Buku Mewarna Secret Garden 


secret garden colouring book

Anda sudah terjebak? Ramai yang sudah terjebak dengan fenomena buku mewarna Secret Garden buat ketika ini. Memang tersangat terpikat dengan ilustrasi lukisan yang ada di dalamnya. Kembali ke zaman kanak-kanak di mana aktiviti mewarna yang sangat mengujakan. Jika dahulu, ana selalu belikan anak-anak buku mewarna watak princess yang cantik-cantik dan ibunya sekali akan turut mewarna, kini fenomena itu muncul kembali apabila terjualnya naskah lukisan-lukisan indah karya Johanna Basford di pasaran. Tiga judul yang sedang hangat diperkatakan ketika ini ialah Secret Garden, Enchanted Forest dan Lost Ocean

Baru-baru ini, ana ke Setapak Central dan Adik Ika mengajak ke kedai buku Popular untuk mencari buku mewarna Secret Garden. Terpamer di ruang kedai deretan buku yang menjadi buruan peminatnya masa kini. Harga untuk senaskah buku mewarna  Secret Garden ialah RM35 namun sekarang ada promosi di kedai buku Popular di mana beli dua buah buku (Secret Garden dan Enchanted Forest ) pada harga RM45.Manakala harga untuk Lost Ocean ialah RM 59.95. Rebat tertakluk pada terma dan syarat .Promosi sehingga 27 Disember 2015 ini sahaja, jadi kalau berminat kena cepat-cepat pergi ke mana-mana cawangan kedai buku Popular.  


harga buku mewarna secret garden


Sebenarnya buku-buku mewarna ini juga terdapat di MPH, Kinokuniya atau lain-lain kedai cuma sering kali kehabisan stok untuk memilikinya. Buku ini mengandungi 48 mukasurat dan gambar-gambar lukisan  yang copyright . Kualiti kertas juga tebal dan ianya dijahit supaya tidak terlerai apabila disimpan lama. Bak kata pepatah, alah membeli menang memakai.





Untuk buku bertajuk Secret Garden ini, kandungan ilustrasinya bertemakan taman di mana kebanyakkannya motif bunga-bungaan, dedaunan, serangga dan hiasan taman. Dah nama lagi 'taman rahsia' kan. Namun kecekalan dan keyakinan untuk menghabiskan setiap helaian amatlah perlu kerana buku ini bukannya murah. Namun biasalah kita ni kadang-kadang benda-benda baru ni begitu teruja nak buat namun lama-kelamaan terbiar begitu sahaja. Ia sudah dianggap satu pembaziran kan. Dan jika membelinya pastikan kita turut membeli pensil warna yang berkualiti, barulah hasilnya cantik dan bersih nanti. Jom kita mewarna bersama Secret Garden :) 



34 Comments

  1. cantik arh kalau nak mengasah skilmewarna.. dah lama rasanya tak mewarna..

    dah la skil tak berapa nak ada.. hehe.. pensil warna pun dah tak dak dah.. huh

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah Zaf, kalau beli buku ni kena beli pensil warna ,best lagi kalau yang 24 batang tu kan wallahhh :) baru syok

      Delete
  2. Selamat mewarna Kak Ana dan Dik Ika...

    ReplyDelete
  3. Wah kena kreatif utk mewarna tu Ana..
    CH memang fail bab mewarna..
    Sebab tu anak2 pun tak ada yg minat mewarna..
    Tak payahlah mereka masuk peraduan mewarna.. memang lah tak menang hahahha..
    Selamat mewarna adik Ika dan Ana..
    Nanti dah siap tunjuk kat blog ye Ana..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha ni warna je ikut kreativiti kita CH, lukisan dah ada tu :)

      Delete
  4. kalau saya ajar subjek seni ni, boleh beli buku ni untuk ajar dalam kelas :)

    ReplyDelete
  5. macam buku kaler2 utk org dewasa je.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah Raz, memang untuk orang dewasa ni , agak rumit lakaran Johanna ni :)

      Delete
  6. Hurm nak mewarna dengan anak yang masih kecil memang tidaklah. Mewarna ialah kegagalan semasa kecil. Hahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. anis, anak kecil tak leh guna buku ni, mungkin belum masa yang sesuai lagi :)

      Delete
  7. Tetiba rasa teringin nak mewarna gak ^-^

    ReplyDelete
  8. tapi lukisannye nampak complecated sgt. kalo org x cukup sabar cam zura nih mesti sekerat jalan jer.kekeke

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah zura, kena tabahkan hati nak habiskan setiap helaian kan .

      Delete
  9. sape yg nak colour tu...anak ke mak nyer :)

    ReplyDelete
  10. selamat mewarna kak
    cantik lukisan buku tu
    dulu kalau mewarna air, hancur terus lukisan, kemain lukis cantik2
    x reti sgt guna water colour

    ReplyDelete
    Replies
    1. samalah kak ana pun Yumida, kalau guna water color orang jadi hantu nanti, ni kaler pensil boleh lah hihi :)

      Delete
  11. Hari tu kawan Nani ada beli buku ni jugak :D

    ReplyDelete
  12. Lissa ada buku ni satu. tapi yang nipis jaa.. huhu tapi best betul mewarna dengan buku ni, kak. enjoy :D

    ReplyDelete
  13. ada gmbr lepas kaler tak mak ana? hehe2

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe tunggu ye wak, panjang umoq... setahun dua lagi ana publish hehe :)

      Delete
  14. saya tak boleh mewarna begitu seni..halus..tabik denga insan seni yang melakar lukisan begitu indah tu

    ReplyDelete
  15. macam menarik jer ana..nanti tunjukkan yg dah siap di warnakan ye..

    ReplyDelete