Setiap kali pergi balik dari Rawang ke Teluk Intan, kami pasti melalui pekan Tanjung Malim.Dah memang itu laluannya kan, tambahan pula kami jarang menggunakan lebuhraya sepanjang perjalanan terutama jika waktu pagi. Jimat tol, lagipun sepanjang perjalanan Tanjung Malim ke Teluk Intan keadaan jalan sangat selesa, kebanyakkannya dua lorong di setiap hala. Jika kebetulan kami bertolak pagi, suami dan anak-anak pasti bercadang untuk singgah sarapan di sini, di mana lagi kalau bukan di Gerai Nasi Lemak Haji Din lah.

Nasi Lemak Haji Din, Tanjung Malim





Ana pernah terbitkan sebuah entri dengan tajuk yang sama pada tahun 2013 yang lalu di SINI . Ianya memang tak berubah dari segi rasa dan yang istimewanya nasi lemak  Haji Din ini ialah sambalnya. Ia di hidangkan dengan telur goreng mata kerbau sebiji, sambal dan ulam-ulaman kacang panjang dan timun. Sambal nasi lemak Haji Din ni sangat unik rasanya dan sedap. Ia tidak pedas dan berminyak dan rasanya sama sahaja sejak dahulu sampai lah entri ini di terbitkan.Gabungan sambal dan telur mata kerbau itulah yang membuatkan ana dan keluarga tidak jemu-jemu untuk singgah sarapan di sini.

Gerai nasi lemak Haji Din terletak di medan selera Tanjung Malim berhadapan dengan masjid dan balai polis. Atau lebih senang ia betul-betul bersebelahan UPSI di bandar Tanjung Malim ni. Gerainya di bahagian hujung belakang sekali.Harga sepinggan cuma RM2.50. Adik Ika dan suami kalau sarapan di sini pasti akan makan dua pinggan seorang. Suka sangat mereka.Alhamdulillah.

Bagi yang tinggal berdekatan atau yang melalui pekan Tanjung Malim khususnya pada waktu pagi, cubalah menikmati nasi lemak istimewa ini. Setiap kali kami ke sini, gerai ini pasti akan penuh dan selalu sahaja geng motor-motor berkuasa besar singgah sarapan.Malah ia bukan sahaja dikunjungi oleh orang-orang kita Melayu, kelihatan ramai yang berbangsa Cina turut menggemari nasi lemak Haji Din. Ermm tak cuba tak tahu kan...sekali cuba pasti nak lagi ... 



42 Comments

  1. Wah.. nampak sedap....morning kak ana..

    ReplyDelete
  2. assalam
    nampak pic pun dah terliur ni

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum k.ana...amboii cedapnyee srpn pagi2 nii...nyum3

    ReplyDelete
  4. Teringin jugak nak mencuba tapi jauh le pulak...kikiki...nanti la mana tahu ada rezekinsampai ke tanjung malim bole gak jalan2 carik makan ke sini...

    ReplyDelete
    Replies
    1. In Shaa Allah kalau kebetulan singgah Tanjung Malim waktu pagi boleh lah Malinda mencuba nasi lemak haji Din ni :)

      Delete
  5. bestnya nasi lemak..nak ajak team #bloggerutra pi makan kat situ

    ReplyDelete
  6. Alahai.. kak Ana, sha yang duk sini pun x pernah cuba lagi nasi lemak Haji din nie.. hehehe

    ReplyDelete
  7. waaaah. tengok pun dah tau sedap :D

    ReplyDelete
  8. kat tanjung malim memang banyak kedai2 makan yang sedap2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. DR banyak juga tempat makan menarik yang kak ana baca dari blogger2 lain di sini .:)

      Delete
  9. alahai tgk gambar terus rasa nak nasi lemak

    ReplyDelete
    Replies
    1. suki esok breakfast pii cari nasi lemak kay :)

      Delete
  10. aduhaiii.. telur tu sedappnya :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha Linda telur lembut ni memang sedap kan :)

      Delete
  11. saya 2 tahun kat upsi..memang Gerai Nasi Lemak Haji Din la kitorang breakfast..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah Nick ada pengalaman sarapan di sini selama dua tahun tuu.. rindu tak Nick :)

      Delete
  12. Air tangan atau menu orang lama mesti sedap kan....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah Fida, sedap sangat nasi lemak Haji Din ni :)

      Delete
  13. memang betul, nasi lemak yang sedap bergantung pada sambalnya. Kalau sambal kaw, mesti ramai peminat setia.. hehehehe. Nak buat sambal yang kaw tu la yg tak semua orang pandai tu... :)

    nanti lalu Tanjung Malim nak cari la kedai ni.. hehehehe..

    ReplyDelete
  14. sambal lemak org sana rasa camne ye? ")pernah try nasi lemak trg tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. dia tak pedas sangat PW, tak pernah try lagi :)

      Delete
  15. SA tgok pun dah sedap dah kak ana...belum rasa lagi

    ReplyDelete
  16. uihh nampak sedap... kita tgok pon berselera ni haa... nak sikit!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. aisya pun pandai masak nasi lemak versi germany kan :) hihi

      Delete
  17. Alamak.. tengok pun nampak sedap.

    In sha allah, kalau ada kesempatan, nak jugak siggah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. amin, in shaa allah zaf ada rezeki sampai nanti kan :)

      Delete
  18. Murni pon suka nasi lemak..tp jauh bebenor..hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. murni kena pekena hat penang punya lah kan hihi :)

      Delete
  19. aida lom pernah sampai ke tg malim, ana :)
    kalau la sampai, pasti aida google sini balik utk tempat makan terbaik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. erm mudah-mudahan suatu hari nanti aida sampai ke sini dengan izinNya :)

      Delete