Selalunya ana masak tomyam menggunakan pes segera dari kedai runcit.Kali ini, ana mencuba masak tomyam dengan rempah atau pes yang didatangkan dari negara Thai, tempat asal masakan tomyam.Ia pemberian jiran yang membelinya di Kelantan baru-baru ini.Tertera logo halal dari Kesatuan Penduduk Islam Thai di botolnya dan In Shaa Allah di yakini status halalnya.



Memandangkan bahan-bahan untuk masak tomyam ada di peti sejuk dan di belakang rumah, maka bertomyamlah kita hari ini dengan mencuba pes tomyam dari Thai pula.


Bahan-bahan untuk tomyam campur


Ana menggunakan bahan isi ayam,daging,sotong dan udang sebagai bahan utama tomyam.Manakala untuk sayur-sayurannya, ana masukkan bunga kobis dan lobak merah sahaja.Untuk bahan tumisan pula macam biasalah serai,bawang besar,bawang putih,halia,cili api dan lengkuas.Dan sebagai perisanya ana masukkan daun limau purut serta perahan limau nipis untuk menambah rasa masam tomyam.

Cara memasak tomyam campur


Sesetengah orang atau jika mengikut cara-cara yang terdapat pada bungkusan  pes atau botol tomyam, mereka akan merebus semua bahan dan masukkan pesnya.Namun jika mengikut versi anajingga.com, cewah.. ana lebih suka menumis bahan tumisan seperti serai,bawang,halia,lengkuas,cili api seketika.Kemudian ana tumiskan juga pes tomyamnya, masukkan bahan-bahan utama seperti daging,ayam dan lobak merah.Barulah masukkan air.

Bila daging telah empuk ,ana masukkan sayuran lain dan akhir sekali barulah masukkan udang dan sotong supaya tidak terlalu kecut.Tambah bahan perisa seperti garam dan perahan air asam mengikut selera masing-masing dan akhirnya carik-carikkan daun limau purut untuk aroma tomyam yang menyelerakan.Siap untuk hidangan.



Kelebihan menggunakan pes tomyam asli Thai


Pada selera ana, apabila menggunakan pes atau rempah tomyam asli dari negara Thai ini ialah perbezaan daris segi rasa.Ia lebih pekat, sedap, dan ada rasa kelainan rempah ratusnya jika dibandingkan dengan pes segera yang terdapat di pasaran.Ada keunikkan rasa tomyam di situ.Payah nak digambarkan, kena rasa sendiri baru tahu perbezaannya.Senang cerita tentu berbeza kan bila kita makan tomyam di rumah dengan rasa tomyam di restoran-restoran tomyam.Begitulah lebih kurang gambarannya.Jika terjumpa pes tomyam Thai nanti, bolehlah mencubanya sendiri.


22 Comments

  1. Replies
    1. tak pasti Nizam, kak ana jiran yang bagi :) di pasaraya ada agaknya .

      Delete
  2. selalunya cili yang diaorang guna ialah cili padi yang dikeringkan...tak guna cili kering yang kita selalu guna tu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oo ye ke Kak Mala, patut lain sikit rasanya kan :)

      Delete
  3. wah..resepi menyelerakan ni..nyummy2x....hihihi

    ReplyDelete
  4. Zumal tak pernah lagi try pes nie... Nanti nak beli juga la...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zumal, kak ana pun kali pertama mencuba ni :)

      Delete
  5. Tak pernah rasa lg pes tom yam Thai..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah eyma, kak ana pun fes time guna hihi :)

      Delete
  6. Macam best je..kat mana boleh dapat pes tomyam mcm tu kak ana..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak ana tak pasti rus, rasanya pasaraya mungkin ada dijual, ni jiran kak ana yang bagi :)

      Delete
  7. PC dan suami penggemar tomyam dengan telur dadar..wah hirup kuah tu syok kak ana..nak cari jugalah kak pes ni...yang pekat tu sedap kak..makan dengan bihoon..kalau yang peket tu kena masukkan banyak baru rasa dan pekat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah tu lah PC bila pekat sedap je hirup kuah tomyam nya, kena dah tu tomyam dengan telur dadar kan hihi :)

      Delete
  8. Replies
    1. wah sedap kan ejulz..ok banyak entri hebat ni, nanti kak ana singgah In Shaa Allah .

      Delete
  9. Kat pasaraya jarang ada jual pes tomyam pure macam ni. Selalu yang ada yang dah establish dan rasa kurang 'kick'. Tapi kalau dapat pes tomyam gini, kenduri tomyam le jawabnya, hehe =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. oo tak ada ye Sha, yelah yang biasa tu memang banyak dijual .

      Delete
  10. sedapnya tom yamm..sotong yang menggamit selera khaty

    ReplyDelete
  11. ni yang trangkat n sehingga menjilat jari kan kan.. hehe..

    ReplyDelete