Sunway Putra Mall - Kuala Lumpur

by - Saturday, November 28, 2015


Sunway Putra Mall 


Jalan-jalan hujung minggu bersama keluarga sambil cuci-cuci mata atau window shopping kata omputih. Lokasi minggu lepas ana ke Sunway Putra Mall yang dahulunya dikenali sebagai The Mall atau Putra Place. Banyak kenangan ana disini sebenarnya.Sejak dari zaman bujang lagi disini lah tempat feveret kami berjalan dan makan-makan bila dapat gaji. Dari sepupu ana kecil lagi suka ke sini dengan menaiki teksi dari Taman Keramat waktu itu. Ini kerana ketika itu ana bekerja di salah sebuah bangunan terkemuka berhampiran The Mall ni. Once upon a time ...di sini jugalah tempat ana berdating dengan suamiku encik segak tu..pujilah kan siapa lagi nak puji kalau  isteri bukan upahan ni.. abaikan ..:) 


Sunway Putra Mall (kredit foto : wikipedia )


Sebelum ini dikenali sebagai The Mall atau Putra Place (kredit foto : Google Image

Setelah hampir setahun lebih ditutup untuk proses ubahsuai, kini Sunway Putra Mall kembali dibuka dengan wajah baru.Seratus peratus berubah dan kini bertambah lebih mewah, elegan dan merupakan salah satu kompleks membeli belah yang bertaraf lima bintang di kawasan Jalan Putra ,Kuala Lumpur. Mudah dikunjungi umum kerana terletak berhampiran dengan stesen LRT STAR ( Putra ) serta dihubungkan juga secara jejantas pejalan kaki dari stesen Komuter ( Putra )  .Berhadapan dengan hotel Seri Pasifik serta Pusat Dagangan Dunia Putra. Kesemua bangunan ini dihubungkan dengan jejantas pejalan kaki yang berbumbung dan moden.

Seperti kebanyakkan pusat membeli belah yang ada di bandar-bandar, Sunway Putra Mall juga terdiri daripada pelbagai shoplot jenama terkemuka antarabangsa dan dalam negara. Turut terdapat Parkson dan pelbagai restoran terkemuka disini. Sediakan sahaja lah fulusnya untuk membeli belah atau kalau tidak pun boleh sahaja makan angin sambil berselfie kerana disekitar mall terdapat banyak props yang cantik-cantik untuk kaki-kaki selfie bergambar. Jom ana kongsikan beberapa sudut yang sempat ana rakamkan dan anak-anak ana memang sakan bergambar disekitar lokasi menarik ini.






Terdapat Capricorn di ruang legar Sunway Putra Mall...zodiak ana 















Kalau dah jemu dengan mall yang biasa dikunjungi apa kata lepas ni ronda-ronda di Sunway Putra Mall sambil posing-posing sekitar kompleks.Ana pasti ketika pelbagai acara pameran yang berlangsung di PWTC, pasti ramai orang akan turut singgah ke sini untuk menjamu selera, membeli belah atau sekadar  jalan-jalan cuci mata. Sekadar perkongsian untuk semua di anajingga.com. 

You May Also Like

33 comments

  1. dating sini ya kak Ana... tak berkesempatan lagi nak ushar2 sini letak kesian lama dia close dulu... dulu selalu jgk pergi dekat dgn stesen bus putra tu... tapi bila stesen bus tu tutup langsung tak jejak lagi mall ni..hihihihih...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi kisah dolu-dolu tuu IY..betullah hentian putra tu dah tutup sekarang ni :)

      Delete
  2. kena pergi ini sebab nampak menarik..sebelum renovation tak best..sekarang nampak elegan..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup LZ, sekarang ni nampak dan memang 200% berbeza dari dahulu :)

      Delete
  3. salam singgah kak ana.. amboi window shopping ye, tershopping tak?. selamat berhujung minggu kak

    ReplyDelete
    Replies
    1. terjugalah dengan anak-anak Yana..hihi tapi yang mampu milik jelah :)

      Delete
  4. Laa.. dah jadi lain dah mall ni. Lama benor tak pi KL. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah Yati lain dah..kena lah mai KL nak shopping2 sini hihi :)

      Delete
  5. Esok ingat nak singgih sana alang alang nak gi pwtc :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nani pii Expo Buku Malaysia kan kat PWTC hihi :)

      Delete
  6. Wall mallhoping kak. Dah lama saya tak buat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jom anis.. kita mall hopping sama-sama hihi :)

      Delete
  7. Wah...banyak yang unik tentang mall ni rupanya....kalau ke sana rasa nak ke sana nanti....Capricorn tu macam dalam cerita The Museum pula (ala-ala)....jangan malam2 di boleh bergerak sudah...

    ReplyDelete
  8. Tak perah lagi pergi mall ni Ana.dah tahu ni boleh lah jln2 sini pulak

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah KY bolehlah jenjalan sambil berselfie hihi :)

      Delete
  9. wow cantik...bila la dapat nak pergi ke sana ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. in shaa Allah satu hari nanti boleh bawa cik puteri main2 kat sini :)

      Delete
  10. Cantiknya... Zumal tak pernah sampai pun lagi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. In shaa Allah ada rezeki nanti bolehlah sampai sini Zumal :)

      Delete
  11. bestnyaaa.. kagum lissa tengok.. hee. sebab dekat tempat Lissa takda mall macam ni.. hik

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi KL ni banyak sangat mall Lisa :) macam2 tarikan yang ada .

      Delete
  12. Replies
    1. Haah Cik EN memang stylo dah mall ni sekarang :)

      Delete
  13. bangunan baru dia memang versatile...

    kalau orang tak tau, mesti ingat building baru... padahal telah diubah suai..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan Zaf :) bangunan lama yang di ubahsuai :)

      Delete
  14. Banyak perubahan..dulu selalu gak dating kat The Mall..hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hamboiii pecah tembelang CP hihi :)

      Delete
  15. Jambatan tu memg trus ke mall tu ke??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak gi sabtuu harap awak reply

      Delete
    2. Hi Fadhlin, Yup..jejantas tu terus ke Mall sama ada dari LRT PUTRA atau pun Komuter..Happy Shopping :)

      Delete