Pernah tengok? Pernah sentuh? Inilah rupa pokok duit-duit, yang melekat pada batang pokok kelapa sawit tu, yang halus-halus tu.. Kami di kampung dahulu yang panggilnya pokok duit-duit sebab bentuknya macam duit syiling kan..

Pagi tu semasa bersantai bersama suami di sebuah kawasan rekreasi, ana terpandang lilitan pokok duit-duit ni pada sebatang pokok kelapa sawit yang besar. Kembali mengimbas nostalgia ketika zaman kanak-kanak kami dahulu, ini lah antara bahan mainan kami. Gigih kupik daun dari pokok duit-duit ni dijadikan sebagai duit syiling untuk membeli belah di kedai runcit kononnya. Untuk wang kertasnya pula, kami gunakan daun bunga raya , makin lebar daun makin tinggilah nilainya.Ermm kenangan sungguh.

Kanak-kanak dahulu menggunakan persekitaran yang ada sekreatif yang mungkin mencipta ilusi sebagai bahan permainan. Macam-macam yang kami gunakan sebagai mainan dari tumbuh-tumbuhan hinggalah peralatan yang ada disekeliling rumah.Masih ana ingat, untuk main masak-masak, kuntuman bunga raya yang layu kami anggap ayam, bunga kuning yang halus-halus, tak ingat namanya ,kami buatkan sebagai mee segera, kelopak bunga bakung putih dijadikan senduk, manakala debunganya konon-konon serbuk kunyit sebab ia berwarna kuning dan  seribu satu kisah lagi, mencipta kenangan bermain masak-masak bersama sepupu di halaman rumah.

Inilah yang menjadi coretan kenang-kenangan silam.Jaun berbeza dengan peredaran arus permodenan masa kini.Ialah dunia semakin maju kan.. Tetapi bagi ana yang semakin hari semakin meniti usia setiap yang ada didepan mata, yang pasti akan membawa seribu satu kenangan untuk dikenangi semula, walaupun sekadar terpandang pokok duit-duit.





Untuk info sebenar tentang pokok duit-duit ni boleh lah ke: http://animhosnan.blogspot.my/2011/11/pokok-duit-duit.html . Lebih terperinci penerangannya dengan fakta yang betul. Kerana apa yang ingin ana kongsikan di ruang ini hanyalah secebis kenangan silam zaman kanak-kanak bermain dengan pokok duit-duit .

34 Comments

  1. Anak-anak sekarang hanya tahu bermain dengan gadget dan teknologi...

    ReplyDelete
  2. Budak-budak sekarang, kalau kita ajak ke tempat macam ni, semua taknak, kotor katanya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha ni kat taman rekreasi ejoy..tapi tak banyak dah pun lokasi yang ada pokok-pokok macam ni kan :)

      Delete
  3. Zaman internet ramai sekadar tengok gambar melalui internet je la nampaknya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan SP tak banyak yang diterokai dengan mata kasar sekarang ni :)

      Delete
  4. masa yang kecil tu kan, ada org cakap tu duit hantu hehee

    ReplyDelete
    Replies
    1. laa ye ke Yana hihi hantu pun ada duit ye :)

      Delete
  5. teringat zaman kanak-kanak ribena dulu. Percaya bila orang kata pokok duit-duit ni boleh bagi rezeki.

    ReplyDelete
  6. Kat kampong saya dulu2 pon byk pokok duit2 ni menumpang kak...tapi tak penah pulak saya main sebagai duit...kikiki...dedulu kiteorang gigih potong surat kabo sebagai duit...siap ada bank lagi time gaji separuh duit simpan dlm bank kenkonon....hahaha...kenangan yg terindah adalah zaman kanak2 :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ooo macam tu kreativiti Malinda, memang seronok kan mengimbas kenangan silam ni,semuanya indah-indah

      Delete
    2. Zaman kanak-kanak memang best

      Delete
    3. kan arz, cuba tanya cik puteri hihi :)

      Delete
  7. assalamualaikum ana...yer la dulu kecik2 suka main dgn pokok duit2 ni...skg ni susah pulak nak jumpa...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam mama, kan mama sekarang ni jarang dah jumpa :)

      Delete
    2. Betul tu sekarang susah dah nak. Jumpa pokok ni

      Delete
    3. haah arz, kat kampung kak ana pun tak jumpa dah sebab dah tak ada pokok getah atau kelapa sawit :(

      Delete
  8. Samalah kita k. Ana masa kecik-kecik dulu jadi permainan poko duit-duit ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi kan Mrs A, sama lak kita ye suasana di kampung halaman memang camtu kan :)

      Delete
  9. dah lama tak tengok pokok duit-duit ni... sy pun suka duk main daun duit-duit ni ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah sheila, lama tak jumpa ni pun kebetulan kak ana terpandang pagi tu :)

      Delete
  10. baru tuari wak amek gmbr pokok duit-duitan dan letak dlm blog., hehe2 mak ana x prasan keew

    ReplyDelete
  11. Dengan pokok duit2 ni la sejarah tercipta.. Hehehehe dimana bermulanya mummy belajaq memasak.. Hahhaaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. haa alaaa mommy buatlah satu entri kisah ni, macam best je nak baca ..:)

      Delete
  12. Teringat zaman masa kanak-kanak

    ReplyDelete
  13. Pernah sekali di Pulau Pinang digemparkan dengan cerita puntianak, ruapanya pokok duit duit ini, cahaya bulan terkena pada daun ini dan nampak macam puntianak sedang bertenggek

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi seram gak tuu kalau nampak berjuntai malam-malam kan :)

      Delete
    2. hahaha.. ea? kecik lagi kot time tu.. tak tau pasal cerita ni.. heee

      Delete
    3. Gi tanya ARz cite sebenarnya Zaf :)

      Delete
  14. heh2.. teruja tengok pokok duit2 ni time kecik..

    time tu pikir, alangkah indahnya duit boleh dipetik macam ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah hebat imajinasi zaf kecik2 dulu kan :) hihi

      Delete