sweetmuslimah

klikjer

LAZADA



Khamis, 8 Oktober 2015

Makan Seafood di Restoran Terapung Port Dickson

Makan Seafood di  Port Dickson

 



Ini namanya entri tercicir, sepatutnya ana terbitkan bulan lepas namun boleh terlepas pandang. Pengalaman yang ingin ana kongsikan ketika bercuti ke Port Dickson bulan September lepas. Malam tu sepupu ana mencadangkan kami makan malam di Medan Ikan Bakar ,Port Dickson. Atau lebih dikenali sebagai Restoran D'terapung Port Dickson.Ini kerana tempat makan ini terletak di dalam air dan memang terapung di permukaan air laut.Pemandangan yang sangat damai di hembus bayu laut dan diiringi alunan muzik live-band.Sesekali rasa macam pelancung pula kan.. 

Sebagai panduan atau tips yang sepupu ana lakukan ialah sebelum kita datang makan malam disini, eloklah membuat tempahan terlebih dahulu.Ini berdasarkan pengalamannya ke sini kerana sekiranya tidak membuat tempahan atau reservation, pertamanya tempat duduk yang selalunya penuh dan kedua pesanan makanan yang sampai lambat.Memandangkan sepupu ana telah singgah awal sebelum balik ke hotel membuat tempahan maka malam itu hidangan kami telah dapat di nikmati segera.Alhamdulillah.


makan seafood di port dickson



Disini kita boleh memilih pelbagai jenis makanan laut mengikut selera kita dan harganya adalah mengikut harga pasaran tempatan.Semua makanan laut disini memang nampak segar-segar walaupun kami tiba di waktu malam.Pilih sahaja yang mana dikehendaki, ia akan di timbang dan buat pesanan masakan yang diingini.Antara menu pilihan kami malam itu ialah dua ekor ikan siakap yang besar dimasak sweet sour dan tiga rasa, tomyam seafood campur untuk sajian lima orang, kailan sos tiram, sotong goreng tepung dua sajian, telur dadar, nasi putih dan dua jag minuman air fresh oren dan sirap limau.Dan harga untuk makan malam kami di sana hari itu ialah lebih kurang RM200.Satu lagi tips, pastikan poket teballah jika memilih makanan disini.Itupun kami hanya memilih menu yang sederhana sahaja dan makan untuk tujuh orang.


siakap tiga rasa
Ikan siakap tiga rasa

tomyam seafood
tomyam seafood

sotong goreng tepung
Sotong goreng tepung




pemandangan malam dari restoran D'terapung, Medan Ikan Bakar Port Dickson

Begitulah serba sedikit perkongsian ana pengalaman makan malam di Restoran D'terapung, Medan Ikan Bakar, Port Dickson.Semoga dengan tips yang ana sertakan dapat memberi sedikit pengetahuan untuk yang pertama kali ingin mencuba makan malam disini.Namun dari segi rasa masakan disini memang sangat sedap dan kena dengan selera kami.Alhamdulillah.


28 ulasan:

  1. Hahahaaaaa tips yang pastikan poket tebal tu amat berguna K. Ana

    BalasPadam
    Balasan
    1. kan Mrs A, memang kena get ready kalau nak mamam seafood ni kan :)

      Padam
  2. pulamak amazing ...terpukau seketika dengan panorama alam laut serta hidangan sajiian..huuu!! enjoying you self yea..ana!! syukran melihat apa yang ana dah kecapi..tahnia

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah Etuza sesekali riadah bersama keluarga :)

      Padam
  3. mknan nampak sdap tp kna tbalkan poket dlu la..huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. haah Normi, kalau tak tebal bahaya gak hihi :)

      Padam
  4. mesti nyaman kan kak ana....sambil makan berhembuslah angin laut sepoi sepoi bahasa...

    BalasPadam
    Balasan
    1. agak berangin juga PC :) Alhamdulillah

      Padam
  5. Balasan
    1. huhu Alhamdulillah SP kami tak ada gout setakad ni :)

      Padam
  6. wahhh..sedapnyaa kak ana..mavelesss

    BalasPadam
  7. sedapnye seafood.lame tak makan ketam

    BalasPadam
    Balasan
    1. leyla balik Ganu nanti mudah nak makan ketam kan :)

      Padam
  8. sedaapnyaaa.. hehe dekat Labuan banyak restoran seafood tepi laut macam ni.. sampai tak habis nak try satu-satu tempat :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. haah ye Melissa kat sana banyak kan dan murah agaknya berbanding sini :))

      Padam
  9. adehhh tgk kak Ana makan..terliuq lak nak bawak hero2 pi makan seafood.. yum yum yum....

    BalasPadam
  10. Memang poket kena tebal kalau nak makan seafood tambahan kalau kat restoran yang femes..harga begitu mendadak tinggi ditempat kak..

    BalasPadam
    Balasan
    1. kan kak mala, sebab tu tak boleh selalu makan hihi kena ikut bajet tahunan dulu haha :)

      Padam
  11. sedap tuu lama x makan tepi pantai

    BalasPadam
    Balasan
    1. sedap jugalah Raz, ye ke kena plan pi holiday kat pantai lepas ni kay hihi :)

      Padam
  12. Seafood my all time favorite Kak Ana..
    So far belum singgah sini walaupun selalu ke PD..
    May be one day setelah Kak Ana bgtau sedap..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah malam tu memenag sedap-sedap masakan disini LZ , :)

      Padam
  13. Boleh buh dalam checklist tempat nie..
    Tq Kak Ana, share tempat menarik..
    semoga perancangan ke Negeri Sembilan berjaya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Orait Sha, semoga perancangan percutian akan sukses dan heppi2 di sana nanti :)

      Padam
  14. Assalamualaikum..nk tnye..rm 200+- tu utk 3 menu tu je ke? Siakap+tomyam+sotong+air harga rm200 le ade menu lain lg..

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumsalam lisa, menu seperti yang AJ nyatakan di atas, ikan siakap tu dua ekorlah, saiz sederhana, tomyam dan sotong tepung tu pun dua pinggan/mangkuk dan airnya dua jag, menu tersebut untuk kami lapan orang makan dan harga adalah pada entri ini diterbitkan, mungkin akan ada perubahan mengikut masa.. wallahu a'lam :)

      Padam