sweetmuslimah

klikjer

LAZADA



Ahad, 13 September 2015

Telekung Reehans Pilihan Muslimah


Telekung Reehans Pilihan Muslimah


 Wanita dan kecantikkan tak mungkin dapat di pisahkan.Wanita sanggup berbelanja ribuan ringgit untuk kelihatan cantik dan  menawan termasuklah dalam urusan pakaian, alat solek, aksesori dan sebagainya.Hari ini ana ingin bercerita kepada wanita-wanita muslimah di luar sana yang suka kelihatan cantik disetiap waktu dan biarlah kita juga kelihatan cantik ketika melakukan ibadah seharian.Jangan kita hanya sanggup berbelanja mewah tetapi bila berurusan dengan Allah swt ala-kadar sahaja penampilan kita.Yang ana maksudkan ialah memiliki sepasang telekung yang cantik dan selesa ketika bersolat setiap waktu dengan Telekung Reehans pilihan muslimah masa kini.




Telekung Reehans pilihan muslimah merupakan satu hasil inovasi dan kaji selidik yang dilakukan untuk mencari satu kesempurnaan dalam mempastikan keselesaan muslimah untuk memakainya ketika menunaikan setiap ibadah solat yang diperintahkan kepada kita semua.Ia di reka cipta supaya bukan sahaja mudah di guna pakai seharian, kelihatan cantik dan kemas malahan selesa dengan persekitaran cuaca dan keadaan waktu yang semuanya perlu cepat dan ringkas.Dalam erti kata lain satu pekej lengkap iaitu cantik, selesa, mudah dan berkualiti.

Telekung Reehans pilihan muslimah anggun didatangkan dengan tiga pilihan variasi yang sangat mempersonakan pandangan mata.Dihasilkan dari material yang berkualiti serta menepati hukum syarak menutup aurat dengan sempurna.


Telekung Reehans Balqis


Telekung Reehans Balqis (Klik gambar untuk besarkan )

Menawarkan sepasang telekung dengan corak bunga-bunga kecil ala Inggeris dengan material kain English Cotton yang sangat selesa dipakai setiap hari dan waktu solat muslimah.Disediakan dengan pelbagai corak dan warna untuk di pilih mengikut idaman mata wanita solehah.

Telekung Reehans Nur


Telekung Reehans Nur (klik gambar untuk besarkan imej )


Untuk muslimah yang lebih gemarkan adunan warna lembut dan plain bolehlah memiliki koleksi variasi dari Telekung Reehans Nur. Ditawarkan dengan tujuh warna lembut yang selesa dari material Italiano Valentro yang sesuai dengan cuaca di tanahair kita ini.Sejuk dan mudah disarung ketika menunaikan perintanNya.

Telekung Reehans Rania


Telekung Reehans Rania (klik gambar untuk besarkan)


Khas buat wanita yang inginkan penampilan eksekutif dalam semua urusan termasuk ketika beribadah kepadaNya, pasti telekung Reehans Rania menjadi idaman hati.Terdapat dua jenis warna pilihan iaitu Dusty dan Vanilla yang masih menggunakan material Italiano Valentro di tambah corak sulaman berbunga di bahagian kepala dengan sentuhan yang lebih mewah.

"Ibadah Selesa, In shaa Allah hidup ceria"


Ibadah solat adalah tiang agama kita sebagai hambaNya.Melakukan ibadah dalam keadaan yang tenang, selesa dan penuh keikhlasan In shaa Allah akan terus membersihkan jiwa dan fizikal ke arah yang lebih positif.Bukan niat untuk riak dalam beribadah namun lebih mendidik jiwa supaya lebih ikhlas untuk bersamaNya.Mengapa kita ingin cantik dan lawa di mata manusia namun untuk mengeluarkan pelaburan yang lebih agar cantik dan selesa di kala bertemuNya kita tidak.

Untuk keterangan lanjut dan pembelian:


Hubungi di Whatsapp/Telefon : +6011- 1448 1591

Email : reehanstelekung@gmail.com

Facebook : reehans telekung

Laman Web : www.reehans.com



Kontest Telekung Reehans Pilihan Muslimah dianjurkan oleh HasrulHassan.com, ditaja utama oleh Reehans Telekung Muslimah Eksklusif Istimewa serta tajaan bersama Lyssa Faizureen, Pakej Percutian Murah, serta Cheap and Budget Car Rental Kuala Lumpur


50 ulasan:

  1. Semoga berjaya Kak Ana...
    Telekung Reehans nie cantik yer...

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih Zumal ,memang cantik sangat kan :)

      Padam
  2. betul2 sesuai untuk semua muslimah semoga berjaya ya

    BalasPadam
    Balasan
    1. In Shaa Allah Etuza, terima kasih :)

      Padam
  3. cantik cantik kan tudung reehans? good luck dlm kontes telekung reehans pilihan muslimah!

    BalasPadam
  4. ain start shopping telekung ni sebelum pergi Umrah tahun lepas... so, masa nak pergi Haji alhamdulillah telekung dah banyak.. tambah dengan orang bagi lagi dua pasang... cukup lah.. :)

    memang patut kita berhabis untuk beli telekung yg selesa.. kalau baju jalan2 boleh beli mahal2, kenapa beli telekung kita nak berkira... lagipun nak pakai selalu kan.. cari la yang berkualiti... :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. tepat sekali ain.. boleh jadikan panduan untuk semua cara ain kumpul kain telekung sebagai persediaan ke tanah suci.terima kasih ain berkongsi pengalaman ye :)

      Padam
  5. cantik telekung ni... good luck :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. cantik-cantik Nora , tq so much dear :)

      Padam
  6. Lawa telekung...^^

    Salam ukhwah ana :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. lawa SR, salam ukhwah buat sakila rani juga dari kak ana :)

      Padam
  7. Singgah hai
    http://lianasulaiman96.blogspot.my/2015/09/studio-kucing-di-setia-alam.html

    BalasPadam
  8. Lawa2 telekung reehans ni.

    nak beli satulah nanti..

    BalasPadam
    Balasan
    1. lawa Cik T, boleh beli secara online dari no tertera di atas :)

      Padam
  9. Good luck kak ana...cantik telekungnya...

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih efa..semua cantik-cantik kan :)

      Padam
  10. good luck kak anna..ummul stuju ngn kak anna..nk berjumpa DIA yg tercinta kena la bersih...cntik2..wangi2 kn..

    BalasPadam
    Balasan
    1. sekadar pendapat kak ana sahaja ummul, boleh jadi tk semua setuju kan :)

      Padam
  11. cantik-cantik tudung ni..rasa cam berminat untuk beli kat my wife la :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. telekung ni Nick, belilah mesti Muja suka ni kan :)

      Padam
  12. Kaum muslimah amat meminati telekung, maka Reehans Telekung adalah tpatnya.

    Ia sangga sesuai untuk beribadah.

    Moga berjaya Ana Jingga.

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih saudara kamil salleh .

      Padam
  13. Terima kasih kerana sudi join, saya terima penyertaan ini.

    BalasPadam
  14. semoga berjaya..cantik dan kemas telekung reehans

    BalasPadam
  15. salam, BW here :)
    inovasi telekung yg sgt memudahkan kaum hawa utk beribadah
    semoga berjaya!

    BalasPadam
  16. Semoga berjaya dengan contest ni, nice entry!

    BalasPadam
  17. Lawa-lawa telekung reehans ni, mesti jadi salah satu telekung pilihan muslimah

    BalasPadam
    Balasan
    1. kan Hajar, semua cantik-cantik dan selesa dipakai,In Shaa Allah .

      Padam