sweetmuslimah

klikjer

LAZADA



Selasa, 13 Oktober 2015

Apam Nasi Comel

Resepi apam nasi mudah



Comel tak apam berwarna terlajak pink ni? Ini hasil seni ana dan adik Ika Sabtu lepas, selepas mendapat resepi dari adik sepupu ana, Ija yang menyuruh ana mencuba sendiri apam nasi, satu resepi yang sangat mudah dan ringkas untuk di sediakan.Bahan-bahannya juga memang sentiasa ada di rumah dengan bahan utama ialah nasi sejuk.Nasi sejuk ye, bukan nasi basi tau... nasi sejuk yang masih elok.Jom ana kongsikan resepi ringkas ini, mana tahu petang ni juga boleh kita sajikan buat anak-anak.


Bahan-bahan apam nasi

2 cawan nasi sejuk
2 cawan tepung gandum
2 cawan tepung beras
1 1/2 cawan gula
2 1/2 cawan air
2 sudu yis
pewarna
Kelapa parut (untuk sajian)

Cara-cara menyediakan apam nasi

~Blend nasi sejuk dengan air hingga hancur, seperti menyediakan bubur nasi bayi tu.
~Masukkan gula dan blend semula.
~Ayak tepung gandum,tepung beras dan campurkan yis.Masukkan adunan yang telah di blend tadi ke dalam campuran tepung dan gaul sebati.Masukkan pewarna mengikut kesukaan masing-masing.
~Perap selama 3 jam sehingga adunan naik sekali ganda.


Adunan yang telah digaul sebati, direhatkan selama 3 jam

~Selepas adunan naik dan gebu, sudukan ke dalam acuan kuih lompang yang telah disapukan minyak supaya ia tidak melekat apabila kita keluarkannya nanti.
~Kukus didalam pengukus dan pastikan menutup acuan dengan kain atau ana menggunakan alluminium foil supaya apam nampak cantik dan gebu.Ini untuk mengelakkan titisan air kukusan masuk ke dalam adunan kuih yang sedang dikukus.
~Keluarkan dari acuan dan sajikan bersama kelapa parut yang di campur secubit garam.
~Selamat mencuba resepi mudah ini.


Adunan selepas direhatkan akan naik gebu dan lembut


38 ulasan:

  1. Feveret apam... tp xpandai buat...nk try la resepi ni.. yq sis sbb share..

    BalasPadam
    Balasan
    1. cubalah aida, kak ana first time buat alhamdulillah cumel je jadi nya hihi senang sangat resepi ni, nanti up entri ye bila dah try :)

      Padam
  2. Sedapnyaaa. Tapi sekarang teringin makan karipap pusing. Hahahaha :D Tekak ni macam2 lah

    BalasPadam
    Balasan
    1. laa nani macam-macam teringin lak ye, senang je karipap pusing tu kat kedai banyak jual kan :)

      Padam
  3. Aduhh ..sedapnya..! warna pink lak tu... mau makan berpinggan mummy kalo dapat ni Kak Ana..hehehehe

    BalasPadam
  4. sedapnyaa apam.. dh lama x buat.. saya suka sgttttt

    BalasPadam
    Balasan
    1. eny kalau buat lagi awesome kut, sedapkan makan petang-petang dengan teh O :)

      Padam
  5. Salam, wahh apam dibuat dpd nasi? first time sy dgr, nampak unik..tapii, malasnye sy nak buat..haha..

    BalasPadam
    Balasan
    1. hihi Lynn kalau malas nak buat jom pi beli je senanga kan :)

      Padam
  6. Baru jer.. tadi makan apam k. Ana tapi bukan yang terlajak pink macam k. Ana ni ;-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. haha hat ni terlajak pink Mrs A, pewarna tumpah agaknya hihi :)

      Padam
  7. sedapnya kak admire sangat nak buat tapi belum terbuat lagi

    BalasPadam
    Balasan
    1. mieja pun boleh buat tu, ada masa nanti try ye :)

      Padam
  8. Comel ! Boleh try buat warna warni. haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. jom melissa, kita buat kalerpul lak nak :)

      Padam
  9. Feveret apam... tp xpandai buat...nk try la resepi ni.. yq sis sbb share..

    BalasPadam
  10. memang menarik....pos la sikit hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. okay jap lagi kak ana anta ikut pintu dapoq naa :)

      Padam
  11. nakkongsikan resepi ni boleh ka kak anaglamz opsss kak ana

    BalasPadam
    Balasan
    1. boleh aje arz glamz huhu :) silalah..

      Padam
  12. suka apam jenis ni...kalau taruh gula merah lagi wangi...

    BalasPadam
    Balasan
    1. oo macam tu ye kak Mala, mungkin nanti ana try guna gula merah pula, in shaa allah,terima kasih kak bagi tips :)

      Padam
  13. ehhh pakai nasi eh? baru tahu haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. haah Scha, guna nasi sejuk sahaja bahan utamanya :)

      Padam
  14. Balasan
    1. ye zumal macam tu lah rupa parasnya ,cun kan :)

      Padam
  15. T.kasih k.ana for resepi. Nnt nk cuba buat lah. ;)

    BalasPadam
  16. Teringin sgt nak try... tapi org kat rumah ni tak mkn sgt... tapi nak try juga lah buat nanti...

    BalasPadam
    Balasan
    1. try lah nora senang je buat ni :)

      Padam
  17. Suka sangat makan apam nie.. Tapi sha belum berjaya buat lagi Kak Ana.. Penyakit M.. hehehe.. Geram tgk apam Kak Ana..

    BalasPadam
    Balasan
    1. ok tunggu penyakit M Sha tu reda kemudian buat ye hihi :)

      Padam
  18. ehehehe inilah ye yang dalam IG tu jengjeng..

    BalasPadam
  19. Assalamualaikum K.Ana...huhuu..bru dpt komen2,,ari tny mak sha...dia ckp memg sedap pon apam nasi..huhu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumsalam SHa, haa tu lah memang sedap apam nasi ni makan dengan kelapa parut huhu :)

      Padam