sweetmuslimah

klikjer

LAZADA



Sabtu, 31 Oktober 2015

Hadiah Istimewa Dari Bumi Germany


Alhamdulillah.. tengahari Jumaat 30hb Oktober 2015, telah selamat sampai sekeping sampul surat putih yang diterbangkan jauh dari bumi Germany. Ia adalah hadiah yang ana menangi dalam satu Giveaway anjuran adinda blogger tersayang Siti Aisya Ibrahim dengan blog kesayangannya jindrisska.blogspot.my . Ana memenangi salah satu dari hadiah yang ditawarkan iaitu sebuah fridge magnet dari Prague ,Czech Republic. Jauhkan datangnya .



Hadiah ini ana anggap sangat istimewa kerana pertamanya, ia sebagai kenang-kenangan dari Aisya yang mana suatu ketika dahulu kami pernah bernaung di dalam sebuah kumpulan blogger yang sama, dan kini masing-masing telah kembali solo. Waktu itu, kami sering kali berbual di whatsapp dan juga telegram group dengan pelbagai kisah-kisah yang dikongsikan. Aisya merupakan seorang pelajar di Germany bersama suaminya dan In Shaa Allah bakal menamatkan pelajarannya tidak lama lagi. Bagi yang ingin mengenali wanita terpelajar dan peramah ini, bolehlah mengikuti kisahnya di www.jindrisska.blogspot.com di link yang ana berikan di atas.




Disana, kita akan mengetahui aktiviti harian Aisya dan suaminya, percutian percutian mereka ke serata negara-negara Eropah dan seribu satu kisah anak muda di perantauan yang menuntut ilmu. Tak rugi menjadi sebahagian pembaca setia blog cantik ini. 



Kini fridge magnet dari seberang benua kiriman Aisya telah ana lekatkan bersama koleksi kesayangan yang lain di peti sejuk comel ana. Setiap fridge magnet yang ada disini, ada kisahnya tersendiri. Ada yang ana beli sendiri ketika makan angin di tempat-tempat menarik di tanahair, ada juga hadiah dari saudara mara yang melancung di dalam dan luar negara, dan di sana juga kelihatan sebuah fridge magnet dari Langkawi kiriman adinda blogger Cik Pinz dari www.cikpinz.com . In Shaa Allah selagi hayat di kandung badan, ana akan menyimpan semua ini sebagai tanda mata yang amat ana sayangi.Alhamdulillah.

26 ulasan:

  1. bestnyaaa.. jauh tuu dari German.. hee

    BalasPadam
    Balasan
    1. tu lah lisa, jauh datangnya hihi :)

      Padam
  2. kak ana dapat FM SA plak dapat buku travel....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tu lah SA, kak ana ada baca entri SA hari tu :)

      Padam
  3. Balasan
    1. banyak kak Mala koleksi FM ana, sampai bawah dan tepi fridge ana lekatkan :)

      Padam
  4. Balasan
    1. hihi banyak lagi tuu Yanty, terima kasih :)

      Padam
  5. ada jugak dpt fm dri aisya aritu..x sempat nak buat review..
    setem tu yumida simpan..special dri germany..jauhhhhhh
    tahniah utk akak...yumida pun rajin kumpul fm ni
    dah byk fm dikumpul..nak lekat kat peti ais bila dah duduk kat rumah baru kelak

    BalasPadam
    Balasan
    1. kumpul dulu kay Yumida nanti lekat kat rumah baru nanti..Tahniah buat Yumida juga :)

      Padam
  6. alahai, banyaknya magnet fridge

    BalasPadam
  7. Tahniah kak ana. Banyak fridge magnet tu. Nak satu boleh?? Hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. meh syira datang sini, kak ana bagi pilih je mana nak :)

      Padam
  8. Murah rezeki akak ana jauh perjalanan fm tu berjumpe tuan baru dia ^_^

    BalasPadam
    Balasan
    1. tu lah Malinda, alhamdulillah selamat sampai :)

      Padam
  9. tahnia banyak dapat hadiah..nilha keunikan kita berblogging..ada juga hasil ..dan ilmu di blog tu sangat2 hebat..

    BalasPadam
  10. patutla ada bau German shepherd sikit.. haha

    BalasPadam
  11. wow. terbaik.
    untuk sgt sebab dpt dari frens blogger oversea gitu.
    aida pun peminat fm :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. samalah hobi kita aida ye kumpul FM :)

      Padam