Rasanya bertahun juga tak ke pawagam untuk menonton filem Bollywood ni. Selalu memang beli VCD atau tonton di Astro First sahaja. Namun entah mengapa kali ni bukan main teruja nak pergi menonton terus di pawagam, filem terkini Shah Rukh Khan , Dilwale. Ana rasa sebab utamanya ialah gandingan semula Kajol Devgan dengan SRK ni. Kalau tak silap gandingan mereka paling best semasa Dilwale Dulhania Le Jayenge 1995 dulu tu, kemudian Kuch Kuch Hotta Hai, Kabhi Kushi Kabhi Gham dan banyak lagi kan.Bila menonton trailernya sahaja dah kembali semangat untuk ke pawagam. Dan Jumaat lepas, ditemani jiran tersayang Man dan Ida bersama Adik Ika, tercapai juga hasrat menontonnya di TGV Sunway Putra Mall.Best tak filem Dilwale ni?? Ana kongsikan sedikit dari kaca mata ana sendiri, satu pandangan peribadi...

Filem Dilwale 2015




Filem Dilwale 2015 ini seperti lazim filem-filem Bollywood bergenre 'muzikal romantik komedi'. Di arahkan oleh Rohit Shetty dan penerbit Gauri Khan dan Rohit Shetty dibawah terbitan Red Chillies Entertainment dan Rohit Shetty Productions.

Pelakon Filem Dilwale 




Shah Rukh Khan - Raj Randhir Bakshi/Kaali
Kajol - Meera Dev Malik
Varun Dhawan - Veer Randhir Bakshi
Kriti Sanon - Ishita Dev Malik
Varun Sharma - Sidhu
Johnny Lever - Mani Bhai
Sanjay Mishra - Oscar Bhai
Mukesh Tiwari - Shakti
Pankaj Tripati - Anwar
Boman Irani -  King
Vinod Khana - Randhir Bakshi
Kabir Bedi -  Dev Malik
Nawab Shah -  Raghav
Chetna Pandey -  Jenny

Sinopsis Filem Dilwale


Permusuhan keluarga dua kumpulan gangstar antara Randhir dan Malik yang kemudiannya bertukar menjadi cinta antara anak mereka Kaali dan Meera. Namun Randhir yang akhirnya cuba berbaik dengan Malik demi anak mereka tetapi dikhianati oleh Malik sehingga kedua ketua gangstar ini terbunuh. Berlaku salah sangka dan penipuan yang mengakibatkan Meera menuduh Kaali yang menembak bapanya.

Lima belas tahun kemudian, di Bulgaria, Kaali mengubah identitinya sebagai Raj yang membesarkan adiknya Veer dengan penuh kasih sayang dan menyembunyikan identiti sebenar keluarga mereka. Pertemuan Veer dan Ishita dan berhasrat untuk berkahwin telah membongkar sejarah silam antara Raj dan Meera.

Apakah hubungan Ishita dan Meera, dan apakah akhirnya hubungan cinta Kaali dan Meera, kenalah saksikannya di pawagam yang menayangkan filem hebat ini.

Review dari AJ untuk filem Dilwale


Permulaan cerita yang agak menarik, tidak meleret dan merapu. Banyak adegan aksi-aksi pergaduhan, adegan kejar mengejar dengan kereta mewah ala-ala Fast & Furious sikitlah.Sangat menghiburkan babak dan dialog komedi yang bersahaja tanpa melampau. Dan satu yang harus dipuji tidak terlalu lama adegan nyanyian seperti filem-filem Bollywood sebelum ini. Simple and nice.

Macam selalu, filem-filem Bollywood memainkan latar belakang pemandangan yang sangat cantik. Sesuatu yang paling ana suka lihat dalam filem ini ialah pelakon hebat Kajol yang bertambah jelita dari masa lalu. Terubat rasanya rindu pada percintaan SRK dan Kajol setelah kian lama tidak berganding bersama.Apapun dua jam setengah berada di sofa TGV petang itu, sangat menghiburkan. Best!!! Ana bagi empat dari lima bintang, cewahhh..memandai je kan.. :) 


sinopsis dilwale





Info : Wikipedia
Kredit Foto : Google Image

41 Comments

  1. best sangat alahai nnt nak tengok lagi ihihik

    ReplyDelete
  2. Mrs.A pun teringin nak tgk kat pawagam. Mengimbas kembali zaman muda remaja suka tgk wayang citer hindi hiks!

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah Mrs A, dedulu rajin layan bollywood rupanya hihi :)

      Delete
  3. asalam anaJ..saya tak berapa ..sebab banyak sangat menyanyi lasty tak minta tengok ..apapun cantik2 hensem lah pelakon india ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi dalam Dilwale ni tak banyak adegan nyanyi2 Etuza, yelah lain orang lain kesukaannya kan.. :)

      Delete
  4. Tengah tengok kabhi kushi kabhi gam...

    ReplyDelete
  5. Mmm...dua legend bertemu lagi..tak ada kawan la pula nak pi tengok wayang...semua busy musim cuti ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah kak Mala, legend depa berdua ni.. haha ana pun ditemani jiran ke pawagam, suami tak minat , janji lepas ke menonton hihi :)

      Delete
  6. Lissa belum tengok lagi T_T mesti best kan macam kak ana kata.. hee

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu penilaian ikut pendapat peribadi kak ana Lisa, mungkin lain orang lain reviewnya kan , tapi memang best pada kak ana :) jom pii tengok

      Delete
  7. mcm nak gi tgk.
    tapi tu la.
    keinginan lom meluap2 :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. cepat aida, panaskan ejin.. hihi :)

      Delete
    2. lom lagi tgk ni kak :)
      hmmm alvin & the chipmunks pun lom lagi layan hu hu hu...

      Delete
  8. Replies
    1. hihi tengok pelakon gak Suki, yang baru-baru ni kak ana tak ikut sangat dah.. :)

      Delete
  9. Dah lama gile tak tengok cite hindustan dan tak penah tengok kat wayang jugak...kikiki...kalau tengok kat wayang ada sarikata tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. amboi Malinda, lama beno tak ke pawagam ye, sampai lupa ada sarikata ke tak..hihi ada lah sayang... kalau tak kak ana bukan faham hihi :)

      Delete
  10. tengok cerita ni asyik duk tanya. kenapa depa ni muka sama je dari dulu. tak tua2 punnn

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan leyla, makin lawa dan hensem lagi ada kan :)

      Delete
  11. alaaa Kak Ana.. nak tahu sampai abes huwaaaa..
    sebab ceq xdak geng nak p tengok..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak feel lah Ct nak citer kat sini, cuba ajak Sal pii tengok hihi :)

      Delete
  12. dulu giler2 tengok citer hindustan..larr ni dah tua dah kureng sikit rasanya..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. samalah KY, sekarang ni pun sebab nak tengok Kajol dan SRK dengan wajah terbaru depa je..sebelum ni memang tak ke pawagam dah layan bollywood sekadar tonton ulang kat tv filem2 lama dulu tu je kan..

      Delete
  13. Sha jeles nie... Sha x sempat lagi nak ke pawagam menonton... Dahlah tayangannya terhad... Jeles.. Mampu layan lagu-lagu dia je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sha meh turun KL cepat sementara masih ada show ni :)

      Delete
  14. THE BEST untuk 2015.....!!
    arrgghhh..!! tak puas tengok sekali.. nak repeat.. nak repeat... hehehehee.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hamboi Mokcik..berapa kali repeat tuu..harap pokcik bertabah lah ye meneman :)

      Delete
  15. Sarikata dia bahasa melayu lak kan? Ada English subtitle tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada alyarazali, dua dua sarikata disedia kan :)

      Delete
  16. ammvoii sonoknyer mak layann hindustan tuuh., ;p

    ReplyDelete
  17. tak pernah tengok cerita hindustan dekat pawagam..

    mungkin dilwale menjadi pemecah sejarah.. heh2

    ReplyDelete