Email Beracun

by - Tuesday, November 10, 2015

Klik untuk besarkan 


Ana rasa bukan ana seorang sahaja yang menerima email sebegini baru-baru ni, ramai lagi yang dapat agaknya kan..?? Ana mempunyai dua akaun email dan kedua-duanya menerima email yang sama. Baca sahaja dah tahu satu penipuan yang bermotif jahat.Sebab itu ana panggil email sebegini email beracun. Bahaya dan jangan sesekali mempercayainya.

Memang jelas dari lojik akal manusia normal mana pun dapat tahu ia satu penipuan.Mana ada orang yang ingin memasukkan sebanyak 10 juta USD ke dalam akaun orang yang tak dikenali. Alasan yang diberi pun sangatlah tak munasabah. Waspadalah, mereka inginkan data peribadi kita. Lihat dari alamat pengirimpun dan kecut perut kan.


Inilah perangkap jenayah siber zaman teknologi kini. Namun pernah juga terbaca di media massa masih ramai yang menjadi mangsa. Bijaklah menilai, Allah swt mengurniakan kita akal fikiran untuk berfikir dan membuat pilihan. Jangan mudah terpedaya, sentiasa ada rasa curiga terhadap sesuatu.

Di dalam arus teknologi masa kini, manusia mudah mendapat matlumat dihujung jari. Pendedahan yang terlalu tidak privasi boleh sahaja mengundang kepada musibah.Semoga dijauhkan. Perkongsian gambar-gambar di media sosial seperti Facebook dan Instagram malah blog-blog peribadi juga boleh membawa kepada perkara yang negatif. Gambar boleh di ambil, di edit dan akhirnya membawa bencana.Nauzubillahi min zalik.




You May Also Like

44 comments

  1. Replies
    1. tu lah Rara, macam-macam sekarang ni kan .

      Delete
  2. asalm..anaJ..terus klik nak tahu tapi sayang tak nampak imej siput line..berhati2 ya..
    entri lain akan etuza datang membaca..dont worry.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak pe etuza , sini pun kadang-kadang payah juga nak upload gambar di blog loading sahaja.. faktor cuaca barangkali.terima kasih masih tetap singgah ke sini :)

      Delete
  3. Assalam...terima kasih singgah kat blog kak Zai.
    Selalunya kalau dapat macam ini ignore aje.

    Takziah buat keluarga kawan ana. Semoga rohnya ditempatkan bersama orang2 yang beriman Alfatihah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam zaitun, terima kasih juga membalas kunjungan, salam ukhuwah :) aamin.

      Delete
  4. Haha mcm2 cara org nak menipu ni ari tu lya trima msh konon menang hadiah duit dari power root..sekali kol minta no akaun kita owhh memg tak la

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu Lya, kalau mana2 peraduan yang kita tak masuk tiba2 menang lebih baik berwaspada, musykil kan .

      Delete
  5. setiap kali bukak email *SPAM* memang puas didelete kang ada lagi hehe

    ReplyDelete
  6. Replies
    1. Tu lah nani :) kena beringat sentiasa jangan mudah percaya :)

      Delete
  7. Akak kalau dpt email mcm ni terus delete jer.. senang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah memang dha delete dah dua-dua email yang ana terima, tu lah menakutkan pun ada kan CH :(

      Delete
  8. Ana..kak kena dari 2011 lagi dah...habis sekali dgn email depa hack..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya Allah kak Mala, sakitnya hati kan bila email kena hack macam tu.

      Delete
  9. selalu dpt email mcm ni..biasanya masuk spam
    tp pernah gak yg masuk primary..bahaya kalau terklik tu
    jenayah siber nak menipu kita, sama2 kita berwaspada

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yumida ni masuk kat inbox kak ana.tengok pengirim pun dah serrraammm :(

      Delete
  10. Lissa pun selalu dapat email macam ni.. memang tak buka lah.. sebab tau memang penipu. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan Lisa, selain dari penipu takut juga email yang bervirus, risau sangat kan :(

      Delete
  11. Orang gila pon tak.buat keje gila camni kan kak...takde makne nye senang2 je nak kasi duit banyak camtu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah Malinda, biarlah kita waras dalam membuat sesuatu tindakan :)

      Delete
  12. Namun begitu tetap masih ada sesetengah manusia yang tamak dan gelap mata yang berjaya ditipu. Semoga kita dijauhkan

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu yang kak ana tak faham kan Mrs A :(

      Delete
  13. Macam-macam carakan diorang ni..yang penting kita jangan mudah percaya..:) Salam kenal n follow sini

    ReplyDelete
  14. bukan sahaja di email, fb pon de yg mcmni

    ReplyDelete
    Replies
    1. FB cik EN ?? depa pm ye.. erm menakutkan :(

      Delete
  15. Selalu gak dapat..spam je semua tu..

    ReplyDelete
  16. Assalamualaikum..memang tak logik..abaikan jer laa email gni..hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam MA, betul abaikan dan delete teruskan :)

      Delete
  17. bukan ke kalau email macam ni terus masuk dalam spam..saya kalau email spam terus delete forever..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hat ni masuk kat inbox kak ana nick :(

      Delete
  18. Sha selalu dapat.. Sha delete jer terus.. X baca pun.. malas nak layan.. banyak pula tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah Sha kak ana pun delete dah :)

      Delete
  19. saya pun sering dapat email macam tu.
    tak enak mang dapat macam email tu.

    ReplyDelete
  20. terlalu byk aida dpt gini.
    hmmm alhamdulillah lom pernah terpedaya.
    most of it aida tag spam aje.
    so tak semak kan inbox :)
    nape la di zaman penuh teknologi ni memcm idea nak tipu org ekk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan aida semakin menakutkan dan kita yang sering terdedah dengan media sosial ni harus lebih berhati-hati :)

      Delete
  21. Email beracun yang tak pernah putus2 cubaan menipu..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan SP macam2 taktik dan cara digunakan .

      Delete