Petua Goreng Ikan Keli Supaya Tak Meletup

 

Ikan Keli Goreng

Ikan keli ni memang sedap sangat masak apa pun kan.Selalunya ana suka masak asam pedas atau lemak cili api sebab utamanya kita tak perlu nak menggorengkannya.Tapi jemu juga dan anak-anak lebih suka keli yang dimasak dengan mengorengkannya terlebih dahulu. Salah satu nya masak sambal kicap ikan keli yang pernah ana kongsikan di SINI .Namun masalah utama bila menggoreng ikan keli ini ialah hasil letupan yang memercik satu dapur tu.Setelah berkongsi pendapat dengan pelbagai sumber, disini ana kongsikan semula empat tips atau petua ketika menggoreng ikan keli supaya tidak meletup.


Tips menggoreng ikan keli supaya tidak meletup


Pertama yang selalu ana sendiri lakukan ialah menutup kuali dengan tudungnya apabila mengoreng ikan keli.Sekurang-kurangnya ia meletup di dalam tudung kuali tu sahaja dan tidaklah memercik ke muka atau lantai.Ketika memusingkannya nanti, pastikan tutup api dapur seketika dan selepas itu sambung semula menggorengnya.

Ada juga yang memberi petua supaya di campakkan garam kasar ke dalam minyak sebelum menggoreng ikan keli. Belum pernah mencubanya kerana ana jarang mempunyai garam kasar di rumah.

Selain itu, ada juga rakan memberitahu ana , lumurkan dengan tepung gandum ikan keli yang hendak digoreng itu menggantikan kunyit.Mungkin juga boleh menjadi kerana tepung gandum mengeringkan isi ikan tersebut dan berkemungkinan ia tidak akan meletup kan.

Dan akhir sekali, terdapat juga petua mengatakan campakkan sekeping asam keping ke dalam minyak panas sebelum menggoreng ikan keli ini.Ia dapat mengelakkan ikan keli dari meletup ketika di goreng. Waallahu a'lam.

Pelbagai petua lagi banyak dikongsikan jika kita menGooglenya.Ini sebahagian yang ana dapati dari rakan-rakan blogger yang berkongsi dan mungkin salah satunya berjaya mengelakkan dari berlaku letupan ketika menggoreng.Selamat mencuba :) 

34 Comments

  1. Wah.. tq Kak Ana share petua.. Tapi Sha x pernah beli, siang dan masak ikan keli.. Selalunya beli yang dah siap masak. Kalau masak sendiri memang x lalulah nak makan.. Hehehe... Suka sangat keli goreng nie..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah wah macam tu tak perlu petua lah Sha hihi :)

      Delete
  2. Ohhh ada petua jugak rupanya. Heheh. Sedapnya kalau dapat makan ikan keli goreng berlada :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. macam-macam petua nani , kena rajin mencuba sahaja :)

      Delete
  3. Terimakasih singgah blog kakak,..Salam kenal.
    Anak2 kakak pun suka sangat ikan keli,lagi lah jika digoreng betul2 garing...krap krup bila mkn tapi part goreng ni mmng mencabar.
    Se tahu kakak cmpakkn asam keping tu utk elak ikan melekat di kuali.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama-sama kak saniah, tu lah memang anak-anak suka ikan keli ni, betul tu kak saniah, salah satu petua nya campakkan asam keping dalam minyak kan :)

      Delete
  4. Banyak petua sebenarnya, tapi yang penting orang rumah yang mencuba..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha sebab SP hanya mencuba merasainya sahaja ye, bijak..bijak :)

      Delete
  5. tq ana..keli goreng berlado alamak sedapnya..

    ReplyDelete
  6. Wana x penah mkn ikan keli ni kak ana..apa rasanya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. oo ye ke wana, sedap lah bagi kak ana rasanya :)

      Delete
  7. Kalau saya..selalunya pilih yang no.1..heee..senang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan fieza, tu lah cara kak ana pun hihi :)

      Delete
  8. wak pon tak sukak mamam ikan keli nih ;p

    ReplyDelete
  9. Zumal selalu beli yang siap goreng. Hehe ^-^

    ReplyDelete
  10. selalu makan yang beli kat kedai je. tak pernah masak.

    ReplyDelete
  11. campak asam la paling senang.. hahaha

    ReplyDelete
  12. Jarang makan ikan keli. Tapi kalau digoreng garing macam ni, mesti sedap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. goreng ni makan panas-panas Fidah kan sedap.

      Delete
  13. Oh, thanks for sharing. Nanti boleh cuba petua ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. most welcome kak Mala, harap ada yang berhasil nanti :)

      Delete
  14. Thanks Kak Ana for the info..kita oranng anak beranak memang hantu ikan keli.. lepas ni takde lagi masalah lari sebatu goreng ikan keli lagi..hehehhe :))

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha jauh tu mummy lari nak goreng ikan keli..cuba kay mana tahu ada yang berhasil :)

      Delete
  15. ngeh3.. tak pernah goreng ikan keli =P

    ReplyDelete
  16. suki ada sorang kwn yg every time lunch dgn dia mesti dia amik ikan keli hihi

    ReplyDelete