sweetmuslimah

klikjer

LAZADA



Jumaat, 20 November 2015

Terima Kasih Woop Malaysia


Dua hari ni memang rumah dikunjungi encik posmen dan penghantar kurier berturut-turut.Rezeki dari blog memang tak terjangka.Ada kala datang bersama wang ringgit, ada juga dalam jenis pelbagai produk yang diberi kepercayaan kepada kita untuk dipromosi dan direview. Secara tak langsung membantu peniaga kita menjana pendapatan, In Shaa Allah. Dan ada kalanya datang dari hadiah kiriman sahabat blogger yang rajin menjalin ukhwah, sama ada hadiah segmen dan giveaway atau cenderahati kenang-kenangan.Terima kasih semuanya, akan kak ana simpan sebagai hadiah yang amat bermakna.

Hari ini, ana nak berceita tentang barang percuma dari WOOP. Pernah dengar tentang WOOP, ana rasa ramai blogger yang telah menyertainya dan bercerita tentangnya. WOOP ialah salah satu laman web yang memerlukan kita menjawab beberapa kaji selidik tentang sesuatu kempen produk yang sedang berlangsung dan setelah melakukan tugasan kita akan diberikan point. Kumpul point sebanyak mungkin kemudian bolehlah ditukar kepada barangan yang di tawarkan. Selain itu, kita juga akan di beri hadiah percuma sekiranya dapat menyelesaikan beberapa tugasan khas tanpa menebus point. Menarik kan.. Jika berminat bolehlah ke WOOP A Community of Women Opinion  ,daftar dan mula kan pengalaman anda di WOOP .





Untuk ganjaran kali ini, ana menerima satu set Rexona Spray for Women and Men yang berharga RM12.90 setiap satu setelah menyelesaikan satu tugasan khas untuk kempen Rexona dan satu set Rexona deodorant sebagai tebus mata ganjaran yang terkumpul. Lumayan kan dan boleh jimat hampir RM30 untuk stok Rexona dua bulan untuk keluarga.Alhamdulillah.


Rexona Freshprotect Shower Clean


Umum memang telah mengenali produk Rexona dan bagi ana secara peribadinya memang hanya menggunakan jenama Rexona sebagai pewangi badan kerana ianya terbukti kekal segar sepanjang hari.Terdapat pelbagai variasi pilihan yang sesuai untuk lelaki dan wanita dengan bauan yang sungguh menyegarkan.Kita akan berasa yakin sepanjang hari walaupun melakukan pelbagai aktiviti samada di dalam atau diluar rumah.

Kesegaran dan badan yang sentiasa harum sangat perlu apabila kita berada di kalangan masyarakat dan bergaul dengan khalayak ramai. Anak-anak juga menggunakan Rexona apabila berada di kolej dan sekolah kerana mereka berasa yakin dengan kesegarannya apabila perlu berada di luar dari pagi hingga lewat petang untuk menghadiri kelas dan aktiviti lain.Dengan harga yang sangat berpatutan ,Rexona sudah pastinya merupakan pilihan utama di dalam membeli deodorant malah kini terdapat pelbagai pilihan variasi dan terkini seperti jenis semburan.Bak kata pepatah, alah membeli menang memakai... Rexona pilihan yang bijak :) 

38 ulasan:

  1. tahniah kak ana.murah rezeki :)

    BalasPadam
  2. Tahniah Kak Ana.. Syukur Alhamdullillah, rezeki tu ada dimana2 kalau kita berusaha...

    Mummy pun dah lama guna rexona ni.. Long lasting lagi u.. Hehehhe :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih Mummy, betul tu Rexona memang sesuai untuk semua kan :)

      Padam
  3. Balasan
    1. haha sambil-sambil duk rumah tu anis, cubalah selagi peluang yang ada :)

      Padam
  4. Balasan
    1. terima kasih Yana, Yana pun boleh join :)

      Padam
  5. Alhamdulillah rezeki... jimat bila dapat stok percuma camni...bestnyeee :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. jimat stok untuk dua bulan malinda hihi :)

      Padam
  6. Bagus..inilah dikatakan sambil menyelam sambil minum air..manafaat kedua2nya dapat

    BalasPadam
    Balasan
    1. kan Kak Mala, sambil-sambil kita dapat produk juga :)

      Padam
  7. Tahniah k. Ana.
    Rezeki yang tidak disangka kanss..?

    BalasPadam
  8. Balasan
    1. hihi best le nani dapat rexona free :)

      Padam
  9. tahniah Ana rajin nya, org rajin selalu nya dpt habuan kan ..

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih Kak Noor, sambil sambil ni :)

      Padam
  10. tahniah Ana. rezeki orang yg rajin berusaha..

    BalasPadam
  11. assalamualaikum ana...alhamdullilah murah rezeki...:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumsalam mama, alhamdulillah .

      Padam
  12. Assalamualaikum K.ana...wahh..rezeki ni mcm2 kn ..dlm pelbagai bentuk..Alhamdulillah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumsalam Sha, betul tu macam-macam dan kadang-kadang tak terjangka, Alhamdulillah. Sha pun boleh join WOOP ni :)

      Padam
  13. tahniah kak ana.. Alhamdulillah.. murah rezeki :D

    BalasPadam
  14. Lama dah tak kumpul point..hehe..nnti nk stat blk la..heehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. setakad ni tak ada kempen baru lagi Ummul :)

      Padam
  15. memang jimat cemni Kak Ana.. tayah pi kedai beli dah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. kan SYM, jimat tak yah bayar gst hihi :)

      Padam
  16. Balasan
    1. jom alia sertai kempen woop dan redeem :)

      Padam