sweetmuslimah

klikjer

LAZADA



Rabu, 28 Oktober 2015

Petola Ular Tumis Berempah


Resepi Petola Ular Tumis Berempah




Kadang-kadang memang buntu dah nak masak apa untuk menu harian di rumah.Selain dari lauk pauknya, menu sayuran pun buat kita para isteri dan ibu ni pening untuk bertukar selera.Ada kala hampir sama setiap hari dengan menu sayur seperti kobis, sawi, bayam, kangkung dan sebagainya. Minggu lepas, ketika ke pasar untuk membeli keperluan dapur, ana terpandang petola ular dan teringin pula nak masak tumis berempah ala-ala mamak style tu. Dan tengahari itu, terhasillah satu menu sayuran petola ular tumis berempah dan tak sangka suami dan anak-anak gemar pula memakannya ketika masih panas-panas lagi.Jom ana kongsikan resepi mudah ini.


Bahan-bahan petola ular tumis berempah


1 batang petola ular
3 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
sedikit udang kering
2 sudu rempah kari daging
1 biji telur
garam secukup rasa

Cara memasak petola ular tumis berempah


- Bersihkan petola ular dan potong kecil-kecil.Ana bahagikannya dua dahulu supaya lebih mudah di makan.
- Tumbuk bahan tumisan seperti bawang merah, bawang putih dan udang kering.
- Panaskan minyak, tumis kesemua bahan tumisan tadi hingga garing.
- Masukkan rempah daging dan campurkan sedikit air sekiranya terlalu kering.
- Masukkan hirisan petola ular dan biarkan sehingga masak.
- Pecahkan telur ke dalam bahan masakan tadi dan kacau sebati.
- Rasakan dengan garam dan sedia untuk hidangan.


kredit foto: Chiap-hup.com

Inilah rupa paras sayur petola ular bagi mereka yang tidak pernah mengenalinya.Ana mengikis lapisan luar kulit petola ular ini dengan pisau untuk membersihkannya sebelum di belah dua dan di hiris nipis-nipis. 

Selamat Mencuba. 

26 ulasan:

  1. Balasan
    1. hihi Suki nama dia memang unik tuu :)

      Padam
  2. Salam, haaa sukaaa makan lauk ni, eh tp ni petola ular? selalu makan klw masakan mcm tu masak guna peria..eh ke sama? hahaha tgklah anak dara ni jarang ke dapur kan~ konfius semua, hehe :P

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lynn peria pun boleh gak masak camni ..hihi sikit lagi kena turun ke dapur lah cik Lynn kita ni :)

      Padam
  3. Sedap ni kak ana..tumis air campur soon..kalau goreng macam kak ana tu PC ratah je..sayur habis dulu dari nasi..haha..

    BalasPadam
    Balasan
    1. wah PC suka ye, suami kak ana pun suka PC makan dengan roti je dia petang tu hihi :)

      Padam
  4. haritu sakit urat makan petola.. huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. hamboi ZZ muda2 dah sakit urat ni hihi :)

      Padam
  5. Nama je sudah menakutkan.. haha... Huhu.. Along tak makan sayur....

    BalasPadam
    Balasan
    1. deyy along, nama je rasanya sodaplah longgg ;;)

      Padam
  6. sedap sayur petola ular tumis berempah yg mak masak tuuu., ;p

    BalasPadam
  7. Tajuk yang sangat menakutkan hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. aipp sayur lah tu SP bukan ular punya hihi :)

      Padam
  8. kak tak pernah pun makan petola ular ni. Serius, kalau tak cakap petola..kak mesti ingat Ana goreng peria ....

    BalasPadam
    Balasan
    1. hihi sebab lebih kurang masak peria pun macam ni gak kak mala kan :)

      Padam
  9. kaknoor belum prnah makan petola ni mcm tk berani hehee rasa macamana ni Ana

    BalasPadam
    Balasan
    1. rasanya manis kak noor, kalau peria dia pahit.. :)

      Padam
  10. Bunda jarang jumpa petola jenis ni...dan tak pernah masak pun...

    BalasPadam
    Balasan
    1. setengah kawasan susah nak jumpa agaknya Bunda :)

      Padam
  11. kaum india yang suka petola ini kan Ana.ky pun tak pernah makan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. haah KY memang makanan orang india dan selalunya terdapat di restoran-restoran mamak :)

      Padam
  12. lama betol tak mkn masakan mcm ni kak...

    BalasPadam
    Balasan
    1. kan eyda sesekali kena tukar selera gak kan hihi :)

      Padam
  13. tak pernah cuba petola ni sebab biasa petola yang besau2 tu je jadi hidangan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. petola tu kak ana tak pernah goreng selalu buat masak berkuah je aizamia3 :)

      Padam