sweetmuslimah

klikjer

LAZADA



Isnin, 16 November 2015

Cara Untuk Tidak Dikenakan Bayaran Bil Bercetak TM






Kadang-kadang dah malas nak menonton Berita di televisyen.Ternanti-nanti sahaja apa lagi yang akan naik, apa lagi yang kena bayar, apa lagi yang kami golongan marhaen ni kena tanggung. Bukan merungut berpanjangan namun seolah-olah tersepit di dalam situasi yang semakin menghimpit. Pendapatan yang tak banyak berubah tahun demi tahun bagi keluarga yang makan gaji ni, namun perbelanjaan semakin bertambah.Berjimat, sudah sedaya mungkin berjimat ,bermewah jauh sekali.Keperluan di utamakan kehendak bukan lagi naluri, namun hakikat kami yang tanggungi.


Klik untuk besarkan

Nak makan sedap sikit kena cukai, nak beli barang keperluan anak-anak kena cukai, nak lalu lebuhraya berganda kena tambah duit tol, nak menggunakan perkhidmatan telefon pun kami dah bayar bil, bukan percuma dan kini harga setem dan kertas untuk TM pun kami juga kena tanggung. sakit woo.. Ana memang cukup berjimat di rumah dengan penggunaan bil-bil utiliti ni. TM kerana ana menggunakan internet, itu pun pakej yang paling murah ana ambil.Perlahan pun tak kisah janji ada.Malah panggilan memang jarang kami gunakan kecuali hal-hal kecemasan dan menghubungi mak dan abah di kampung kerana mereka tidak ada whatsapp. Namun bulan ini terdengar pengumuman dan di hantar di bil tentang caj tambahan RM5 untuk penghantaran bil bercetak.

Cara Untuk Tidak Dikenakan Bayaran Bil Bercetak TM 


Cara pertama yang dinyatakan di dalam pemberitahuan yang sangat kecil di sebelah belakang bil yang ana terima ialah supaya kita mengemaskini email dan nombor telefon di laman web: help@tm.com.my . Selain itu pelanggan juga boleh ke TM Point berdekatan untuk tujuan yang sama. Dan langkah paling mudah dan ana gunakan ialah menghubungi talian 100 dan membuat permohonan untuk penghantaran bil melalui email. Perkhidmatan ini juga bukan percuma kerana panggilan ke talian 100 juga di kenakan bayaran. 

Setelah menghubungi 100 dan memberikan butiran seperti nama, alamat, nombor telefon, email dan sebagainya, tempuh pengaktifan adalah dalam masa dua bulan menurut pegawai khidmat pelanggannya.Dan selepas ini, kita akan menerima bil melalui email, cetak dan buat pembayaran di mana-mana kaunter seperti biasa.In shaa Allah mudah bagi kita yang mempunyai perkhidmatan internet dan sebagainya, namun untuk mereka yang berada di pedalaman yang menggunakan talian telefon semata-mata untuk berhubung pasti tetap kena caj tambahan RM5 atau menurut pegawai khidmat pelanggan yang ana hubungi caj telah di turunkan kepada RM2. Caj tetap caj kan.Caj tambahan ini akan diguna pakai mulai Januari 2016.

Tabahlah duhai hati, jangan terus merungut, berjimatlah lagi selagi termampu.Kita rakyat marhaen akan terus begini hari demi hari manakala mereka yang mewah tidak sedikitpun merasa keperitannya.Lumrah dunia....


14 ulasan:

  1. aduhai, semuanya nak kene bayar mak kann., huhu2

    BalasPadam
  2. banyaknya proses tu..apapun kalau iltizam akan berjaya daftar kan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. erm mudah je etuza, ana gunakan talian 100 senang biar depa yang buat kerja hihi .

      Padam
  3. ya la..nak sampai target untung billion2...

    BalasPadam
  4. huhu...company pun macam kita juga...mana kos yang boleh kurang dikurangkan, mana kos yang kena tanggung bersama kena lah jugak buat. Kalau ikutkan TM yang terlambat buat caj atas cetakan bil ni, operator lain dah lama buat. Nak mudah guna sajer online service, daftar dan bil dihantar melalui email...lebih mudahkan....hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. tu lah azie, kita sebagai pengguna perlu peka dan bijak jika tidak banyak kos tersembunyi yang perlu kita tanggung juga :(

      Padam
  5. kena jimat selagi boleh..thanks share tips ni kak ana..bagus jugak pakai bil online, kurang sampah

    BalasPadam
  6. tq for informing.
    baru aida selak balik latest bil and yes ada benda ni.
    kecik beno pengumuman nyer.
    memang carik duit betul diorang ni!
    da le bil mahal ntah apa2. caj lagi rm5 kalau nak bil kertas hu hu hu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. most welcome Aida, tu lah haluih beno tulisannya kat celah atas bil tu, kena peka sentiasa benda-benda ni.. sadis kan semua nak kena caj sekarang ni :(

      Padam
  7. Skrg nie semua kena jimat.. Sha pakai internet kat telefon jer.. huhuhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu Sha, disini perlu guna streamix ni sebab hat lain agak perlahan untuk internet :(

      Padam