Burger Delivery di Bandar Country Homes 


Pelbagai kaedah sekarang untuk mencari rezeki menambah hasil pendapatan sampingan di kalangan masyarakat marhaen di tanahair kita.Kekangan hidup dengan pendapatan yang hanya cukup untuk tempuh sebulan dan ada juga yang terputus di pertengahan dengan kos hidup yang semakin menghimpit membuatkan ramai di kalangan kita menjadi kreatif dalam perniagaan untuk bersaing secara positif. Kalau biasa kita perlu ke gerai untuk membeli burger, kini di sekitar Bandar Country Homes, Rawang, terdapat pula satu lagi kemudahan dengan hanya meng order dari talian whatsapp kemudian burger akan di hantar ke depan pagar rumah. Senang kan, dan ianya menguntungkan si penjual dan memudahkan si pembeli macam ana ni yang malas nak keluar memandu di waktu malam. Jom ana kongsikan kisah Burger Delivery ini.

Burger Carik 



burger delivery
Burger Daging Carik 

Salah satu menu istimewa burger delivery di sini yang pernah ana pesan untuk makan malam ialah burger daging carik. Ia dibuat daripada daging yang dicarik-carik seperti isi serunding, di gaul dengan sos lada hitam dan di sajikan bersama sayur dan mayo serta sos cili.Sedap juga rasanya di makan panas-panas. Harganya ialah RM6 sahaja.Kenyanglah untuk malam tu, Alhamdulillah. Selain burger carik, adik Ika memesan Chicken Grill Burger RM6 manakala suami hanya makan Egg Benjo yang berharga cuma RM2. Biasalah anak isteri makan yang mahal dari ayahnya ..


chicken grill burger
Chicken Grill Burger 


Egg Benjo
Egg Benjo 

Disini ana sertakan beberapa lagi menu yang boleh dipesan untuk penghantaran di sekitar Bandar Country Homes sahaja.Jika berminat bolehlah hubungi BARATI BURGER  di whasapp 012-664 9367 (Emma) .

Lain-lain menu yang ada :

1. Burger Daging Carik Special                - RM6
2. Burger Ayam/Daging Biasa                  - RM3
3. Burger Ayam/Daging Special               - RM4
4. Burger Ayan/Daging Special Cheese   - RM5
5. Egg Benjo                                              - RM2
6.Cheezy Meatball                                    - RM5
7.Grill Chicken Burger                             - RM6
8.Oblong Ayam/Daging                            - RM5
9.Oblong Ayam/Daging Special                - RM6 


Sesekali bila mood masak semakin pupus tu boleh main delivery macam ni, kalau hari-hari tak boleh juga.Kurang pahala seorang isteri dan ibu untuk menghidangkan makan malam untuk keluarga kan. Tambahan suri rumah macam ana ni, memang dah tugasnya menyediakan dan masak untuk keluarga tersayang. Tak salah sesekali ambil cuti masak dan order sahaja secara delivery.Namun perlu juga menjaga diet menu sihat untuk keluarga dan diri sendiri.Waallahu a'lam. 

18 Comments

  1. Replies
    1. Tu lah Yana, makin bertambah lah vitamin M kak ana nanti hihi :)

      Delete
  2. Harga ok...boleh tahan....kami berdua suka oblong

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fida harga sama je macam beli dari gerai kak ana rasa. :)

      Delete
  3. perghhh burger pun online.. terbaekk!

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah mommy, senang hidup laa ni kan hihi :)

      Delete
  4. waaaahh.. lissa suka beger! kan best kalau boleh delivery sampai Labuan. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha basilah jawabnya lisa.. lisa buatlah kat labuan 'burger lisa delivery' hihi :)

      Delete
  5. Harga dia boleh tahan.. tak mahal sangat.. kan..

    ReplyDelete
  6. wah, sedap tu..ni yang buat murni & kawan2 #bloggerutara xsabar nak mkn Burger Rockstarz Ahad ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah wah nak pii food revies ye dengan geng #BU..best tu :)

      Delete
  7. wow. ada delivery burger :)
    memang kelas bebeno ni, ana hi hi hi...
    so far sini lom ada lagi, kecuali burger mcD ler.
    and burger carik tu pun sini lom buat lagi :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha kelas dan menambah kan vitamin M dalam diri kak ana lah aida sayang hihi :)

      Delete