang dipercayai oleh ramai pembeli pembeli online diluar sana.


HALWA ATTIRE diwujudkan adalah untuk membantu menyediakan pakaian mengandung terutamanya kepada ibu-ibu yang bekerjaya.Di zaman serba moden dan canggih ini,biasa kita dengar keluhan dan keinginan ibu mengandung :


❤ SUKAR mencari pakaian mengandung yang cantik
❤ DESIGN pakaian mengandung yang sama dikebanyakan tempat
❤ WARNA pakaian mengandung yang mebosankan
❤ Ada yang memilih design ala-ala KOREA tetapi MATERIALnya tidak sesuai dengan SUHU Malaysia
❤ Ada yang CANTIK tetapi lengan tiga suku


Menyedari MASALAH dan KELUHAN yang dihadapi oleh mereka,HALWA ATTIRE tanpa untuk MEMBANTU ibu-ibu MENYEDIAKAN pakaian mengandung yang mempunyai:
❤ Design yang cantik
❤ Breastfeeding friendly
❤ Wudhu friendly
❤ Patuh syariah
❤ Material yang bersesuaian dengan suhu Malaysia.


HALWA ATTIRE bukan sahaja menyediakan pakaian mengandung yang boleh dipakai SEMASA MENGANDUNG, tetapi juga anda boleh memakai kembali pakaian dari Halwa Attire SELEPAS melahirkan anak. Selain itu DESIGN yang disediakan sangat EKSKLUSIF dan sesuai dengan cita rasa masakini.InsyaAllah


HALWA ATTIRE sangat sangat mengutamakan kepuasan pelanggan mereka.Mereka telah memberi jaminan 14 HARI (Return Policy https://www.facebook.com/notes/halwa-attire/14-days-return-policy/1450265261967923 ) untuk memulangkan semula pakaian yang telah dibeli sekiranya anda tidak berpuas hati.Apalagi yang kita mahu.Sesungguhnya HALWA ATTIRE sangat mementingkan kepuasan hati para pelanggan mereka.Inilah yang kita cari jika kita ingin membeli belah secara online.Sistem ini membuatkan kita lebih berminat untuk membeli belah bersama HALWA ATTIRE.


MISI Dan VISI Halwa Attire


MISI
❤ Membantu wanita diluar sana untuk BERJIMAT dengan menyediakan pakaian yang BUKAN hanya boleh dipakai semasa MENGANDUNG tetapi juga BOLEH DIPAKAI selepas MELAHIRKAN anak

VISI
❤ - Membantu ibu-ibu untuk kelihatan cantik,anggun dan bergaya walaupun sedang mengandung.
❤- Menyediakan pakaian mengandung yang stylish dan sesuai dengan suhu Malaysia.

Halwa Attire

HALWA ATTIRE adalah pilihan TEPAT untuk anda membeli belah secara online.Tak rugi membeli belah di sini kerana pakaian yang dijual adalah pilihan pakaian dengan fesyen terkini.


Produk Terbaik Dari Halwa Attire 


Baju Mengandung Halwa Attire
Code: CN07
Material: Mixed Cotton
Thickness: Medium
Colour: Pink
Price: RM68.00

Baju Mengandung Halwa Attire
Code: CN07
Material: Mixed Cotton
Thickness: Medium
Colour: Blue
Price: RM68.00

Baju Mengandung Halwa Attire
Code: CN08
Material: Stretchable Cotton
Thickness: Thin - Normal
Colour: Black
Price: RM69.00

Baju Mengandung Halwa Attire
Code: CN08
Material: Stretchable Cotton
Thickness: Thin - Normal
Colour: Pink
Price: RM69.00

Baju Mengandung Halwa Attire
Code: CN03
Material: Cotton + Polyester
Thickness: Medium
Colour: Yellow
Price: RM58.00

Baju Mengandung Halwa Attire
Code: CN04
Material: Mixed Cotton + Lace
Thickness: Thin - Normal
Colour: Red
Price: RM59.00

Baju Mengandung Halwa Attire
Code: CN04
Material: Mixed Cotton + Lace
Thickness: Thin - Normal
Colour: Dark Blue 
Price: RM59.00

Baju Mengandung Halwa Attire
Code: CH04
Material: Chiffon
Thickness: Thin - Normal
Colour: Yellow
Price: RM69.00

Selain pakaian yang telah dipamerkan di atas terdapat banyak lagi pilihan pakaian mengandung yang menarik terdapat di HALWA ATTIRE.Jom kita usha lagi pakaian yang cantik di FACEBOOK PAGE HALWA ATTIRE .


Maklumat Lanjut Mengenai Halwa Attire

Instagram : halwa attire
WhatsApp: 0168011174
Email : halwaattire@gmail.com


Halwa Attire Stylish Maternity Attire !!!Anggun Bergaya Walaupun Mengandung
•► ••► ••► HALWA ATTIRE :Only The Best Stylish Maternity Attire


29 ulasan:

  1. wah hebat kan tahnia dengan blog kita mampu diberi hadiah juga..rezeki anajingga

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah terima kasih etuza :)

      Padam
  2. tahniah... merah mak ngahhh.... boleh wat raya haji...

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih nizam, merah kan..kasi muda sikit haha :)

      Padam
  3. alhamdulillah. cantik sangat baju! nanti jgn lupa posing dengan baju tu kak ana hehehe.

    BalasPadam
    Balasan
    1. alhamdulillah kak cik, posing ye..in shaa allah :)

      Padam
  4. Tahniah Kak Ana, cantik hadiahnya ^-^

    BalasPadam
  5. Tahniah kak ana..cantik bju pilihan kak ana

    BalasPadam
  6. Tahniah..simple & comel bajunya...

    BalasPadam
  7. Balasan
    1. terima kasih cik pinz, saja pilih merah nak sama dengan adik kak ana ni hihi :)

      Padam
  8. Bestnyaa kak ana. Selamat Hari Raya Aidiladha dari Nani :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. rezeki nani, salam aidil adha buat nani sekeluarga juga ye :)

      Padam
  9. Tahniah kak ana :). Salam aidi; adha buat kak ana sekeluarga. Follow #929

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih wani, salam aidil adha buat wani juga :)

      Padam
  10. Alhamdulillab rezeki... cantik2 bajunya... mmg sesuai pakai balik bila dah lps bersalin... dulu2 beli baju ngandung mmg tak boleh pakai balik la... huhuhh

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih Nora, rezeki kak ana kali ni :)

      Padam