sweetmuslimah

klikjer

LAZADA



Isnin, 7 September 2015

Laluan Elektronik Sepenuhnya Di 12 Plaza Tol

Laluan Elektronik Sepenuhnya Di 12 Plaza Tol


Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) telah mengesahkan sistem kutipan tol secara elektronik menggunakan kad PLUSMiles, Touch ‘n Go atau SmartTag untuk transaksi bayaran tol akan dilaksanakan sepenuhnya di 12 plaza tol bermula 12 tengah hari, 9 Sept ini. Sebagai langkah awal untuk mengelak dari terkandas di mana-mana laluan masuk dan keluar plaza tol berkenaan, perlu lah kita sebagai pemandu memperolehi kad-kad bayaran elektronik di atas dengan baki nilai yang mencukupi.


kredit foto: google Image

Baru-baru ini , ana sendiri melihat kesesakan teruk di laluan masuk plaza tol Lukut-Port Dickson apabila ramai pengguna beratur panjang kerana tidak memiliki kad elektronik Touch n Go atau SmartTag. Bagi kita yang memang awal-awal lagi pengguna laluan elektronik pasti tidak mengalamai masalah sedemikian dan ana terpanggil untuk kongsikan di anajingga.com supaya perkhabaran ini sampai kepada pembaca yang singgah dan bolehlah mengambil langkah persediaan seterusnya.



12 Laluan Elektronik Plaza Tol



Plaza tol yang terbabit ialah Plaza Tol Jitra, Lebuhraya Utara Selatan (PLUS); Plaza Tol Bukit Kayu Hitam, PLUS; Plaza Tol Lunas, Lebuhraya Kulim-Butterworth (BKE); Plaza Tol Kubang Semang, BKE; Plaza Tol Jambatan Pulau Pinang dan Plaza Tol Gombak, Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK).

Selain itu, ia turut membabitkan Plaza Tol Bentong, KLK; Plaza Tol Dato’ Keramat, Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH); Plaza Tol Ayer Panas, Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE); Plaza Tol Sentul Pasar, DUKE; Plaza Tol Batu, DUKE dan Plaza Tol Lebuhraya SMART. 

1. Plaza Tol Bkt. Kayu Hitam, Lebuhraya PLUS
2. Plaza Tol Jitra, Lebuhraya PLUS
3. Jambatan Pulau Pinang
4. Plaza Tol Lunas, Lebuhraya BKE
5. Plaza Tol Kubang Semang, Lebuhraya BKE
6. Plaza Tol Gombak, Lebuhraya KLK
7. Plaza Tol Bentong, Lebuhray KLK
8. Plaza Tol Batu, Lebuhraya DUKE
9. Plaza Tol Sentul Pasar, Lebuhraya DUKE
10. Plaza Tol Ayer Panas, Lebuhraya DUKE
11. Plaza Tol Dato' Keramat, Lebuhraya AKLEH
12. Plaza Tol SMART, Terowong SMART

Bagi melancarkan operasi di plaza tol terbabit, lorong tambah nilai, penjualan kad Touch ‘n Go dan kakitangan tol akan beroperasi 24 jam bagi membantu pengguna yang menghadapi masalah.

Selain itu, LLM turut menasihatkan pengguna agar mematuhi peraturan perjalanan dan papan tanda arah yang disediakan semasa melalui kesemua plaza tol itu bagi perjalanan yang lancar ke destinasi yang dituju.

Orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan lanjut berhubung pelaksanaan sistem itu boleh menghubungi hotline Pusat Trafik LLM di talian 1-800-88-7752 atau mana-mana pusat khidmat pelanggan lebuh raya berkenaan.

Ianya sebagai langkah untuk mengurangkan kesesakkan di setiap laluan keluar dan masuk tol berkenaan.Namun pastinya di peringkat awal perlaksanaan akan terdapat beberapa masalah bagi mereka yang tidak maklum akan perkembangan sebegini. Semoga perkongsian ana disini dapat menyampaikan kepada pembaca semua.In Shaa Allah.

kredit sumber: Sinar Harian dan www.infokereta.com


~berkongsi info disini~

27 ulasan:

  1. tak perlu fikir pasal ni lagi setakat ni sebab dok kelantan tak de tol.. hehee

    BalasPadam
  2. pelancong/pengguna jalanraya dari negeri lain pun perlu di dedahkan dengan concept ni, else ada yang kena saman nanti.

    BalasPadam
    Balasan
    1. yup sebab tu kita kena sebarkan info sebegini, SR :)

      Padam
  3. Rasanya ada baik dan buruknya konsep ni kan...apapun untuk kemudahan bersama x salah mencuba..sama la entry kita hari ni kak ana

    BalasPadam
    Balasan
    1. tu lah SA kebetulan entri yang sama kan SA, tak pe kita sebar-sebarkan info yang bermanfaat buat semua :)

      Padam
  4. Mudah guna kad T&G. tapi pengguna pun kena bersedia juga. Ni dah dekat plaza tol baru nak cari kad, pastu lambat pulak nak touch. huhuhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. haha setiap perkara tu ada kebaikan dan keburukkannya kan CP :) semoga ia memudahkan lagi sistem yang sedia ada .

      Padam
  5. assalamualaikum ana...perkongsian info yg baik...;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumsalam mama, in shaa allah :)

      Padam
  6. Siapa yang selalu lalu jalan ade tol kena alert berita ni..

    BalasPadam
  7. info trbaik... brmula dgn 12... dan brtmbh dri masa ke semasa

    BalasPadam
    Balasan
    1. kan along , semoga perjalanan semua akan berjalan dengan lebih lancar, in shaa allah :)

      Padam
  8. pagi ni kat AKLEH dah mula. tak nak terima tunai dah.
    memang ade perubahan la di atas jalan lancar sikit


    Lelaki pun suka kulit putih melepak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. semoga perubahan ni memberi kesan yang positif kan NAAF :)

      Padam
  9. hm...pasni xde da specialnya pakai kad kn kak anna..semua org wajib dah ada kad...:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. haah ye ummul, wajib ada dah sekarang ni :)

      Padam
  10. suke sgt dah mula fully lane electronic.. laju sikit :-)
    jemput singgah blog :-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. mudah-mudahan begitulah kan JJ :)

      Padam
  11. Salam, wahhhhh semakin upgrade dahh...mula2 mmg sesak sbb ramai yg xalert psl ni, lama2 nanti lancar lah tu..skang duk JB xde lg masalah ni..haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu lyn harap2 ia satu langkah penambahbaikan buat smua kan :)

      Padam
  12. alhamdulillah..khaty dah ada kad,so perjalanan menjadi lebih lancar

    BalasPadam