sweetmuslimah

klikjer

LAZADA



Selasa, 3 November 2015

Raikan Cinta Farhana Dan Syah



Selamat Pengantin Baru Farhana dan Syah 

Di penghujung Oktober lalu 31hb Oktober 2015, dengan izinNya juga berlangsung majlis akad nikah dan persandingan adik dua pupu ana, Farhana Japar dengan cinta hatinya Syah Rizal di Padang Tembak, Teluk Intan, Perak.Majlis yang serba sederhana dan ringkas di mulakan dengan upacara akad nikah lebih kurang jam 11 pagi dan setelah selesai terus pasangan raja sehari di sandingkan di atas pelamin terhias indah.Alhamdulillah dua majlis dalam satu masa. Ringkas dan tidak banyak berlaku pembaziran waktu dan wang ringgit.Yang penting telah sah bergelar pasangan suami isteri  menuju mahligai bahagia.In Shaa Allah.

Ana diberiNya kesempatan menghadiri majlis raikan cinta mereka ini dan sangatlah gembira sekali kerana setiap kali adanya majlis-majlis perkahwinan begini, merupakan peluang untuk bertemu dengan sahabat handai dan sanak saudara yang telah lama tidak bersua. Kembali menjalinkan silaturrahim yang mungkin telah jauh terpisah dek arus waktu dan keadaan yang memaksa. Bersama ini, ana abadikan detik-detik indah sekitar majlis sebagai tanda kasih sayang dan kenangan dari kak ana buat Farhana dan Syah di anajingga.com.


Ketika upacara akad nikah sedang dijalankan

Pelamin terhias indah dengan tema purple-pink




bunga pahar
Bunga pahar

Kamar beradu hasil kreativiti pengantin perempuan sendiri


candy buffet
Satu sudut Candy Buffet yang mendapat perhatian tetamu majlis



Cup cakes penyeri Candy Buffet dengan padanan warna tema yang comel

Coklat Fountain di sudut Candy Buffet menjadi pilihan anak-anak

hantaran tema pink kelabu
Antara hantaran dari Farhana untuk suami dengan tema pink-grey

hantaran bertema warna oren
Ini pula hantaran dari Syah untuk Farhana

hantaran halwa agar-agar
Yang paling cantik dan unik hantaran halwa agar-agar kering

meja santapan mempelai

Menu wajib perkahwinan,ayam masak merah

Kari Dalca udang

Rendang daging

Kari kambing ,ulaman dan buah tembikai sebagai pencuci mulut


kek pengantin yang cantik sangat


Bergambar bersama keluarga pengantin lelaki dari Taiping

Di ruang maya ini, kak ana dan keluarga ingin mengucapkan selamat melayari bahtera perkahwinan buat Farhana dan Syah. Detik ini adalah permulaan perjalanan sebuah catatan yang bakal merubah kehidupan kalian berdua. Sentiasa jalinkan rasa cinta , kasih sayang dan laluilah dengan memilih keredhaanNya dalam apa juga perkara yang mendatang. In Shaa Allah..semoga kekal bahagian hingga ke syurgaNya jua, aaminn.  

12 ulasan:

  1. simple tapi menarik, tahniah buat mempelai

    BalasPadam
  2. Balasan
    1. purple pink memang comel kan Lisa :)

      Padam
  3. Terpikat kak tengok gubahan bunga dari agar2 kering tu..cantik

    BalasPadam
    Balasan
    1. tu lah kak Mala, dalam banyak2 memang itu yang ana berkenan tengok, cantik sangat .

      Padam
  4. hebat perkahwinan ini ..segar baju putih pengantin

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih Etuza, ia sebuah majlis yang sederhana sahaja :)

      Padam
  5. Cantiknya pemani.. nampak fresh sangat...

    BalasPadam
  6. serius sweet sgt bilik pengantin tu :)
    berkenan mata aida tgk nyer.

    BalasPadam