Hari Keputeraan DYMM Paduka Seri Sultan Perak ke 35




Hari ini, Jumaat 27hb November 2015, merupakan Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah . Sebagai anak jati Perak yang sangat bangga dan bertuah dilahirkan di bumi bertuah Perak Darul Ridzuan, ana paparkan kembali beberapa foto-foto indah keluarga Diraja Perak yang disayangi rakyat jelata sebagai satu entri khas bersempena Hari Keputeraan Baginda Sultan. Di Discovery Channel juga hari ini, ada menayangkan satu slot khas sekitar majlis Pertabalan DiRaja Sultan Perak ke 35 yang lalu.Sangat menarik untuk tatapan kami khasnya anak jati negeri Perak.

Sultan, Yang Dipertuan dan Raja Pemerintah Negeri Perak Darul Ridzuan , Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah merupakan Sultan Perak ke 35 di dalam sistem pemerintahan beraja Negeri Perak. Bersama Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim Davidson dikurniakan sepasang cahaya mata, YM Raja Muzzaffar Shah yang dilahirkan pada 14hb Mac 2008 dan seorang puteri comel yang menjadi kesayangan rakyat Negeri Perak iaitu YM Raja Nazira Safya, dilahirkan pada 2hb Ogos 2011. (sumber wikipedia) 

Foto-foto keluarga Diraja Perak 



 












Foto-Foto sekitar majlis Pertabalan Sultan Perak ke 35 











Dirgahayu Tuanku, semoga seluruh negeri Perak Darul Ridzuan sentiasa didalam RahmatNya dan maju jaya serta aman tenteram di setiap ketika. Daulat Tuanku... 

kredit foto-foto: Google Image

20 Comments

  1. Salam, haaa suka tgk anak pempuan diorang, comel sangat2...slumber je dia, haha..semoga bersama hingga akhir hayat :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. aamin..tu lah Lynn kak ana pun suka sangat melihat foto-foto YM Raja Nazira Safya ni ,comel sangat :)

      Delete
  2. Comelnye anak diorang..maklum la mak pak dia pon comel gak...daulat tuanku ^_^

    ReplyDelete
  3. Cantik..comel-comel anak Sultan Perak.... Nama pula sama macam suami saya....hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah Fida, untung ye dapat nama sama dengan Paduka Seri Sultan Perak hihi :)

      Delete
  4. daulat tuanku..
    bangga teman sebagai org perak.. :)
    anak2 depa semua comel..cute je :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama le kita SY, kak ana sangat berbangga menjadi orang Perak Darul Ridzuan ni kan :)

      Delete
  5. Daulat Tuanku..,

    Suka tgk family Diraja yg satu ni... Comel sgt..

    ReplyDelete
  6. Diorang ni lawa sangat. Muka lembut je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan anis, cantik keluarga DIraja Perak ni :)

      Delete
  7. Replies
    1. comel macam cik puteri jugalah..comel sangat-sangat :)

      Delete
  8. Dari dulu suka tengok keluarga diraja Perak ni. Cantik rupa dan budi pekerti.

    ReplyDelete
  9. Daulat Tuanku... Tuanku Sultan Perak adalah sultan pertama mendapat pendidikan tertinggi dikalangan Raja Melayu

    ReplyDelete
  10. Comel ja puteri tu..

    Kak Ana ~~ sorry.. T_T

    ReplyDelete