Pertama kali kenal takoyaki ni apabila melihat adik manja kak ana, Kakcik dari sayidahnapisah.com posting gambarnya makan makanan dari Jepun ni di dalam group whatsapp.Memang pernah lihat di jual di beberapa Mall tapi akhirnya ana dan Adik Ika mencuba sendiri takoyaki ni di Wangsa Walk beberapa bulan lepas. Sekali cuba terus terpikat pula dengan keenakkan rasanya. Dan sejak dari itu, setiap kali ke Aeon Rawang, pasti kami akan membelinya dan di makan panas-panas.Sedap sangat takoyaki ni.



Kemudian ana cubalah mencari bahan-bahan untuk resepi takoyaki ni, bukan nak buat sendiri tapi sekadar mempastikan yang ianya di buat dari bahan yang halal di makan.Alhamdulillah bahan yang di gunakan adalah halal kerana di buat dari tepung gandum, campuran kobis dan mayo, daun bawang dan intinya sama ada ayam, sotong atau udang mengikut pilihan. Sosnya juga dari bahan-bahan yang halal serta taburan yang menambah kesedapannya adalah dari seaweed dan bonito sejenis hirisan ikan nipis seperti kertas. Istimewanya takoyaki ini ialah pada acuan untuk memasaknya yang sangat unik dan membentuk adunan menjadi bulat ketika menyediakannya.


Resepi dan cara membuat takoyaki


Semasa membuat sedikit pencarian tentang bahan-bahan membuat takoyaki ini, ana terjumpa sebuah blog masakan yang berkongsi cara menyediakan takoyaki. Jika kita mempunyai acuannya yang boleh di beli di pasaraya Aeon menurut beberapa komen yang ana baca, bolehlah ke link ini untuk mendapatkan resepi penuh cara membuat takoyaki : http://mamawandiha.blogspot.my/2011/03/takoyaki.html .

Cuma ana setakad ini, lebih senang untuk membelinya sahaja di mana-mana medan selera yang menjual takoyaki dan disini pastinya yang terdekat ialah di Aeon Rawang.







 

34 Comments

  1. sedapnya..mcm dh lama je tak mkn :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedapkan jom pii cari tokayaki Norma hihi :)

      Delete
  2. saya pun suka..kalau beli kena beli banyak sebab masing2 suka..nak buat pulak memang tak la..saya tak de acuan tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah DR, ni kak ana dengan anak je suka, dua set cukup dah sekali beli, remeh gak resepinya kak ana tengok tadi :)

      Delete
  3. sedapnyeee. BV belum pernah rasa takoyaki lg T^T

    ReplyDelete
    Replies
    1. BV sesekali kena rasa pastu terus terpikat hihi :)

      Delete
  4. anak2 suka ni tapi belum pernah buat sndri boleh try jugak tunggu mood rajin dtg Ana..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak noor kalau buat pasti menjadi punya lah :)

      Delete
  5. anak pompuan wak sukak takoyaki makanan doraemon nih., ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. wak bukan lah doraemon suka dorayaki huhu :)

      Delete
  6. Macam sedap jer....boleh cuba ni...

    ReplyDelete
  7. lama tak makan tokoyaki.. hee. sedapnyaa tuu T_T

    ReplyDelete
  8. Dedulu saya pon tak pandai makan takoyaki ni kak ana...anak2 saya la ni yg mula terus saya pon terjebak sama...kikiki...makan panas2 memang layan...tapi kalau kat mall jual cam mahal la...3 ketul rm5 hengget lebih...saya selalu makan kat pekan pontian 4 ketul baru rm 5 hengget je...hehehe....takoyaki octopus feberet saya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. samalah Malinda, anak yang ajar ibu dia makan takoyaki ni hihi :) ada ye jual di gerai kat sini tak ada kena makan di mall je jawabnya :)

      Delete
  9. pertama kali akak makan takoyaki ni semasa akak melawat anak yg belajar di jepun hampir10 tahun dulu. puas anak akak pujuk.. katanya ia halal..sbb di buat dri sotong..tapi akak tak berani makan.lama2 bila akak fikir..nanti anak kecil hati kata akak tak percaya dia makan benda halal ke tidak..akak pun makan.sedap rupanya..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah KY ana pun ragu-ragu juga pada mulanya, lepas google dan baca sendiri bahan-bahannya baru puas hati nak makan.

      Delete
  10. x pernah makan lagi.. tapi selalu tgk org jual bende nih.
    x berani nak try sebab takut x boleh terima dek tekak. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye betul Fira, kadang-kadang takut tak kena dengan selera, macam sushi kak ana memang tak leh nak telan hihi hat ni okay sebab dia garing agaknya :)

      Delete
  11. dah lama sy jatuh cinta dgn takoyaki ni... lau nak beli tiap kali p mall mmg melayang lah jugak duet.. sbb agak mahal. then barulah sy cri resipi kat blog2 dan buat kat umah sendiri wlaupun hanya guna acuan kueh cara.. haha. xpelah xbulat pun, asalkan rasanya sodapp..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. wow hebat Isya dah boleh buat sendiri, Alhamdulillah, boleh makan puas-puas kan :)

      Delete
  12. Sampai skrg x pandai nak makan..
    Mayb kena beli and terus makan kot.. baru tekak boleh terima..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha Sha, beli terus ngap try tengok sedap tak :)

      Delete
  13. ain pun suka Takoyaki.. beli kat pasar malam RM5.50 dpt 5 biji.. cuma tak tahan kena beratur panjang... hehehehhee... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. alaa ada ye kat pasar malam sini tak ada lah ain,kena gak beli kat mall huhu :)

      Delete
  14. rasa nak makan..lembut ja hidangan ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. garing diluar lembut di dalam kan etuza, dapnya :)

      Delete
  15. Pernah beli beberapa kali yang rasanya kureng.. tapi, pernah beli yang rasanya sedap jugak.. macam kat Pasar kemboja, Parit Buntar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah kalau yang betul-betul ikut resepinya baru sedap kan zaf :)

      Delete
  16. aida makan kat jusco few times.
    ok not bad...

    ReplyDelete