sweetmuslimah

klikjer

LAZADA



Jumaat, 30 Oktober 2015

Bukan Simpati Yang ku Pinta





Kesian kan tengok muka cik kak ni pagi-pagi Jumaat yang penuh keberkatanNya. ana jumpa cik kak putih kelabu ni di kedai makan tengahari lepas. Asyik pandang je kat muka kami yang sedang menjamu selera. Bila panggil dia makin dekat datang menghampiri meja dan terus melangut pandang lagi. Minta simpati lah tu, eh bukan minta simpati sebenarnya minta makan je..

Adik Ika macam selalulah pasti bagi lauk kat cik kak ni, sebab Adik Ika makan nasi ayam, dia bagilah kat cik kak ni isi ayam.Cik kak ni hidu , pastu pandang balik kat kami.Tak jamah pun.. jemu agaknya makan ayam.Kemudian kak long pula bagi ikan, dia hidu pastu jamah sikit je, tinggalkan lauk tu atas lantai.Tak nak juga.Pelik pula perangai cik kak ni kan. 

Kami tanya kat dia, nak makan apa, ayam dengan ikan tak nak..pastu suami ana kebetulan ambil sambal udang dengan petai. Ana ambillah seekor udangnya kupas kulit, bagi kat cik kak.Haa baru dia makan.Hihi nak makan udang rupanya.Kucing pun pandai nak tukar selerakan. Kelakarpun ada. Tapi itulah, kucing ni juga Allah swt berikan akal walaupun tak banyak. Depa masih boleh memilih makanan dan tahu pula cari orang yang akan bagi makan dekat depa.

Ana memang biasakan anak-anak dari kecil lagi supaya ada rasa belas kasihan kepada makhluk lain di atas muka bumiNya ini. Bila jiwa anak-anak dididik dengan nilai-nilai ehsan dan kasih sayang, In Shaa Allah, mereka akan sentiasa bertindak dan berfikir untuk jadi baik.Jiwa anak-anak akan jadi lembut dan tidak suka pada keganasan dan kerosakkan. Kita sebagai ibu bapa adalah cerminan pada anak-anak. Didik, tegur dan nasihat dengan penuh rasa kasih sayang.Banyak contoh yang ada disekeliling kita boleh di jadikan medium dalam mengasuh jiwa anak-anak.

Senjata utama kita sebagai ibu ayah ni ialah doa. Jangan jemu untuk terus mendoakan anak-anak di setiap ruang waktu. Selepas kita mendoakan kesejahteraan buat mak ayah kita, panjatkan doa buat anak-anak jua. In Shaa Allah. Salam Jumaat dari anajingga.com.


48 ulasan:

  1. Husband kite x bela kucing, tp mcm bela kucing je kat rumah ni sebab ade 4 ekor kucing jalanan dok selalu mai makan :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Samalah Yien, kak ana pun tak pelihara kucing dah tapi kucing-kucing yang singgah makan memang ramai, macam-macam rupa ada, depa mai makan dan pergi macam tu je rutinnya hihi :)

      Padam
  2. anazarin berbicara bila kucing datang dekat kita Allah nk bagi kita rasa kongsi rezeki kita ngan lain...

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul sangat tu zarin, Allahu Akbar :)

      Padam
  3. kesian kan kak klo tgk kucing kelaparan..cepat je tgn cari apa makanan yg ada utk bg kucing mkn
    anjing kalau berkeliaran n nampak lapar cari makanan pun kami bg makan jugak, caranya dgn baling makanan kat diorg..bila dia dpt gonggong makanan tu terus dia bawa lari..kesian pun ada tgk..

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu Yumida, kita antara insan-insan yang terpilih dengan hati penuh belas kasihan terhadap sesama makhlukNya, kerana ada sesetengah daripada manusia ni langsung tiada rasa simpati pada mereka yang tak berdaya ni.. Subhanallah.

      Padam
  4. kucing memang juara buat muka kesian. :)
    x sampai hati kalo nak marah bila wat muka kesian gitu kan~

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tu lah Nafira, dia buat muka seposen dia kan :)

      Padam
  5. comelnyaaa.. Lissa suka kucing. rumah Lissa ada 5 ekor. eh. dah tambah 3 ekor lagi. baru lahir kemarin. hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. wah wah lisa ada kawan baru lah ye kat rumah tu.. :)

      Padam
  6. hahaha tanya kucing tu sekali dia jawap semua pengsan

    BalasPadam
  7. Assalam Ana..JM datang singgah ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumsalam JM, terima kasih :)

      Padam
  8. ahaksss...hari2 mkn ayam dan ikan...kita pun jemu...pandai cik kak ni hikss...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tu lah JM cik kak ni demand pulak hari tu hihi :)

      Padam
  9. Budak2 sekarang kebanyakan nya memang suka kucing kak..yang tak suka kucing tu biasanya mak ayah dia pun tak suka kucing..semuanya dari didikan..kan??

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu DR, didikan dan peri laku ayah ibu adalah cerminan anak-anak kita kan .

      Padam
  10. Salam, alolo comelnya..sy satu family suka kucing, jarang tak memberi bila ada kucing dtg camni masa kat kedai makan..

    BalasPadam
  11. Demand seh kucing ni....kikiki....jemu agaknye hari2 dok makan ayam dgn ikan.... kiteorang anak beranak pon suka kucing kak...kadang2 tu kalau ada kucing terbuang tu bila sampai rumah saya mesti melekat dah tak pegi mana2 dah....suami yg rajin no dok melayan...bagi makan ikut time tak penah miss....tapi kucing2 ni sume pandai depa duk kat laur je jarang yg masuk rumah....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah Malinda, kak ana pun kucing-kucing sekadar beri makan dan lepak kat luar rumah sahaja, selepas Jingga memang tak bela kucing dalam rumah dah.

      Padam
  12. hihi lawak r..kucing zaman milenium.. pandai memilih..

    BalasPadam
    Balasan
    1. tu lah mas, demand kan men kan hihi :)

      Padam
  13. cik kak ni dah bosan selalu makan ikan n ayam..hihihhihi... Menyemai perasaan kasih syg dlm diri anak2 tu mmg patut kak ana.. bagus kak ana... ada org klau kucing dtg diorg sepak je...:'(

    BalasPadam
    Balasan
    1. In Shaa Allah Ikhwan, sama-sama kita menjadi hambaNya yang bersifat kasih sayang sesama makhluk .

      Padam
  14. ye, melentur anak tu dari awalnya, biar dibawa sampai besar sikap tu.....

    BalasPadam
  15. saya suka bila masak dekat dapur, ada seekor kucing hitam ni mesti mengiau mintak makanan.. ia mesti faham apa yang saya cakap.. kalau saya kata takde apa nak dibagi, ia tak mengiau dah.. tapi kalau ada mesti dok tunggu sampai ia rasa puas.. ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. hihi sama lah aizamia3, rumah kak ana ni pun ada sekor mama itam ni, bising sangat kalau minta makan selagi tak dapat tak bergerak je dia hihi :)

      Padam
  16. assalamualaikum ana...betul tu melentur buluh biarlah dr rebungnya kn...:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumsalam mama, In Shaa Allah.

      Padam
  17. Kesian pulak tengok kucing tu..:)

    BalasPadam
  18. takkan kita saja yg nak bertukar selera..kucing pun pandai juga..hihi
    betul ana..semasa kecillah nak bentuk akhlak anak. sebagai ibubapa kitalah contoh mereka..

    BalasPadam
    Balasan
    1. kan KY dia pun nak juga tukar selera, In Shaa Allah KY :)

      Padam
  19. alah...wt muka comel plk dia..tu laa kak...kucing sha ni plk...pndai plk milih..tau tuan dia tukar jenis mknn...xmo disentuhnyaa...kena beli yg biasa beli bru mkn...alahaii meow2

    BalasPadam
    Balasan
    1. oo macam tu pulak ye Sha, senang lah nak kasi makan tak yah tukar2 dah hihi :)

      Padam
  20. Salam Jumaat. My husband memang 'kucing magnet'. Duduk je kat kedai makan mesti ada kucing yang datang mengiauu kat kaki. Dia pulak pantang tengok kucing, memang cepat kesian. Dalam hati ada taman. Kat rumah ada 2 ekor kucing peliharaan + 3 ekor kucing jalanan yang suka datang makan kat rumah. Kucing2 ni tau tuan rumah ni sangat pemurah bab2 makan. Hihii..

    Salam perkenalan.
    http://anakcikgunawi.blogspot.my
    (^_^) Harap sudi follow my blog.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah, tu lah kak ana nyatakan kucing ni macam tahu je kan siapa yang di boleh minta simpati.. Subhanallah :)

      Padam
  21. Kak selalu bagi kat kucing makan kalau terjumpa dikedai makan. Kesian. Tapi yang sakit jiwa boelh ternampak anak2 kucing yang ditinggalkan ditepi jalan. Kita on the way nak pi kerja pula. Apa boleh buat. Sambil kutuk org yang buang dlm hati berdoa saja semoga depa selamat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu kak Mala, ana pun tak sanggup nak lihat anak-anak kucing duk tepi jalan ni, simpati sangat namun hanya mampu berdoa dan semoga dipelihara mereka olehNya jua.. :)

      Padam
  22. in shaa Allah.
    aida ni penggeli kucing.
    but biar kan anak-anak main kucing :)
    jgn jadik penggeli mcm ibu nyer ni.
    bab bagi makan, yes, aida amalkan.
    time kat kedai makan, kan.
    share sama-sama rezeki Allah.

    BalasPadam