sweetmuslimah

klikjer

LAZADA



Jumaat, 2 Oktober 2015

Hadiah Istimewa Dari Ain Nur


Bulan lepas ana menyertai satu Giveaway anjuran Dramaticuniq.com, salah seorang keluarga besar EFG.Sekadar menyatakan sokongan buat Ain yang menganjurkan satu Giveaway yang memerlukan parodi selfie pelakon pujaan hatinya. Memang tak terlintas untuk menang dan ana sertai pun sebagai tanda kasih sayang.Pemenangnya telah pun di umumkan, ibu manis Rara dan Adik Dayah berjaya memenangi hadiah utama.Tahniah dan memang layak sangat adik-adik kak ana ni  menang dengan mendapat like terbanyak.Namun siapa sangka, Ain bermurah hati untuk memberi juga hadiah buat semua peserta Giveawaynya.Dan alhamdulillah, dua hari lepas, ana menerima satu bungkusan istimewa dari Ain yang harum mewangi.




Didalam kiriman sampul surat, ana terima sebotol minyak wangi yang sangat lembut aromanya,sesuai dengan jiwa ana yang sederhana ni.Sekeping kad ucapan yang bakal ana simpan sepanjang hayat sebagai tanda kenang-kenangan dan di masukkan ke dalam sekeping sampul terhias indah dengan tulisan 'kak anajingga'.Terima kasih Ain, kak ana suka sangat dengan pemberian Ain dan walaupun kita tidak lagi sebumbung ,In shaa Allah jalinan ukhuwah antara kita akan kekal selamanya.Ain ialah pemilik blog blink-blink Dramaticuniq.com.Jom kenali blogger manis dengan perkongsiannya di dramaticuniq.com.




Blog Dramaticuniq.com banyak berkongsi tentang tips-tips kesihatan, pemakanan sihat, kata-kata motivasi dan pelbagai kisah-kisah yang digarapkan dari pengalaman dan catatan Ain sebagai tuan pemilik blog.Gaya penceritaan yang santai lebih selesa memanggil dirinya sebagai mokchik sangat mencuit hati dan begitulah sifat Ain ketika sama mengenalinya di dalam keluarga EFG, kecoh dan kelakar menyakat rakan-rakan yang lain.Erm memori indah Ain tinggalkan buat Kak Ana, terima kasih sayangku.

Dengan kata-kata " perkara paling mencabar dalam kehidupan ini adalah untuk mencari titik KESEIMBANGAN antara hal-hal keperluan dengan perkara-perkara kehendak
Semoga semua yang dicatatkan di dalam blog ini bermanfaat dalam pencarian anda
InsyaAllah.. Aamiin.. :), 
Ain pernah mencetus fenomena bila perkongsiannya tentang Resepi Rahsia Teh Tarik Untuk Memikat Suami berjaya mencecah ribuan pageview dalam sehari. Cuba klik dan baca entri tersebut, apakah resepi rahsia Ain untuk memikat pokchiknya tu.

Sesuatu yang pasti ana ingat tentang Ain ialah kisah aiskrim Magnum. Selepas berkongsi kisahnya makan aiskrim Magnum, hampir kesemua kami di EFG mencari aiskrim tersebut untuk di makan.Ini semua Ain punya pasal dan ada kisah menarik yang tak perlu ana ceritakan disini disebalik aiskrim Magnum tersebut dan mampu membuat  ana tersenyum sendirian setiap kali teringatkannya.

Walau bagaimanapun, kak ana doakan Ain akan terus sukses dalam segala urusan sama ada rumahtangga,kerjaya, bisnes dan blog.Ingat seperti selalu kak ana pesan ,kongsikan yang baik-baik semoga memberi manfaat buat orang lain, In Shaa Allah.Sayang Ain sangat-sangat dan semoga kita akan dipertemukan di suatu hari nanti dengan izinNya.


26 ulasan:

  1. Asalama tahnia ya..dah masuk dalam blog lis semula ..tengah jejaki bloglist yang hilang seketika..tahnia

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih etuza, kak ana pun dah bloglistkan etuza di bloglist sahabat blogger :)

      Padam
  2. alhamdulillah tahniah kak ana...reeki ukhuwah ye..syukur..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah PC, kemanisan ukhuwah kan :)

      Padam
  3. tahniah Ana rezeki jugak tu alhamdulillahhh
    lepas ni akak pun nak menjejaki Ain..

    BalasPadam
    Balasan
    1. haah kak noor,rezeki kan, jom kak noor kenali ain dan dramticuniqnya :)

      Padam
  4. Balasan
    1. Wangi sangat kan zatie :) sayang zatie .

      Padam
  5. kak ana.. ooooo.. kak ana....
    Ain baca ni sambil senyum2.. expeacially bab eskrem Magnum tu.. hahahahahaa.. Arz pun tentu ingat bab eskrem Magnum tu... :p

    tapi bila dah sampai hujung, rasa sebak plak.. sedihnya kak ana dah tak ada dalam group.. semua kenangan, gurau senda dan usik mengusik kita akan ain simpan sampai bila2..

    Terima kasih kak ana..
    Terima kasih for everything..

    miss u alwayssssss... :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. ape citer eskrem magnum tuu? sbb wak penah menang contest beli eskrm magnum ;)

      Padam
    2. hihi Ain memang akan kekal dalam ingatan kak ana in shaa allah..kita akan terus menjalin ukhwah kan.. sayang ain sangat-sangat.

      Padam
    3. wah wak best tu,,haha tak ada lah cite ni kami-kami kat group je yang faham ,kisah kelakar je wak :)

      Padam
    4. beli sendiri papaG hihi :)

      Padam
  6. Balasan
    1. papaG pun dapat kan..mewangi gituuu :)

      Padam
  7. Wah wah wah semerbak bau dia..kek ain punya citarasa mmg best laaa..menwangii gitu bak kata kak ana hehehee.nak jugakkk

    BalasPadam
    Balasan
    1. wangi Lya kan mokchik ain kita pandai pilih hadiah yang bermakna hihi :)

      Padam
  8. aamin yang rabbal alamin.

    kita xtau dah dapat ke belum. hahahahahah. dah lama x balik rumah

    BalasPadam
    Balasan
    1. dapat dah kut amy, In Shaa Allah :)

      Padam
  9. Tahniah Kak Ana ~ suka bau yang lembut jugakk...

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih Zaf :) memang kan bau yang lembut ni menyenangkan :)

      Padam