sweetmuslimah

klikjer

LAZADA



Ahad, 8 November 2015

Kau Pergi Jua





25 Muharam 1437H, 7hb November 2015 Sabtu itu, hari yang bakal ana kenang sepanjang riwayat. Ana janji, In Shaa Allah Sabtu nanti ana datang ke HUKM. Dah seminggu sahabat terlantar di sana sejak Isnin.Pembedahan pertama selesai, Alhamdulillah terpancar sedikit rasa syukur melihat foto kiriman di whatsaap, sahabat dah selera makan. Namun dua hari kemudian terima mesej, perlu jalani pembedahan kali kedua.Paru-paru sebelah kiri masih dipenuhi air,sukar bernafas.Ana doakan semoga berjalan lancar dan tiada wangsangka lain kerana mahu berfikiran positif demi kekuatanmu sahabat.

Petang Khamis, terima lagi pesanan pembedahan tak perlu dijalankan, lega sedikit..kuranglah sakitnya, makin pulih agak situasinya..namun mesej tak berakhir disini..bukan aunty, dokor sahkan ketumbuhan sebenarnya menghuni paru-paru mak. Allahu Rabbi, Tuhan Yang Maha Pengasih sedang menguji sahabatku.Hebat, berat sangat namun kata-kata sebagai kekuatan  kami, Allah swt menguji hambaNya kerana Dia tahu mereka mampu.

Dari payudara yang bersarang kanser kini sedang menjalar di paru-paru sahabat ana. Ya Allah..sakitnya dia, doakan bersama kesejahteraannya, permudahkan segala urusannya. Masih berpegang pada janji..Sabtu ana datang ke HUKM ye..In Shaa Allah.

Sabtu, telah tiba jua ketikanya, sampai HUKM jam 1 tengahari lebih kurang.Mencari wad 1F, sesat sebab tak selalu ke sini.Jumpa juga dan melangkah masuk mencari katil nombor 11. Tercatat di sana nama sahabat ana. Ermm jumpa juga...namun..Allahu Akbar..sahabat tidak memandang pada ana, terkaku ana di birai katil, anak-anak sedang membisikkan ke telinganya..mak mengucap mak...mak..Allahu Akbar..mak...Lailahaillallah.. tangisan mengiringinya..

Dengan langkah yang menggigil menghampiri katilnya, memegang tangannya yang sejuk dan tak bermaya, nafasnya semakin laju, mata masih tertutup..ana bisikkan ingat Allah... Allah...Allah..perlahan-lahan.Setelah beberapa ketika, ana kembali ke birai katil , memberi peluang buat waris terdekat merapatinya. Apa yang boleh ana lakukan pada waktu ini hanya mengambil sebuah Yassin dan terus membaca ayat demi ayat.Hampir dua jam di sisinya. ana melangkah berlalu.. harapan masih ada, jika diizinNya senua boleh berubah.Kami beredar pulang meninggalkan sahabat dan waris-waris terdekat disisi.

Dua jam kemudian, menerima panggilan dengan berita, sahabat telah pergi selamanya.Janjinya telah sampai.Sahabat lebih di sayang Allah, dipanggil lebih awal dari kami yang lain.

Sahabat..lama kita berkawan, dari darjah satu, kawan sekampung, bermain  bersama, paling seronok saat makan  di kantin MGS bersama rakan-rakan lain. Hingga ke HMSS, ambil SRP bersama, dan akhirnya SPM memisahkan kita di persimpangan hala tuju masing-masing. Terpisah di sana dan takdir membawa pertemuan kita semula bila dunia makin canggih. Gembiranya bila dapat berbual semula ,bertanya khabar bertukar-tukar kisah rumahtangga.Dan paling indah bersua semula, hampir semua kawan-kawan kita berkumpul balik.Meriah.

Aidil Fitri 2015, kita bersua sekali lagi. Bergambar, tersenyum walaupun ketika itu kami tahu sahabat sedang menderita. Hari demi hari kita lalui dengan bual-bual kosong dan Sabtu itu, kali terakhir ana tatap wajahmu.Wajah yang dulunya pemilik senyuman manis, amat manis.

Sahabat, ana relakan kepergianmu... ana redha, ini janjiNya.Takdirmu sudah pasti, kami masih menuju destinasi yang belum pasti di mana akan berakhir.Andainya itu lah suratan, Dia memilih ana untuk berada disisimu di hari kepergianmu. Demi Allah, ana sayang sangat pada mu sahabat. ana kumpul kekuatan untuk menulis disini sebagai catatan perjalanan hidup ana. Damailah engkau disana, doa kami iringkan, kenangan kami simpan di hati. Satu hari nanti kami jua akan menyusul, pasti. Al-fatihah buatmu sahabat tersayang Norlina Ahmad.


36 ulasan:

  1. Salam takziah kak, moga sahabat akak ditempatkan dikalangan yang beriman Aamiin

    BalasPadam
  2. takziah dri kaknoor Ana semoga aruah ditemptkan bersama mereka yg beriman

    BalasPadam
  3. innalillahiwainaillaihiraji'un - dari Dia kita dtg kepadaNya kita kembali. semoga sahabat kak ana ditempatkan dikalangan mereka yang beriman.amin..slm takziah buat kak ana dan family shabat kak ana ..

    BalasPadam
  4. Allahu..Al Fatihah. .PC terasa seolah berada dalam situasi kak ana...sebak kak..moga Allah menempatkan sahabat akak di suatu daerah yang paling damai..subhanallah..

    BalasPadam
  5. Al-Fatihah buat kawan Kak Ana..

    BalasPadam
  6. Al fatihah untuk sahabat Kak Ana.. semoga Allah merahmatinya...

    BalasPadam
  7. Al-fatihah.. dari-Nya kita diciptakan, kepada-Nya juga kita kembali :')

    BalasPadam
  8. al fatihah...
    salam takziah....

    BalasPadam
  9. Al fatihah.. semoga roh arwah dicucuri rahmat Ilahi..
    Allahummafirlaha warhamha wafihi waafuanha..
    Saya telah melalui apa yg Ana lalui.. kehilangan seorang sahabat.. juga akibat kanser.. 5 tahun arwah melawan sakit kansernya.. namun subuh ahad beliau pergi buat selama2nya.. Al fatihah buat sahabat .

    BalasPadam
    Balasan
    1. Allahu Akbar, sama perjalanan kisah sahabat kita CH, itu takdir buat mereka dan kini abadi di sana sementara menunggu kita pula yang bakal pulang. terima kasih.

      Padam
  10. Al Fatihah...semoga sahabat kak ana di tempatkan di kalangan umatNya yg beriman.. takziah buat kak ana dan ahli keluarga arwah...

    BalasPadam
  11. Innalillahiwainnailaihirrojiun..semoga roh arwah sahabat kak Ana ini ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman..Aamiiin!

    BalasPadam
  12. Salam takziah kak ana.. Semoga roh sahabat kak ana tenang disana..

    BalasPadam
  13. innalillah... Allah lebih Menyayangi dia.
    krn itu dia diberi ujian sedemikian rupa.
    moga roh nya tenang.

    BalasPadam
  14. asalamualaikum kak ana.walaupun br arini Bee dpt baca entri ni rasa hiba trus menyelinap sluruh tubuh.mcmne lebat ujan kat luar mcmtu la laju airmata ni mencurah-curah merembas tak henti.ni la keadaan Bee tiap kali bila dgr khabar tntang pemergian tak kira sesiapa pn yg knal ataupun tak.perasaan menatap arwah mak pergi dpn mata serta-merta menjelma.
    hanya doa utk mereka agar tenang & aman disisi ALLAH.
    walau jasad tiada tp mereka kekal slamanya di hati kita.
    AL-FATIHAH...
    takziah utk kak ana...

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumsalam Bee, Al Fatihah juga buat arwah mak Bee, semoga diampun segala dosa dan ditempatkan disisi hamba-hambaNya yang beriman, amin.

      Padam