Resepi Lontong Mudah dan Ringkas


bahan-bahan masak lontong

Hari ni macam nak tukar selera pula.Tak nak makan nasi fikir punya fikir ternampak satu pek nasi impit lebihan hari raya Aidil Fitri yang lepas, ana pun cadang nak masak lontong saja tengahari ni.Ini di namakan lontong mudah dan ringkas kerana kuah lodehnya menggunakan apa sahaja stok yang ada di rumah.Kira bukan lontong officiallah, lontong versi anajingga. Janji ada rasa kuah lodeh cukup dah.Jom tengok apa yang ana adunkan ke dalam kuah lemak lontong tengahari ni.


Bahan utama dalam masakan lontong ni pastinya nasi impit. Ana rebuskan nasi impit segera selama sejam di dalam periuk yang dipenuhi air sehingga masak.Pastikan balik-balikkan supaya masak serata di kedua-dua belah bungkusan.Sejukkan dan potong empat segi.




Bahan kuah lodeh:

Seperti yang ana nyatakan di atas, kuah lodeh kali ini menggunakan bahan yang ada di rumah sahaja ketika ini. Ana menggunakan sayur fucuk, suhun, tauhu putih dan kobis sahaja.Caranya sama seperti masak lemak biasa cuma ana tumiskan bawang merah dan sedikit ikan bilis yang ditumbuk.Masukkan cili giling dan serbuk kunyit.Masukkan santan dan sayur-sayuran yang ada.Kacau selalu sehingga masak dan tambahkan bahan perisanya.Siap kuah lodeh versi anajingga yang mudah.


kuah lontong


Untuk menambah keenakkan lontong, ana gandingkan dengan sambal tumis ikan bilis.Macam biasalah tumiskan bawang merah,bawang putih dan cili giling.Masukkan ikan bilis dan perahkan sedikit ais asam jawa dan tambah garam mengikut rasa.Siap.




Akhirnya aksoseri akhir dalam menu lontong ana tengahari ni ialah telur rebus.Erm kalau tak tahu juga bak kata Mail dalam Upin Ipin tu..pandai-pandai korang lah ye. Hihi.




~berkongsi menu ringkas di sini~

15 Comments

  1. Replies
    1. meh lunch sini bawa wife dan cik puteri sekali ye :)

      Delete
  2. Replies
    1. hihi boleh lah CP , tukar-tukar selera pula hari ni :)

      Delete
  3. sedapnya kak Ana...boleh jadi menu Aidiladha ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan efa, boleh buat time raya haji nanti ni :)

      Delete
  4. Suka makan lontong. Sedap je nampak lontong ana ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap kan Siti, hihi biasa je kak ana punya lontong no sempoi je haha :)

      Delete
  5. assalamualaikum ana...sedapnya rasa nak mkn lontong pula..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam mama, mama tentu lagi pandai masak lontong ni kan :)

      Delete
  6. ohhh sedapnya kak ana:)
    lama tak makan lontong pagi2

    ReplyDelete
    Replies
    1. jom mieja esok bekfas dengan lontong lak kay hihi :)

      Delete