sweetmuslimah

klikjer

LAZADA



Jumaat, 9 Oktober 2015

Cara-cara Untuk Menarik Perhatian Seseorang


Cara-cara Untuk Menarik Perhatian Seseorang 


Kadang-kadang kita rasa macam sudah tidak diperlukan, kehadiran kita umpama tidak wujud di satu-satu keadaan.Namun naluri inginkan perhatian dari seseorang sangat mendalam kan.. Bukan apa terasa diri ini terbiar sepi begitu sahaja.Hari ini ana kongsikan beberapa foto teknik untuk mendapat perhatian dari seseorang .Nak cuba tak ?




Okay, jom kita lihat satu persatu dan cuba aplikasikan ,agak-agak menjadi tak ??



Bila seseorang sedang asyik di depan komputernya cuba buat aksi manja macam ni..Haha agak-agak tuan saya boleh teruskan menaip tak??



Kalau dia tak layan gak, rampas je lah 'keyboard' tu daripadanya.Yeay berjaya..!!Kalau dia marah buat muka comel lak.



Ada kalanya bila dia asyik sangat membaca buku kegemarannya dan tidak mempedulikan kita, inilah cara yang paling berkesan,baca bersama-samanya...



Ini selalu terjadikan, bila dia terlalu leka dengan 'smart phone' nya munculkan diri dengan wajah yang paling menggoda sukmanya.Mencelahlah di hadapan 'handphone'nya supaya pandangannya tertumpu pada wajah ayu kita .



Kalau tak layan juga, hadang sahaja pandangannya ,kan senang.. hihi

Sebenarnya entri ini untuk suka-suka sahaja, senda gurau di hari Jumaat yang mulia buat pengunjung setia anajingga.com . Jangan marah ye..comelkan wajah-wajah haiwan kesayangan Nabi saw kita ni, sejuk je mata memandang keletah mereka ni. Selawat dan salam ke atas Junjungan Kita setiap ketika. 

kredit foto:brightside.me

30 ulasan:

  1. Haiwan kesayangan Nabi SAW , kucing ...keistimewaanya luar biasa bagi mereka yang memahami tabiatnya, memang kadang buat tuannya hepi selalu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. kan PCL hanya kita yang menyayangi mereka sahaja yang memahami kerenah mereka ,In Shaa Allah.:)

      Padam
  2. hahah...memang terhibur...konfem lepas tu akan kena gomol kucing ni....

    BalasPadam
    Balasan
    1. comel kan arz, macam-macam aksi :)

      Padam
  3. hahaha. comel2 nye k.ana.geram betol la tgk. mulalah rindu kat kucing kat rumah.. nak balik kg..

    BalasPadam
    Balasan
    1. haah kan leyla, oo kucing leyla yang buat fotoshoot tu ye hihi mesti dah besar kan.

      Padam
  4. Tapi kadang-kadang agak merimaskan kucing yang manja sangat hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. alaa janganlah SP sian dia tau :)

      Padam
  5. hehee..cutenya cerita ni...sebiji macam perangai dengan kaspin & kastih kakak..time yang geram sikit bila kita sembahyang dia pi golek atas sejadah...

    BalasPadam
    Balasan
    1. haah kak mala, dulu jingga pun cam tu kak,bila sujud elok pula lari.. :)

      Padam
  6. bagi PC kucing ni macam terapilah kak ana..hehehe..sebabnya bila kita layan dia mcam faham je..

    BalasPadam
    Balasan
    1. tu lah PC, kak ana walaupun dah tak ada jingga tapi kat luar rumah tu macam-macam rupa yang singgah, sekadar bagi makan apa yang ada tak pun belikan makanan kering mereka, pastu mereka beredar, esok datang balik hihi :)

      Padam
  7. Comelnya lahai kucing ni. Kalau dia manja best la nk layan. Kalau dia ganas, habis la. Haha.

    BalasPadam
    Balasan
    1. selalunya depa manja kan syira :)

      Padam
  8. haha..kucing kalo dia buat matanya jadi bulat pastu bunyi purrrrr..tak sampai hati pulak kalo tak layan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. tu tanda dia nak perhatian kan Nick :)

      Padam
  9. manjanya kucing ni. Pandai dia menarik perhatian tuan dia.

    BalasPadam
  10. comel nya...hehehe

    http://kembaracinta-ku.blogspot.my/

    BalasPadam
  11. COMELNYA KUCING-KUCING TU..MEMANG PANDAI TARIK PERHATIAN

    BalasPadam
    Balasan
    1. comel macam kak ana tak khaty hihi :)

      Padam
  12. Hahaha..comel sgt..umul pun pnah buat gini..hihihi..

    BalasPadam
    Balasan
    1. amboi ummul buat lagi cumel kut hihi :)

      Padam
  13. comelnye, alahai... teringat kucing saya yang dh mati

    BalasPadam
    Balasan
    1. laa kesiannya HS, samalah kak ana pun pernah kehilangan Jingga suatu masa dahulu , sedih sangat kan :)

      Padam
  14. Salam, hahahahaha okay suke entry ni..mmg comel dan kalau kucing lah yg buat, mmg berkesan sangat3..tapi kalau manusia yg buat, emmm better jangan buat...bleh dpt penampar nanti..hahaha nice!

    BalasPadam
    Balasan
    1. alaa lynn buat pun comel gak hihi :)

      Padam
  15. Sha boleh tgk jer dari jauh.. hehehe.. kalau pegang sikit-sikit tuh bolehlah.. kalau dia datang menggesel2 tuh memang sha buka langkah seribu.. hehehe..

    BalasPadam
    Balasan
    1. laa takut kucing puan Sha kita rupanya haha :)

      Padam