sweetmuslimah

klikjer

LAZADA



Isnin, 21 September 2015

Home Made Onion Ring


Cara buat Onion Ring Mudah



Beberapa hari lepas ana terbaca entri Kakcik Seroja teringin nak makan onion ring.Kat entri tu pula ada resepi yang Kakcik kongsikan dan tiba-tiba macam nak cuba pula buat onion ring ni kat rumah.Bahan pun mudah sangat cuma kena ke kedai beli dua biji bawang holland yang segar je.Barulah lah sedapkan.Dan petang semalam bersama adik Ika yang dalam mood cuti sekolah ni, terhasillah homemade onion ring kami yang rangup dan enak di cicah dengan Thai sos. Wah gituuu...

Sebenarnya sangat mudah nak menyediakan onion ring ni, cuma ianya tak lah segebu yang ada dijual di resoran makanan segera.Nama lagi homemade kan ala-ala sahajalah hasilnya, janji sedap dan rangup.Jom ana kongsikan resepi mudah membuat onion ring di rumah.




Bahan- bahannya :(resepi asal ana olah semula mengikut bahan yang ada dirumah)

2 biji bawang besar holland dipotong bulat
8 sudu besar tepung gandum
3 sudu besar tepung jagung
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil gula halus
garam dan lada sulah secukup rasa
150ml air sejuk
minyak untuk menggoreng secukupnya


Cara-caranya :

Kesemua bahan kering ana campurkan ke dalam mangkuk adunan.

Masukkan ais sejuk dari peti ais yang benar-benar sejuk ke dalam adunan tepung dan pukul sebati dengan menggunakan whisk sehingga tidak berketul.Untuk kekalkan kesejukkan bahan ana masukkan beberapa ketul kiub ais ke dalam adunan tepung.

Panaskan minyak secukupnya.Celup potongan bawang holland dan terus goreng ke dalam minyak yang panas untuk beberapa saat dan terbalikkan kedua-dua permukaan.

Angkat dan toskan minyak.Siap dan enak di makan panas-panas.

32 ulasan:

  1. Teringat masa CP kerja kat A&W, tiap-tiap hari makan onion ring ni. Kitaorang panggil Ringgo.

    BalasPadam
    Balasan
    1. OO Ringgo nama di aye CP :) kak ana pun suka yang a&w tu lagilah sedap tapi saja nak cuba buat sendiri lak kali ni hihi

      Padam
  2. salam.. follow dan singgah disini dari g.a mimi adam :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumsalam LN, terima kasih dan all the best dalam GA mimin ye :)

      Padam
  3. saya pernah buat ni..saya sorang je makan kak..anak dan suami pandang pun idak..sebab saya kata ianya dibuat dari bawang..menyesal bagitau..kalau cakap ni sotong mungkin diaorang makan..hahhaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. haha DR lawak statement tuu, ni anak kak ana yang suka pulak tapi bagi kat ayah depa pun kata ni bawang goreng kan ermmmmm.. :(

      Padam
  4. Enak dimakan panas-panaskan, tapi tulah anak-anak MRs. A tak suka
    bawang :-(

    BalasPadam
    Balasan
    1. haah Mrs A, betul tu kebanyakkan anak-anak memang tak suka bawang haha :(

      Padam
  5. Balasan
    1. alaa bukan boleh kenyang pun seri hihi :)

      Padam
  6. Alahai..bestnya kalau dpt makan yg A&W nyer...OK Kak ANA nanti bleh cuba

    BalasPadam
    Balasan
    1. SA hat a&w lagilah best kan..nanti ajak Dania buat sama-sama SA :)

      Padam
  7. best ni Ana boleh akak try esuk lusa ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. alamak malunya kak noor singgah baca entri masakan ana ni , kak noor punya versi pasti lebih super dupper sedap ni :)

      Padam
  8. terima kasih kak ana sharing resipi ni..

    BalasPadam
  9. Sedapnya... boleh la try nanti..

    BalasPadam
  10. favourite umi ummul ni kak anna..nnti boleh cuba buat kat rmh la

    BalasPadam
    Balasan
    1. ummul suka ye, anak-anak je yang kurangkan sebab bawang tu agaknya :)

      Padam
  11. Selalu singgah A&W memang Sha order onion ring ni. Best! Rupanya cara nak buat pun senang je. Lepas ni boleh buat sendiri =)

    BalasPadam
    Balasan
    1. kan Sha a&w ni memang trademark depalah onion ring ni :)

      Padam
  12. selalu keliru onion tu dengan sotong celup tepung

    BalasPadam
    Balasan
    1. laa jauh beno bezanya khaty haha :)

      Padam
  13. alaaa CT tak makan bawang.. cem mano ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. tukar bawang kepada sutun CT hihi :)

      Padam
  14. Sedapnya... anak saya suka sgt ni.. nanti boleh try buat...

    BalasPadam
    Balasan
    1. ooo sukaye Nora,sebab ramai budak-budak tak suka bawang kan. nanti try ye :)

      Padam