sweetmuslimah

klikjer

LAZADA



Selasa, 8 September 2015

Tumbuhan Yang Pelik-pelik


Tumbuhan  Yang Pelik-pelik


Bercucuk tanam adalah salah satu hobi ana di masa lapang suatu ketika dahulu.Tanah sekangkang kera di belakang rumah ana jadikan kebun tanaman pokok-pokok kegunaan harian.Taman herba lebih kurang.Macam-macam ana tanam bersama suami seperti serai, halia, kunyit,lengkuas,daun pandan,belimbing buluh,bunga kantan dan sebagainya.Namun sejak kebelakangan ni, agak lama terbiar.Walaupun masih subur namun tiada lagi aktiviti berkebun di pagi hari atau hujung minggu.Kenapa? Ana sendiri tiada jawapanya.Mungkin faktor masa atau juga kesibukan menguruskan adik bersekolah pagi dan tusyen sebelah petangnya.Atau semua itu mencipta alasan semata kerana di landa wabak malas.

Hari ini ana terlihat satu perkongsian di laman Facebook beberapa keping foto pokok-pokok tanaman yang pelik dan luar biasa dari serata dunia.Alangkah seronoknya jika ia terjadi di kebun-kebun sekitar kita kan.Tak pasti kesahihan fotofoto ini kerana zaman sekarang macam-macam boleh di edit.Ana sekadar berkongsi gambar yang pada ana sangat menarik perhatian ana sebagai pencinta alam dan kehidupannya.Jom kita cuci-cuci mata malam-malam Selasa ni.


Buah Pisang


Ermm sehingga melingkar di atas tanah buah pisang yang terdapat di dalam foto di atas.Kalaulah benar, pasti jantungnya panjang juga kan sehingga terjadinya buah-buah pisang yang sedemikian rupa.Waallahu a'lam.

Bendi berwarna merah

Tak pernah pula ana melhat adanya kacang bendi berwarna merah sebegini.Lazimnya ia berwarna hijau dan bila semakin tua kekuningan sedikit.Macam-macam kejadian alam .


Pokok Buah Nangka

Agak tidak mustahil buah nangka berbuah selebat ini.Suatu masa dahulu, di belakang dapur rumah arwah tok di Teluk Intan terdapat sebatang pokok nangka yang tak pernah putus berbuah sepanjang masa.Memang lebat dan selalu dijadikan bahan masakan gulai lemak nangka muda jika ada kenduri di sekitar kampung ketika itu.

Buah nenas

Gambar ini menunjukkan buah nenas yang seolah-olah bercabang-cabang.Unik kan dan jarang di lihat kewujudannya di alam nyata.


Pokok kobis

Yang ini pula ialah pokok kobis yang berbatangkan kobisnya sendiri.Comel pula kan.Selalunya kobis terus tumbuh dari tanah tanpa batang.Ini pula ia berbatangkan kobis kecil-kecil.

kredit foto dari Facebook.

32 ulasan:

  1. Memang banyak tumbuhan pelik-pelik boleh lihat kat internet. Sampai kadang2 terpikir betulkah..atau edit.
    Yang kobis kecil tu nama dia brussel sprout...kecil comel. Kak ingat dulu kat tempat kak penghujung 90an boleh jumpa dijual dipasaraya tapi lepas tu tak ada lansung sampai sekarang...

    BalasPadam
    Balasan
    1. oo terima kasih kak Mala for the info, kira tak lah pelik ye haha :)

      Padam
  2. yang buah nangka tu mewah tu..boleh bagi banyak kampung..hehehehe..

    BalasPadam
  3. ayok.. memang pelik tapi menarik.
    Keajaiban kejadian tuhan mesti ade sebabnya.


    Wanita dikecam kerana Jerawat

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu NAAF, setiap kejadian ada hikmahNya .

      Padam
  4. allahuakbar..kuasa Allah...
    kak ana... elly singgah blog mlm ni... hihiih.. ;)

    ada entry baru...

    GET CLEAN HOMECARE SHAKLEE

    BalasPadam
  5. Balasan
    1. terima kasih elly sudi bersama kak ana di sini :)

      Padam
  6. allahuakbar..kuasa Allah...
    kak ana... elly singgah blog mlm ni... hihiih.. ;)

    ada entry baru...

    GET CLEAN HOMECARE SHAKLEE

    BalasPadam
    Balasan
    1. sesungguhnya Dia Yang Maha Berkuasa :)

      Padam
  7. singgah sini...balas kunjungan kak ana

    BalasPadam
  8. Memang pelik tumbuhan biasa boleh tumbuh jadi macam ni. tapi tu semua tak mustahil, kuasa Allah =)

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul Sha segalaNya kuasa Dia juga Yang Maha Agung

      Padam
  9. Rasanya itu hasil teknologi baru pertanian..Malaysia je yang agak terkebelakang dalam teknologi ni. Hebat kobis tu kan..tapi takut tengok bendi merah tuuuu

    BalasPadam
  10. wow unik betul tumbuhan tu semua.. especially yg nenas tu..

    BalasPadam
  11. Salam, ciptaan Allah, mmg pelik2 semuanya...paling comel si kobis, then nangka tu kalau cempedak, sedapnya...berbakul2 boleh buat cempedak goreng! hahaha..nice entry :D btw, bestnya ada tanah..boleh cucuk tanam..sy xde tanah, nt cucuk tanam guna hidroponik sajelah..huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. oo lynn suka cempedak ye, samalah kak ana pun suka cempedak sedap kan goreng panas-panas makan.

      Padam
  12. wah..buah nangka tu mmg blh buat kenduri..hehe.
    done follow ur blog #918

    jemput singgah dan follow blog sy
    http://akuhanyagadiskampung.blogspot.my/

    Thanx :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih FA sudi bersama kak ana disini :)

      Padam
  13. omgggggg.....unik gilaaaaaaaaaaaa!bendi warna merah tk pernh nampak,tp,kalau durian isi merah tuh pernahlah..hohoohohohoh :)
    kekuasaan Allah!

    BalasPadam
    Balasan
    1. pernah juga kak ana lihat di FB durian isi merah, macam seram lak nak makan kan :)

      Padam
  14. uniknyeeee.pisang tu sgt la ohsome..hihii

    BalasPadam
    Balasan
    1. pisang tu satu kampung boleh buat kenduri kan AS :)

      Padam
  15. Pelik2 tengok hasil tani ni...kekuasaan yg Maha Esa... tp mummy paling geram bendi tu..dh dekat warna pink..mau hari masak bendi.. keh keh keh :P

    BalasPadam
  16. subhanallah..macam2 kan tumbuhan sekarang

    BalasPadam