sweetmuslimah

klikjer

LAZADA



Selasa, 24 November 2015

Baby Marian Rivera & Dindong Dantes


Semalam 23hb November adalah hari lahir Kak Long yang ke sembilan belas tahun. Alhamdulillah bertepatan pula dengan cuti sem dapatlah Kak Long menyambutnya bersama keluarga disini.Dan agak istimewa juga kerana Kak Long berkongsi tarikh lahir dengan baby yang ana tunggu-tunggu juga kelahirannya..Semalam juga bintang jelita dari Filipina kesukaan ana, Marian Rivera telah selamat bersalin cahaya mata pertamanya. 

kredit foto: FB Page Marian Rivera 



ENTRI TERKINI SETELAH DIDEDAHKAN WAJAH COMEL BABY ZIA KLIK : WAJAH COMEL BABY ZIA

Anak Marian Rivera & Dingdong Dantes


kredit foto: FB Page Marian Rivera 

Sebagai peminat yang meminati lakonan mereka berdua di dalam slot telenovela, ana memang sering mengikuti kisah mereka sejak dari percintaan pasangan ini yang bermula ketika pengambaran telenovela Marimar lagi. 30 Disember 2014, pasangan yang sinonim dengan gelaran DongYan ini melangsungkan perkahwinan mereka dengan gilang gemilang dan pernah ana kongsikan foto-foto sekitar majlis di SINI .Dan selepas mengetahui Marian Rivera sedang hamil, ana turut berkongsi foto-foto kehamilannya di SINI .Ana turut memilik akaun Fanpage Marian Rivera di IG @beautiful_marian_rivera . 

Pastinya bagi peminat pesangan cantik jelita Marian Rivera dan Dingdong Dantes tidak sabar untuk melihat wajah anak mereka yang pasti comel ni.Namun sehingga entri ini di terbitkan, ana hanya mendapat sekeping foto dari Facebook Fanpage Marian Rivera yang ana ikuti.Ia di post sendiri oleh Dingdong Dantes, gambar tangan comel bayi yang telah awal-awal lagi di war-warkan namanya iaitu Maria Letizia Gracia Dantes.Dinyatakan juga Marian melahirkan baby Zia secara normal pada pagi 23hb November 2015.Kita tunggu update-update terkini dari pasangan ini nanti dan akan ana kongsikan semula. 

Congratulations to the primetime King and Queen, Dingdong Dantes and Marian Rivera , for welcoming their first baby Maria Letizia Gracia-Dantes!



kredit info dan foto : FB Page Marian Rivera dan http://www.officialdongyanatics.com/

32 ulasan:

  1. assalamualaikum ana...mesti cantik mcm maknya kn...:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumsalam mama, kan mama pasti secomel Marian Rivera bila besar nanti :)

      Padam
  2. Selamat hari lahir buat Kak Long Ana tu..
    Anak2 artis ni sure cantik mulus..

    BalasPadam
  3. wah mesti comel kan anak mereka kak ana..semua baby sememangnya comel..hihi..kak update tau kalau dah ada gambar baby Letizia..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ok PC in shaa Allah kalau dah keluar foto-foto comel nanti kak ana kongsikan semula :)

      Padam
  4. Wah sama birthday ngn anak kak ana...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tu lah Ummul, kebetulan pula dengan birthday Kak long :)

      Padam
  5. happy birthday utk kak long and congratulation to marian n dingdon dantes... mesti cantik anak depa nih.. xsabar nk tgok.. hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih Ahlam, kan tak sabar nak tengok nanti kan :)

      Padam
  6. Dindong.. Dindong.. ada orang kat rumah tak.. eheh.. adeh #JanganKecamSaya
    hehe.. tak lama gi anak dia pemes cem mak pak diaaa..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aip SYM main loceng pagar rumah kak ana ye hihi.. :)

      Padam
  7. Untung anak-anak selebriti dapat perhatian sejak belum dilahirkan lagi..:)

    BalasPadam
  8. mesti cantik ikut muka mak dia. putih melepak

    BalasPadam
  9. Mesti comel kan... Btw Cikla Ada tag Kak Ana tau.. Kalau sudi joinlah...

    http://ciklapunyabelog.blogspot.my/2015/11/1st-giveaway-by-mb.html

    BalasPadam
    Balasan
    1. kan cik La, ok terima kasih, kalau free kak ana join ye ,all the best :)

      Padam
  10. Happy birthday kak long..... tgk mak ayah baby tu pun dah terpegun dah Ana...hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih Linda, kannnn hihi :)

      Padam
  11. Salam selamat hari lahir utk anak dara kak ana...semoga sukses dunia akhirat...saya langsung tak ikut telenovela lakonan diorang ni kak jadi saya kurang kenal...tapi kalau tengok pada gambo memang cantik sungguh pasangan ni

    BalasPadam
  12. Happy belated birthday buat Kaklong ya K.Ana
    Oh! mereka berdua tu husband and wife ya.
    Tak ikuti sangat :-(

    BalasPadam
    Balasan
    1. haha terima kasih Mrs A, yelah orang bekerja memang tak berkesempatan layan telenovela ni Mrs A, kakak awak ni lain lah duk rumah hii :)

      Padam
  13. Happy belated birthday Kak Long ~

    Alaa.. nak tengok muka baby depa.. depa pun pandai sesorok muka baby kan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. TQ Zaf :) haah sampai hari ini belum lagi disiarkan wajah baby DongYan ni, tak sabar gak nak tengok kan :)

      Padam
  14. Sape2 pminat DongYan, sudi2kan lah follow fb mrk di The Dongyanatics Fanpage (Malaysia), IG @dongyanatics_malaysia & twitter @dongyanaticsMY. Trima kasih byk2

    BalasPadam