Jom Buat Kebab Mudah Di Rumah

by - Friday, November 13, 2015

Resepi Kebab Mudah 


Bila cuti dan anak-anak ada di rumah pelbagai idea datang nak mencuba diy pelbagai resepi di rumah. Adik Ika memang rajin ke dapur bila nak cuba resepi-resepi baru ni.Dari perkongsian rakan-rakan blogger yang sifu dalam masakan seperti Eny Abdullah, Kak Noor dan Wani, ana mendapat idea untuk membuat homemade kebab daging kali ini dan ana kongsikan semula di anajingga.com untuk tatapan semua.Sangat mudah untuk di sediakan, bahan yang murah dan senang di dapati serta sedap dan puas makan seisi keluarga.


Bahan-bahan untuk resepi kebab mudah :


Satu pek roti pita (mengandungi lima keping di potong dua dapat sepuluh kebab)
Satu pek daging burger Ramly
Sayuran seperti kobis, timun, tomato dan bawang besar di dadu
Mayonis
Sos cili
Bahan perasa garam dan lada sulah

Cara membuat kebab mudah:


1. Roti pita di potong dua dan di panggang atas kuali tanpa minyak seketika.




2.Gorengkan daging burger Ramly dan selepas di toskan potong dadu .Ana menggunkan lima keping daging burger Ramly.




3.Tumiskan bawang dan masukkan sayur-sayuran seketika dan tambahkan semula daging burger tadi kemudian di adun rasanya dengan garam dan lada sulah.




4.Buka poket roti pita dan sapukan mayo di bahagian dalamnya.
5.Isikan campuran daging dan sayur semuat yang boleh ke dalam poket pita.



6.Tuangkan sos cili di atasnya.Siap untuk satu menu yang sangat mudah untuk sajian keluarga.








You May Also Like

33 comments

  1. Meh singgah http://misseidakun.blogspot.my/

    ReplyDelete
  2. Puas makan ye ana..
    Nak letak banyak mana daging tu ..
    Suka hati kita lah kan..
    Kenyang lah perut anak2 ana ..
    Coti2 sekolah ni kan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah, sumbat selagi boleh CH hihi :)

      Delete
  3. buat sendiri lagi puas hati makan kan. nak try la nanti. tq kongsi resepi.

    ReplyDelete
  4. memang nampak sedap nih.

    dan pernah buat gak. hoho..campur sos thai. fuhh..terangkat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan encik X. sedap buat sendiri kan hihi :)

      Delete
  5. Uih, sodapnya Kakna. Kebab tuu. Selalu kalau beli kat pasar memanjang je orang beratur. Next time nak buat sendiri. Resepi Kakna ni memang sesuai utk Sha, tehehehe :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. buat Sha jangan tak buat senang sangat dah ni hihi :)

      Delete
  6. lama tk makan kebab..buat sendiri dpt banyak jugakkan

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah SRY dapat sepuluh keping dari satu pek roti pita tu ,pastu apa lagi isi penuh2 isinya tu hihi :)

      Delete
  7. terbaik ni..boleh tambah/bubuh inti ikut suka!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye FR buh lah apa yang FR nak kat rumah tu hihi :)

      Delete
  8. saya ni bila nampak je resepi mudah2 ni laju je tangan klik...hahaha...nampak sedap betol la kak ana...bole cuba nanti bahan2 pon cam mudah nak dapatkan...berbaloi baloi :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. cuba Malinda, senang dan bahan memang ada je di pasaraya kan hihi :)

      Delete
  9. Meriah bahan-bahan dan warnanya...idea bernas juga guna daging burger...sebelum ni saya guna daging cincang sahaja...

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh juga kan Fida kita gantikan dengan mince meat tu kan lebih kurang juga rasanya .

      Delete
  10. Replies
    1. sedap ejoy lebih kurang je dengan hat beli kat paar malam tu cuma beza rasa dagingnya lah :)

      Delete
  11. Replies
    1. wah zaryth suka makan kebab ye, ajak buat sama-sama Sha :)

      Delete
  12. wahh rajinnyer mak buat kebab tuuu ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. resepi senang-senang ni rajin le wak :)

      Delete
  13. Favourite ummul ni kak ana..pnh gk buat sndiri tpi gne ayam...

    ReplyDelete
  14. Sedapnyaa...selalu beli je..rupanya senang je nak buatkan.....Salam kenal n follow sini :)

    ReplyDelete
  15. wahh..sedapnya nampak..meleleh air liuqqq

    ReplyDelete