sweetmuslimah

klikjer

LAZADA



Isnin, 19 Oktober 2015

Homemade Aiskrim Kelapa


Aiskrim kelapa sekarang ni memang trending dan menjadi kesukaan ramai. Memang rasanya unik dan sedap, lemak-lemak manis sangat.Yang pernah ana temui aiskrim kelapa ni ada dua jenis, pertama yang memang aiskrim dari bahan kelapa muda dan yang kedua aiskrim perisa berlainan tetapi di makan bersama isi kelapa muda. Pernah ana kongsikan makan aiskrim kelapa Sangkaya di SINI .Namun hari ini, ana mencuba pula menghasilkan sendiri aiskrim kelapa di rumah.Erm jangan tak percaya ianya memang sedap dan lemak berkrim. Jom ana kongsikan buat pembaca anajingga.com.




Cara membuat aiskrim kelapa


cara buat aiskrim kelapa
kelapa muda

Ana menggunakan sebiji kelapa pandan muda yang dibeli di gerai tepi jalan sahaja.Keluarkan isi dan airnya dan letakkan ke dalam jug. Ambil sebahagian isi kelapa untuk di letakkan di dalam acuan aiskrim dan selebihnya masukkan ke dalam blender.Masukkan susu pekat manis dan blend bersama air kelapa muda hingga pekat.Tuang ke dalam acuan aiskrim atau jika tidak ada, bolehlah jadikan aiskrim Malaysia sahaja dengan mengisi ke dalam plastik punjut aiskrim tu.Keraskan di dalam freezer dan apabila keras bolehlah menikmatinya di rumah bersama anak-anak.Mudahkan, tetapi ianya sangat sedap dan pekat tidak cair kerana kita tidak menambah air kepada adunan tadi.

Selamat mencuba, aiskrim kelapa yang mudah dan sedap ni.


36 ulasan:

  1. sedapnya kak ana.. nak cari kelapa la pulak satu hal ..tiba2 rindu nak makan jeli kelapa hiii

    BalasPadam
    Balasan
    1. wani, kak ana beli ka orang yang jual air kelapa muda tu hihi rm3.50 sebiji sedap sebab kelapa pandan :)

      Padam
  2. tunggu balik kampung..nak buat..rumah kat kampung ada kelapa muda..boleh bagi adik sepupu rasa..

    BalasPadam
    Balasan
    1. haha balik kampung nanti cuba ye PC sedap sangat :)

      Padam
  3. assalamualaikum ana...sedapnya tengok ais krim tu...:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumsalam mama, nanti mama buatlah ye untuk grandson mama hihi :)

      Padam
  4. sedapnya Ana macam kaknoor nk try je sbb kelapa muda ada ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. hihi cubalah kak noor, mesti sedap in shaa allah hihi :)

      Padam
  5. Hurmmm...memang dengar pun sedap...thanks for sharing the menu..boleh cuba..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Most welcome kak mala, boleh cuba kak ,senang je kan susu denga air kelapa muda :)

      Padam
  6. InsyaaAllah akan cuba satu hari nanti.. kena cari kelapa pandan juga ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. In shaa Allah SS nanti kalau ada kelapa pandan nya boleh lah cuba buat :)

      Padam
  7. tengok je pun dh teruja.. panas panas ni sedap makan iskrem

    BalasPadam
  8. senang dan tau memang rasa nya sedap ! hehe mau try la nanti :)

    BalasPadam
  9. ais krim kelapa memang sedap. Selalu buat mcm ais krim malaysia, anak-anak asyik buka tutup freezer ajer

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tu lah azie, kalau tak ada acuan tu boleh je buat sebagai aiskrim Malaysia tu kan , rasanya sama juga sedap :)

      Padam
  10. Sedap ni....kalau Cikna tambah garam sikit rasa lemak manis sikit.....;-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. oo ye ke Cikna, boleh lah lain kali kak ana cuba pula, terima kasih berkongsi idea ye :)

      Padam
  11. takde peti ais lak kat sini. kalau ad dah buat dah

    BalasPadam
    Balasan
    1. alolo ciannya adik manis kak ana ni, nanti leyla kelik Ganu boleh buat kay sayang :)

      Padam
  12. Salam! hah boleh try ni, mesti sedap! tq share resepi..hehe :D

    BalasPadam
  13. Mudahnya nak buat..nak cuba la nanti..

    BalasPadam
    Balasan
    1. okay CP buat nanti shared kat COB kay :)

      Padam
  14. tekak Bonde... menelan air liur Kak Ana, ohoiiiiii...

    BalasPadam
    Balasan
    1. bonde ajak je atin buat cuti nanti kay :)

      Padam
  15. Balasan
    1. haha nampak kat IG mummy ada kelapa muda dari kampung, try kay buat tau.. :)

      Padam
  16. Ramai dah yang buat , kes tengok majalah 3 ritu, yana baru try buat homemade vanilla icecream, will try soon. kena pi cari kelapa pandan dulu la ^^

    BalasPadam
    Balasan
    1. kan Yana dah semakin mudah sekarang ni nak buat homemade aiskrim, banyak pendedahan khasnya di laman-laman blog :))

      Padam