sweetmuslimah

klikjer

LAZADA



Khamis, 3 September 2015

Penginapan Selesa di Port Dickson


Sempena cuti hari kebangsaan yang lalu, ana bersama keluarga bercadang untuk ke Port Dickson sahaja memandangkan kak long cuti cuma tiga hari dan hari Isnin dah kena hantar balik ke Tapah.Lokasi terdekat dan kurang sesak pilihan kami ialah Port Dickson.Lagipun dah agak lama tidak ke sini.Setelah mencari beberapa hotel dan resort di sini melalui laman web Agoda, Trivago dan sebagainya, kebanyakkan telah penuh tempahan dan yang tinggal semua yang lima bintang.Bukan bajet kami lah tu.

Sampai di Port Dickson, pertamanya kami menyusuri jalan dan singgah ke beberapa hotel dan resort, manalah tahu kalau ada rezeki secara walk-in, namun dua tiga hotel telah penuh juga.Dan terpandang sebuah hotel di tepi jalan dari bandar Port Dickson ke Teluk Kemang iaitu Langit Langi Hotel.Ana ke kaunter penyambut tetamu dan Alhamdulillah kami dapat menyewa dua bilik dengan bajet yang sesuai.Ok jom ana kongsikan pengalaman menginap di Langit Langi Hotel Port Dickson.

Langit Langi Hotel,Port Dickson

 

hotel murah di port dickson
kredit foto: langitlangi.blogspot.com

Langit Langi Hotel beralamat di No 881, 882, 883 & 885, Jalan Pantai, Taman Mewah, 71000 Port Dickson.Merupakan sebuah botique hotel bajet yang selesa bertaraf tiga bintang dengan kemudahan lebih 50 bilik pelbagai jenis, kolam renang, cafetaria, wifi percuma dan sebagainya.Kami sangat berpuas hati dengan kebersihan bilik dan penginapan disini dan sesuai mengikut bajet yang ada ketika itu.Ia juga menyediakan sarapan pagi percuma di cafetaria.


hotel murah di port dickson

Ruang lobi di Hotel Langit Langi, Port Dickson yang indah dan selesa bertemakan Arabian.

hotel murah di port dickson








Di Langit Langi Hotel, Port Dickson juga terdapat kemudahan kolam renang untuk dewasa dan kanak-kanak yang dibuka setiap hari sehingga jam 10:00 malam.


hotel murah di port dickson



Hari itu ana menyewa dua buah bilik iaitu sebuah standard room dengan kadar RM148 nett dan sebuah deluxe room dengan harga RM178 nett beserta sarapan pagi untuk empat orang.Kadar berubah mengikut cuti umum dan hari biasa (peak seoson) .





Untuk keterangan lebih lanjut lagi boleh lah ke laman web mereka di http://langitlangihotel.blogspot.com.


~berkongsi info disini~

31 ulasan:

  1. aih..dah lama plak x pergi ke PD..padahal dekat je dengan Seremban

    BalasPadam
    Balasan
    1. SA sebab dekat lah jarang nak pi tu kan :) hihi

      Padam
  2. cantiknya lobby dia kaler purple! simple tapi nampak cozy sangat ana :))

    Tips untuk subur

    BalasPadam
    Balasan
    1. kan lia, nampak arabian sangat style deco nya :)

      Padam
  3. assalam..
    jenjalan kat sini..menarik tempatnya

    BalasPadam
  4. cantik hotel ni..rate pun ok..terima kasih kak Ana 4 info

    BalasPadam
  5. Balasan
    1. In Shaa Allah ada rezeki sampai lah kak mala nanti :)

      Padam
  6. wow not bad, ana.
    yg penting ada pool. bersih. selesa...
    anak2 aida tu mesti nak berenang, maklum la umah xde pool kan ha ha :)
    tq for sharing !

    BalasPadam
    Balasan
    1. kan itu yang penting, bersih dan selesa :)

      Padam
  7. cantik jugak ye.. tp dok PD tak pernah sewa lagi sbb untungnya ada kakak ipar duduk di sana...

    BalasPadam
    Balasan
    1. haha untung banyak dah tu eyda tak yah cari hotel dah hihi :)

      Padam
  8. Menarik ni Ana.. kami yg dekat ni pun tak pernah tahu kewujudannya.. apa lagi nak sampai sini.. ok.. one fine day insyaaAllah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehe kalau dekat lagi payah nak sampai kan SS :)

      Padam
  9. Salam, wahhhhh cantiknyaaaaa hotel diaa...luar dalam cantik! Paling menarik kerusi2 kat situ, colorful dan unik..best!

    BalasPadam
    Balasan
    1. haah Lynn deco bertema arabian yang cantik hotel ni :)

      Padam
  10. lain dr lain deko dia..nmpk sntai...tpi cntikkk

    BalasPadam
  11. cantik deko nya k.ana..best nya bercuti

    BalasPadam