Petua Kurangkan Pedih Ulu Hati atau Gastrik 


Gastrik atau pedih ulu hati ni kerap ana alami sejak dari remaja lagi.Tapi tidaklah terlalu serius sehingga memudaratkan kesihatan.Banyak punca atau sebab bagaimana boleh mendapat gastrik atau pedih ulu hati ni.Maaf ana tak dapat pastikan samada pedih ulu hati atau gastrik ni penyakit yang sama.Ana menulis dari pengalaman dan pembacaan sendiri sahaja.Rujuklah mereka yang pakar tentang istilah yang tepat .

Antara punca pedih ulu hati ni, menurut beberapa pendapat yang ana dengari ialah akibat makan makanan berasid seperti asam, kerap makan makanan yang pedas, perut kosong atau lapar dan sebagainya.Betullah tu, ana ni penggemar makan asam, tak boleh tak makan sambal yang pedas juga.Waallahu a'lam.Tetapi jika gastrik ni menyerang, memang pedih sangat rasa di dalam dada.Bila ana ceritakan di kalangan keluarga EFG, ana mendapat satu petua atau cara nak mengurangkan pedih ulu hati atau gastrik ni dari adinda Mas (www.masturadin.com ).Hari ini ana kongsikan semula disini semoga bermanfaat buat orang lain hendaknya.




Bagaimanakah mengurangkan gastrik atau pedih ulu hati ni


Caranya amat mudah, cuma perlua ada buah kurma dan susu segar. Ambil beberapa biji buah kurma dan kisar bersama susu segar.Tapis dan minum.In shaa Allah, ana sendiri telah mencuba petua ini dan ia berkesan pada ana untuk mengurangkan rasa pedih ulu hati yang ana alami.Amalkan selalu.

Kurma merupakan salah satu makanan sunnah dan kita perlu yakin dengan apa yang diajar oleh Baginda Rasulullah saw tentang khasiat dan kebaikan semua makanan sunnah ini kan.Pastinya ia membawa kebaikkan kepada kita apabila memakannya.Susu segar juga baik untuk sistem pemakanan kita dan ana yakini gabungan kedua-dua makanan ini mampu mengurangkan pedih ulu hati atau gastrik.

Namun ana tak nafikan kebarangkalian ketidak sesuaian petua-petua sebegini kepada tubuh badan seseorang.Tak salah mencuba dan jika ia berkesan, Alhamdulillah.Walaupun tidak meghilangkan sepenuhnya penyakit gastrik yang di alamai namun bagi ana sendiri, ia dapat mengurangkannya secara perlahan.In shaa Allah.


~berkongsi petua mengurangkan pedih ulu hati disini~

16 Comments

  1. wah tak pernah terbaca tips begini..kebetula =n ada kurma lagi..inshaAllah akan cuba petua ana ya..tq de

    ReplyDelete
  2. terima kasih ya ana sudi singgah dan singgah di blog Etuza..kita sahabat maya ya

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. Cuba CP jika terasa pedih ulu hati mana tahu kan berkesan :)

      Delete
  4. waktu bulan puasa slalu buat macam ni kurma blend dengan susu.. jadi tak cepat lapar

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye ke JJ kak ana nak cuba amalkan selalu,sebab memang berkesan untuk gastrik kak ana setakad ni,Alhamdulillah

      Delete
  5. Thanks for sharing. Kak memang ada gastrik. Tahun lepas 3 kali kena angkut ke hospital...teruk betul..
    Bila kena tu pantang segala masam & pedas tapi bila lama2 tu lupalah daratan. makan balik...tak syok tak pedas kan Ana..

    ReplyDelete
    Replies
    1. cubalah kak Mala, Alhamdulillah dengan ana serasi sangat dengan izinNya, tu lah yang feveret tu yang dapat penyakit tu :)

      Delete
  6. Mudah. In shaa Allah.
    adik ipar aida suka buat jus kurma ni ramdhan ari tu.
    pasti share kat grup wassap famili :-)
    Hadoi la hi hi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah aida, lepas kak ana mengamalkannya memang tiada serangan gastrik lagi sejak dua menjak ni :)

      Delete
  7. mesti rasa lemak manis kan k.ana..nanti boleh try

    ReplyDelete